Friday, January 20, 2012

Perkara yang ringan kita berat-beratkan...

.



Mula-mula, aku nak minta maaf kepada blog kerana tak menjengah blog selama dua siang hari ini kerana aku pergi berpatigeni. Aku hanya jengah blog pada waktu malam, setelah matahari terbenam.


Kemudian, ketika aku dalam perjalanan balik ke rumah dari gua patigeni itu, aku terfikir beberapa perkara yang selalunya aku ambil payah padahal perkara itu mudah jika diteliti dari sudut yang lain. Kadang-kadang aku ini risau yang lebih, walhal sebenarnya tak perlu risau pun...

  • Ketika mengharungi kesesakkan lalulintas di KESAS tadi, aku lihat banyak kereta yang potong-memotong barisan. Kejap-kejap masuk lorong kiri, kemudian masuk balik lorong asal. Aku tau yang mereka itu cuba mencari lorong yang bergerak lebih laju, macam pucuk enau di dalam belukar. Sebenarnya, tak kisah lorong mana yang dia pilih asalkan keretanya dapat mendahului kenderaan didepannya tadi. Itu asasnya. Selagi kereta dia di depan, tak kisahlah sama ada lorong dia bergerak perlahan atau laju.
  • Tak salah untuk pandu kereta laju-laju asalkan dia dapat kekalkan kelajuan itu dan berhenti perlahan-lahan. Yang menjadi masalahnya hanya 2 perkara: dia tak mampu berhenti apabila perlu dan.... dia terhenti secara mengejut tanpa niat.
  • Tak perlu risau sama ada brek berfungsi atau tidak selama mana brek tidak diperlukan. Yang perlu dirisaukan apabila dia perlu membrek tetapi tidak berfungsi pula.
  • Jangan terlalu risaukan terlanggar kereta di depan sekiranya mengekori kereta rapat-rapat asalkan orang yang di depan tak tahu pun keretanya telah dilanggar.
  • Jangan marah jika ada lori treler rosak dan menyebabkan kesesakan kerana selepas lori yang rosak itu, jalan raya pasti lapang dan boleh pecut laju-laju untuk kejar semula masa.


Itulah diantaranya yang aku sempat fikir dalam perjalanan pulang.

Selamat memandu...





.

7 comments:

tasekM said...

aku maafkan.







yang benar,
blog.

Aku said...

TM,
terima kasih, blog.

kat US, tokeh2 internet tengah berkabung 24 jam...

@xiiinam said...

Banyak fikir tu...

sepa said...

aku nak tambah satu, boleh.?

. tak perlu risau sama ada lesen-memandu luput-tarikh atau tidak selama mana lesen-memandu tidak diperlukan. Yang perlu dirisaukan apabila trafik mintak-tunjuk tetapi tak bawak pulak...

*ada kaitan tak, brader. :p

Aku said...

Cklah,
jalan sesak.. banyak masa... hahaha




Sepa,
Adaa.... sunguh ada.. betul3x

kita selalu fikir kita bersalah sepanjang lesen tak hidup, padahal sebenarnya kita hanya bersalah apabila polis trafik minta lesen dah kita gagal menunjukkanya....hahaha

ibundo said...

Aku benci kereta yang ngekor rapat rapat dari belakang.

Aku said...

kakpah,
aku pun sama gak... Takut kena sondol

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com