Monday, January 16, 2012

Blog aku ada pendatang tanpa izin (PATI), blog kamu pula bagaimana..?

.


Tadi, baru kejap tadi, aku menerawang di dalam blog aku. Melihat-lihat statistik. Tiba-tiba (ayat suspens), aku digerunkan oleh sesuatu yang tidak aku kenali. Url yang macam tak cukup sifat. Ini dia...






Apakah domar.ru ?

Melalui kaji selidik yang 'amat mendalam', maka aku temui jawapannya. Ia adalah referrar spam! Apakah referrar spam? Maaf, aku kurang ariff tetapi jawapan ringkasnya seperti di bawah ini.







Mengikut kata pujangga itu, perkara terbaik ialah JANGAN CLICK LINK ITU dan biarkan sahaja ianya berlalu.


Mengikut blog ini (Newbie Helper) pula, link domar.ru itu ada berkaitan dengan "legitimate online marketing company" yang aku sendiri tak faham apakah maksudnya...


Jadi, jangan click macam aku... aku dah ter click. Jangan biarkan diri anda ternoda seperti aku. Aku bukan jantan suci lagi... aku dah terpalit dengan lumpur-lumpur noda. Biarkanlah aku seorang yang ternoda demi menyelamatkan jiwa kawan-kawan aku yang masih suci dan bersih.


Ingati wasiat aku, jangan click... jangan gatal nak click.. atau anda menyesal kerana menjadi mangsa kepada satu sindiket yang sungguh licik yang dipercayai berpusat di Rusia.



Ok. Aku mahu mandi... bersabun, berlangir untuk buang noda.





.

24 comments:

tasekM said...

oh! kalau macam tu bermakna aku pun telah ternoda...
arghhhh....!



.

Lily Abdullah said...

Ah! Aku pun. Ingat ke jadah apa link tu.

Nizam.Ariff said...

TM,
Lorrr... bukan ke aku dah cakap jangan.. hish...




Kak LIly,
Akak pun???? Alaaaa... sia-sia je amaran aku ...


Dah! Jom mandi... kahkahkah...

tasekM said...

aku dh terklik lamaaaaaa dah... bukannya kejap ni der...




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Oo... ko dah mandi belum ni? kakaka....

cheqna said...

i masih suci hokehhh =)

Nizam.Ariff said...

cheqna,
hahaha... bagus.. bagus...

gadisBunga™ said...

aku pun dah ternoda. oh no~

Nizam.Ariff said...

GB,
hah? cepat mandi bungaaa....! Hahaha...

kucingorengemok said...

"cat basah, jangan pegang" korang memang pesen tangan gatal

kucingorengemok said...

"cat basah, jangan pegang" korang memang pesen tangan gatal

kucingorengemok said...

dan tangan aku gatal klik enter 2 kali, hehehe

aza ni said...

eh ada ke ron...sku nsk cek ...kat mana....?

aza ni said...

eh ada ke ron...sku nsk cek ...kat mana....?

tasekM said...

kog,
kah kah.

tu la...
ngata aku sgt...

:p



.

Nizam.Ariff said...

KOG,
kakaka... aku ni ada daulat kot.. ko ngata aku .. hah, ko pun sama kena... keh keh keh




Azani,
ko tgk dalam stats blog ko tu... tgk referer dari mana...



TM,
KOG gugup tu.. keh keh keh...

aza ni said...

ye la ron


ada gak.....


musykil gak.....tetiba tangan aku nak kelik.....

Nizam.Ariff said...

Azani,
JANGANNNNNN KLIKKKKKK........!!!!!

Jumaat jauh lagi bro....

Hahahaa.....

Tijah said...

aku sekadar tengok dari jauh saja.

haha

sepa said...

aku selalu klik...

*itu pasal la aku selalu terima email org jual VIAGRA... :p

baru2 nih, aku sering terima email menjadi VIP kelab Casino... :)...

brader, ada kaitan tak.?!

Nizam.Ariff said...

sepa,
itulah kaitannya...
apa pasallah ko klik ek?

sepa said...

aku klik sbb nak tau sejauh mana diaorg boleh mengada2...

dan aku sbnrnya sgt kagum ngan keupayaan komputer hp. boleh menepis segala macam ancaman siber.

dulu, aku selalu anggap Apple la yg paling stabil core-nya. sbnrnya, hp yg setakat guna core windows, tp support servicenya sggh excellent...

dan notebook hp nih dah bertahan 6tahun dlm environment siber yg robust...

*menjawab soalan tak, brader. :)

sindiketsulit said...

lorr...
aku selalu jer klik!!
mana aku tau.

oh, tanpa disedari rupanya keperawanan aku telah dinodai.

*nah baldi! pegi muntah hujung sana! kahkah!

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku guna toshiba... dah 5 tahun. kawan2 nak tkarkan kpd dell, aku tak nak...

Jadi, aku rasa ianya brkaitan dgn orang yang memakainya... hahaha.





Wos,
Hahaha... habislah keperawanan ko dirobek-robek, direntap dgn ganas... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com