Sunday, January 8, 2012

Serba ringkas tentang... KECUBUNG

.

Kepada yang memesan buku Kecubung dan kepada mereka yang turut sama memberi komen / pandangan dalam entri-entri di Merung Mahawangsa, aku ucapkan terima kasih di atas sokongan itu. Kecubung adalah projek untuk suka-suka sahaja.


Sejujurnya aku terkesima apabila ramai diantara kita yang tak kenal apa itu Kecubung, termasuk di kalangan kawan-kawan di pejabat. Yang tahu apa itu Kecubung rata-ratanya orang agak 'berumur'... dengan kata lain, aku juga sudah berumur? Hmmm... mungkin tidak, aku mengetahuinya kerana aku pernah lihat dan dengar tentangnya.. keh keh keh.




Pemuda misteri yang menghias mukadepan buku Kecubung...senyumannya penuh dengan racun Kecubung... hahaha



Kecubung adalah sejenis pokok renek bertaraf herba. Ia juga nama sejenis batu galian berwarna ungu yang cantik dan sering dibuat batu cincin. Tentang pokok Kecubung, ianya sejenis tumbuhan beracun. Dari segi perubatan klasik, daun kecubung sering digunakan di kampung-kampung untuk menuam kanak-kanak yang kembung perut, burut untuk lelaki, 'telur besar' untuk bayi lelaki dan lain-lain lagi.


Sayugia diingatkan, Kecubung juga boleh digunakan untuk tujuan tidak baik seperti sihir, pukau dan perbuatan yang bertujuan untuk memabukkan seseorang. Dulu-dulu, seorang kawan aku pernah bercerita bagaimana dia dan kawan-kawannya pernah memukau seisi sebuah rumah menggunakan daun kecubung. Dia gunakan daun dan buah Kecubung kering, dibakar dengan sabut berbara. Asapnya ditalakan ke rumah itu. Aku tak pasti kalau ada mentera yang dibaca tapi aku rasa asap Kecubung yang beracun itu sudah cukup untuk menghasilkan gejala pukau dan halusinasi. Apa yang dia buat selepas itu kepada mangsa-mangsa di dalam rumah itu? Hmm... sesuatu yang tak elok kepada yang perempuan, semestinya!



Itulah Kecubung. Mungkin sesetengah aksi pukau menggunakan asap rokok yang biasa kita dengar di kota-kota juga menggunakan sedikit herba Kecubung ini... aku tak tau, aku kata mungkin sahaja. Jadi, berhati-hatilah...



Tentang cerita Buku Kucubung pula, ia tentang 3 orang gadis (dilakonkan oleh Tijah, Tasek dan KOG) dan seorang pemuda 'misteri' bernama Hasri (dilakonkan oleh Sepa). Hasri menggunakan kemahiran yang dia ada untuk melakukan onar kepada kaum wanita akibat dendamnya. Ada satu watak seorang lelaki tua yang di panggil 'pakcik' yang sering menolong mangsa-mangsa Hasri.


Cerita ini berkisar kepada 2 tema utama: pertama tentang kemelut cinta dan kasih sayanng yang dialami oleh Tazs dan Tij akibat desakan orang kampung... dimana hasri mempergunakan cinta mereka untuk kepentingan peribadi. Ia juga memaparkan bagaimana nafsu mampu memisahkan dua sahabat rapat ini, sudah tentulah Hasri memainkan peranan 'sial'nya. Kedua, tentang kehidupan dan pengorbanan yang diceritakan melalui watak Ko-G, pakcik dan semestinya Hasri juga.


Dua tema ini dicantumkan oleh watak Hasri. Jadi, Hasri menjadi 'pivot point' untuk cerita ini.


