Tuesday, January 17, 2012

Khazanah Negara melupuskan hartanya...

.


Setelah sekian tahun lamanya, maka pada satu hari yang telah dijanjikan, datanglah wakil dari perbendaharaan merafak sembah menjunjung duli yang dipertuankan bagi menyatakan bahawa kini masanya telah tiba untuk membuka surat wasiat yang telah disimpan kesekian lama oleh perbendaharaan.


Setelah diperkenan, maka surat wasiat itu pun diambil oleh mamak bendahara cepat-cepat lalu pergi mendapatkan Jebat yang duduk bersila di balairong seri seraya merentap Tamingsari pada pinggangnya. Mamak bendahara pun memotong bucu sampul surat wasiat itu menggunakan Tamingsari yang terkenal dengan bisanya. Jangankan tertikam, hatta terluka sekalipun akan mati.


Setelah terbuka dan dibacakannya isi kandungan surat yang tersimpan di perbendaharaan itu, maka tahulah semuanya segala cerita tentang hasrat pengurus khazanah negara yang lalu seperti berikut ini dan juga seperti yang berikut ini pula...



Maka segala yang hadir pun terdiam... pesanan telah pun diberikan " tiadalah khabar patut keluar dari istana ini sehinggalah segala-galanya muktamad dan selesai".



Maka, bangunlah Jebat seraya berkata " Silence is the best killer !"






.

7 comments:

aza ni said...

teringat silence of the lamb.....

aza ni said...

aku doakan semoga ia membuahkan kebaikan buat semua,warga proton , pemilik proton juga rakyat semua...

tasekM said...

bila nk muktamad tu...?

secangkir madu merah said...

tiba2 je si Jebat bangun cakap orang putih lagi... hehehe

Nizam.Ariff said...

Azani,
aku doakan pun yang sama juga...



TM,
2 bulan lagi la.. sebab ada MGO...



SMM,
Jebat masa tu dah mula main FB dengan benggali putih dan Feringgi... hahaha

sepa said...

bukanke si Maybank yg bayarkan... hehehe...

ambik sana, buh sini...
ambik sini, buh sana...

pusing-pusing-pusing... jumpa di tempat sama...

*agaknya, nak top-up balik dividen-bonus ASB... :)

eh. apa yg aku meroyan nih...!!!

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku ada buat penyelidikan tentang ASB ni. sebenarnya aku nak selidik benda lain tetapi aku rasa aku terjumpa kenapa ASB boleh bagi dividen tinggi... tapi aku tak nak tulis.. sensitif... aku rasa ada kena-mengena dengan hak keistimewaan orang melayu, AP dan cabang pelaburan yang menjadi pemegang utama syarikat yang memegang konsessi itu (yang seharusnya boleh untung tinggi)... ko kaitkanlah sendiri....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com