Monday, January 9, 2012

Ho ho ho... kata orang tua berjambang putih ketika turun dari kereta luncur salji...

.

Di Shah Alam. Untuk lebih tepat, di Tengah-Tengah Alam.

Aku serba salah nak letak di sini atau tidak tetapi apabila difikir-fikir, apa salahnya. Lagi pun cerita yang aku paparkan di sini bukan untuk menyinggung sesiapa cuma sekadar berkongsi pandangan.


Lihatlah ini...


Memang gambar menceritakan 1001 perkataan, tetapi mungkin semuanya kurang tepat!



Berlatar-belakangkan 'Merry Christmas' berserta pokok pain yang berhias indah di kanan dan kiri, dan beberapa pasang stoking merah di bawah itu, anak-anak kecil terkinja-kinja di atas pentas untuk satu acara YANG SEBENARNYA TAK ADA KENA MENGENA dengan tema sambutan Krismas pun.


Acara di atas pentas itu adalah acara suka-suka untuk budak-budak (manakala mak-mak budak melihat sahaja di bawah pentas). Ketika itu, tuan pengacara meminta budak-budak itu membuat bunga daripada sepotong betik masak... menggunakan gigi! Menarik sungguh... hahaha.


Tetapi, mungkin pihak pengurusan di situ masih belum menurunkan 'backdrop' perayaan Krismas itu sedangkan acara lain perlu menggunakan pentas itu. Masalahnya, itu foto petang semalam! Bermakna, perayaan Krismas telah 2 minggu berlalu! Takkanlah tak dikemas-kemas?


Dan kita perlu melihat sensitiviti yang ada. Aku tak mahu nanti ada yang kata 'percubaan memurtadkan anak-anak Islam di sebuah pusat membeli belah' pula. Aku bukan jenis orang yang suka mengadu domba begitu tetapi aku perlu paparkan apa yang sebenarnya berlaku sebelum ada orang lain yang memaparkannya dengan edisi cerita yang lebih trajis dan sensitif.






.

13 comments:

sepa said...

inikah yg dikatakan 1Malaysia...!!!

Aku said...

Sepa,
rakyat semakin kurang prihatin dengan agamanya... 1Malaysia!

AZANI said...

murni hati...harap rami lagi semurni mu

Aku said...

Azani,
ramai lagi tu... cuma tak nampak...

cheqna said...

1 malaysia katakan...
=)

Aku said...

cheqna,
akibat dari kealpaan...

tasekM said...

apa ko tak masuk sekali..?

kah kah.


.

Aku said...

TM,
gigi aku jenis gigi kapak...
sekali aku 'ngap' habis semua betik tu kena 'ngep'... aku kan ke suka betik-betik ni..?

buah kedondong said...

project closure tak buat lagi nih aeron!

tasekM said...

suka eh...?
oooo... baru tau.

keh keh.


.

Aku said...

BK,
dia org masih bercuti lagi tu....





TM,
hah... nanti nak balas dulang pengantin anak aku nanti, bagi je la buah betik banyak2... kakaka

Water Lily said...

Aku pernah cerita pasal gadis Melayu bertopi pakcik ho..ho..ho..

Hasilnya blog aku terima komen2 berbau sindiran dari....

(lu fikir lah sendiri..)

Malas cakap..kang orang kata kita jumud.

Aku said...

Kak Lily,
Entahlah kak... nak tegur pun payah, tak tegur lagi payah kat Sana nanti.....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com