Wednesday, January 18, 2012

Satu pagi yang kurang baik buat anak aku...

.

  • Aku dalam perjalanan pulang dari makan tengahari tadi ketika aku menerima satu panggilan telefon dari nombor yang aku tak daftarkan dalam buku telefon.
  • Di hujung talian itu, terdengar suara anak aku yang mendesah seperti baru lepas berlari marathon.
  • Dia telah menggunakan telefon bimbit salah seorang kakak di rumah transitnya.
  • Dia meminta kebenaran aku untuk tidak pergi ke sekolah KAFA sebelah petangnya.
  • Aku bertanya, kenapa?
  • Dia kata, nafasnya pendek dan tak selesa.
  • Aku bertanya lagi, kenapa boleh jadi macam itu?
  • Dia kata, di sekolah tadi ada gotong royong dan cikgunya telah menyuruhnya mengangkat meja ke tingkat 3.
  • Aku bertanya lagi, bukankah sudah dipesan supaya beritahu guru kelas tentang asma?
  • Oh ya, sehari sebelum itu, dia mengalami batuk-batuk dipercayai asma kerana kami ke kedai menjual karpet. Pada malamnya, aku beli beberapa ubat asma dan ubat batuk di klinik.
  • Dia menjawab, dia telah beritahu guru kelasnya tetapi gurunya tak percaya, malahan ada seorang rakannya memintas kata-katanya lalu mengatakan dirinya juga ada asma tetapi masih boleh angkat meja.
  • Apabila tidak dihiraukan oleh guru kelasnya, dia pun teruskan dengan gotong-royong itu.
  • Dia berkata, setiap anak tangga yang dia langkah, nafasnya semakin pendek.
  • Jadi aku bertanya lagi, mahu berehat di rumah?
  • Ya, jawabnya pendek. Itu pun kalau boleh, pintanya.
  • Maka, aku terus menjemputnya di rumah transit itu.
  • Aku terus bawanya ke klinik keluarga kami.
  • Doktor terus memeriksa dan membuat kesimpulan yang asma kedengaran di depan dan belakang badannya (melalui stetoskop).
  • Dia pun terus diberikan gas (melalui nebulizer), sesuatu yang jarang dia ambil. Mungkin setahun sekali (membayangkan asmanya tidaklah kronik).
  • Dan doktor memintanya datang untuk 2 kali nebulizer lagi.

Kemudian aku terfikir, bagaimanakah guru kelas tersebut membuat keputusan (judgement) terhadap situasi tersebut? Adakah hanya mendengar kata-kata seorang budak kecil (kawan anak aku)? Kenapakah dia tak serius untuk cuba meneliti fakta-fakta atau data-data yang dia boleh dapatkan....  SO THAT HIS JUDGEMENT WAS AN INFORMED JUDGEMENT?

Nota: di dalam buku profil dirinya ada aku tulis "mengalami asma kecil (mild asma)".


Jangan kata sebab tak ada surat doktor pula... aku lesing karang.


Doktor tak ada di situ untuk buat keputusan. Under that scenario and circumstances, he is fully responsible to give the judgement...fit or do not fit, no one else. Bukan guru besar dan bukan kerani sekolah.



Aku pernah mendengar satu ceramah perundangan tentang tanggungjawab sosial. Ia termasuklah, kalau tak silap aku kerana telah hampir 8 tahun lamanya, di dalam senario jika berlaku satu kemalangan di depan mata dan mangsa kemalangan meminta tolong tetapi kita membiarkannya menyebabkan dia mati sedangkan kita mempunyai kapasiti (perkataan bergaris menandakan pra-syarat untuk sabitan boleh dikenakan) untuk menolongnya, kita boleh dikenakan tindakan undang-undang. Warisnya yang sah atau saudara-maranya atau seseorang yang mewakili kepentingan masyarakat boleh mendakwa kita...

Nota: kapasiti itu termasuk mempunyai kesempatan, kebolehan, kemampuan ... dsbnya yang boleh memberinya peluang untuk menolong tanpa sebarang halangan.

Disklaimer: jika contoh itu tidak benar, boleh jadi penceramah itu telah tipu aku, aku tersalah dengar atau akta itu telah dipinda.


Dalam kes kemalangan itu, orang yang tak ada kena mengena pun boleh dikenakan tindakan undang-undang, apatah lagi dengan kes anak aku itu?


Ya, bukan mudah untuk memikul tanggung jawab. Bila memikirkan hal yang sedemikian, lebih baik aku anti-sosial.





.

17 comments:

sepa said...

ada istilah tuk judgement cikgu yg rupe itu...

'judgement that stinks to high heaven...'

*anak aku jugak ada asma...
*dan, cikgu jugak tak percaya...
*mereka hanya galak ngan superiority... agar dak bebudak, dilihat sbg sgt
*inferior...

.hah...!!!

aza ni said...

mungkin ada baiknya bersemuka dgn guru tersebut..highlight sekali dengan bil perubatan ...

tasekM said...

ariff sekolah tak hr nih...?
bg dia rehat la...



.

cheqna said...

g bersemuka dgn cik gu itu perjelaskan segalanya...biar cikgu tu belajar sket....

kucingorengemok said...

boleh saman eh? aku nak saman budak² ofis ni (lelaki dan perempuan) yang suka² hisap rokok sambil talakan kipas full blast ke muka aku, konon² biar tak terganggu dengan asap dia

sindiketsulit said...

aku sedih.
terus terbayang anak aku yg jugak ada asthma.

ko kena pegi jumpa cikgu dia! takut nanti esok2 disuruh lagi..

secangkir madu merah said...

kesian Arif.. jumpa je ngan cikgu kelas dia tu, kalau didiamkan nanti disuruhnya lagi itu ini..

Insyirah said...

Kalau saya berada di tempat bro, saya akan pergi jumpa cikgu tu. Sebab kita tak tahu in future nanti akan jadi mcmmana pulak. Precaution.

hairul392 said...

Sian arif..
Elok jumpa cikgu dia.
kasi rehat kat umah.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku rasa cigu itu terlalu skeptikal dgn penjelasan budak2... kenapa dia sketikal? mungkin kerana semasa dia budak2 dulu pun dia selalu menipu... kakaka



Azani,
kalau tunjuk bil karang dia kata, ibu-bapa tak menghargai usaha guru sedangkan perkara itu 'kecil' sahaja berbanding dgn jasa guru itu... jadi, biarkan sajalah...




TM,
dia tak sekolah. ambik MC. pagi tadi dah ambik gas lagi...



Cheqna,
Teacher is always right... tak yah nak bersemuka, tak ada makna. Sebabnya, kalau kita cakap pun dia boleh guna skrip "kalau encik dah tau anak encik tak sihat, janganlah suruh datang ke sekolah... encik tak sekolah ke atau bodoh?" hah? aku juga yang kena balik nanti...





KOG,
boleh. boleh sebenarnya ... ko cubalah.. dan ko menjadi orang pertama di Malaysia yang menyaman orang menghisap rokok... saman sivil minta gantirugi...



Wos,
Aku malas nak jumpa cikgu tu...
aku dah tau skrip jawapannya..." kalau tak sihat, kenapa datang ke sekolah..?", aku juga yang dipersalahkan...




SMM,
Malaslah kak... aku dah pesan kat Ariff je... dan aku dah dapatkan surat doktor mengatakan dia tak boleh join Rentas Desa esok.... ya, esok ada acara larian Rentas Desa !!!





Syirah,
Nanti aku pesan kat Ariff suruh kasi warning cikgu dia. Kalau dia tak nak percaya juga, aku akan talipon pejabat sekolah... kalau dia degil juga, aku tanam santau depan pejabat sekolah... kakaka





Dak Ai,
dia tak sekolah hari ni...
tapi esok ada Rentas Desa...
dah ambik surat doktor tadi.
kalau cikgu tak percaya, aku santau cikgu tu... kakaka

Linda said...

Ok, aku pun amik neb semalam.

Lil Muhammad minggu lepas.

Doc buat kesimpulan, semua ni ada kebarangkalian berkaitan dengan faktor cuaca.

Sila buat surat bertulis kepada cikgu. Sebab aku tahu seksanya Ariff bernafas pendek.

Waktu aku sekolah dulu pun mak aku terpaksa tulis surat, buat salinan selagi boleh dan edarkan kepada semua cikgu cikgi supaya aku tak lagi dikejarkan ke wad kecemasan! (Gara-gara cikgu tak pedulikan nota kecil pada buku laporan = Acute Athma)

*Jangan lupa minta ubat kahak, kalau tak lagi susah nak baik! Kalau tak cukup, atas meja aku ada bertambun tu haaa

Nizam.Ariff said...

BK,
SUrat?
Hmmm.. aku rasa pun nanti aku nak tulis surat supaya ariff pegang.. senang dia nak tunjukkan...

ubat cair kahak dah aku ambikkan untuknya....

Fadhilah Maarif said...

kesian.. cikgu nak anak murid tak bernafas, baru diaorang percaya..

saya selalu pesan kat anak, kalau tak boleh/ sesak nafas cakap terus kat cikgu..jangan paksa diri...biar lantak pi pun kalau cikgu nak marah..

sudipVSsenduk said...

anak saya pernah alami situasi begini masa dia b'umur 3 tahun.. maknya rasa mcm nak pengsan, anak relax je.. Alhamdulillah semua dah berakhir

Moga Ariff kuat & sihat spt kanak2 lain suatu hari nnti. Amin

Nizam.Ariff said...

FadhilahM,
Aku pun dah pesan macam tu... tapi dia takut dengan gurunya... guru kelasnya garang...



Sudip,
aku rasa Ariff taklah akut sangat, cuma kadang2 tu kesian bila tengok dia tercungap-cungap...

hairul392 said...

Ermm.. surat doktor tu buat salinan banyak sikit untuk masa akan datang.

Nizam.Ariff said...

Dak Ai,
surat tu dalam bentuk time slip je...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com