Cerita ini diolah menggunakan teknik sebagaimana cerita Avatar (ceh!.. hehehe) iaitu cuba mengajak penonton/pembaca masuk ke dalam cerita dan mengalami efeknya dan bukannya membawa cerita itu keluar dari skrin/buku kepada penonton/pembaca. Oleh sebab itu, aku gunakan ayat-ayat yang aktif menerangkan tentang emosi, apa yang dilihat, apa yang dirasa dan aku kurangkan naratif atau penerangan yang panjang-panjang. Aku cuma ceritakan apa yang dilihat, dicium dan didengar oleh watak-watak itu. Oleh itu pembaca perlu cuba menggambarkan arkiteknya dan suasananya. Sebab itu juga cara olahan cerita itu macam terlalu 'procedural' kecuali pada bab-bab awal yang dirasakan perlu untuk menyediakan konteks dan mengenalkan watak.


Memang ada banyak persoalan yang belum dijawab dalam Buku Kecubung itu kerana ada kawan-kawan blogger menyarankan ianya dibiarkan begitu. Ada juga yang mahu supaya tiada watak-watak yang 'mati'. Ada juga yang mahu pembaca berteka-teki dan kesimpulannya dibuat oleh pembaca sendiri... macam-macam.... hahaha... jadi plot asal cerita terpaksa diubah dan jadilah seperti cerita sekarang ini.


Antara persoalan yang tertanam dan mungkin hanya terjawab di dalam buku Kecubung 2 (kalaulah ada):

  • Adakah Ko-G benar-benar mati dibunuh Hasri?
  • Mengapa 'makcik' menangis di dalam bilik apabila terdengar tentang Hasri?
  • Siapakah Hasri sebenar-benarnya? Adakah dia benar-benar wujud?
  • Mengapa kampung misteri itu wujud dengan cara begitu?
  • Apa istimewanya 'pokok besar' itu kepada Hasri dan orang-orang kampung?
  • Bagaimanakah Hasri dihapuskan?
  • Mengapa pakcik suruh Ko-G sembahyang sedangkan tidak Tij dan Tazs? Apa yang berlaku sebenarnya kepada mereka bertiga?

Banyakkan? Dah macam soalan SPM pula.


Buku Kucubung dicetak secara terhad sebab itu kemampuan aku. Oleh sebab itu, hanya mereka yang memesannya yang dapat dan ianya telah habis. Tetapi, aku ada buat e-book dengan pertolongan 'Alien Pakai Lipstick' (tiada blog). Jadi, sesiapa yang mahu bolehlah aku emailkan tetapi ia tak secantik Buku Kecubung itu.





.

26 comments:

sepa said...

Hasri tuh betul2 misteri...!!!

bila Kecubung nak sampai nih.?. tak sabar nak baca. :)

tasekM said...

watak yg paling menggelitis adalah watak tijah.

aku syak, kan...
tijah tak bayor buku ko tu dgn duit la.
dia pos parang.

tak gitu tij...?



.

Lily Abdullah said...

Nasib baik watak aku tak dak dalam ini cerita ha ha..

Tak sabar nak hadam Kecubung

( nak cepat mati kut ha ha)

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku syak dah hilang tengah jalan la.. atau terjatuh kat celah2 kelapa sawit...

minggu depan tak dapat juga, ko bagi tau aku... aku nak sekeh budak-budak DRB-HICOM yang jaga bahagian Pos Malaysia.





TM,
Tijah tak pos parang. dia bawak parang jumpa aku. Tapi kan.... aku rasa dia mesti bengang dengan ko sebab cuba rebut Hasri darinya... keh keh keh




Kak Lily,
hadamkan Kecubung perlahan-lahan...kalau tak nanti kena halusinasi...macam telan diazhepam (?) 5 biji sekaligus... hahaha

ckLah @xiiinam said...

Ya lah..yalaah...ckLah dah berumur. Hehehe.


***Macam mana cara ckLah nak bayor ni Yoeb?

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Ye ke berumur? kita tau sebab ada orang bagi tau kan? kan? haha

cklah punya tu sbg hadiah sempena hari guru 2012... hahaha

Tijah said...

tas????
tas????

siap kau!!!!

Tijah said...

errr kejap.
aku rasa ros dalam filem tu macam ku tau sapa pemegangnya. sbb macam kena je dgn individu tersebut. kan wos? ehhh!

Nizam.Ariff said...

Tijah,
hah... gaduh la korang berdua berebut laki... kakaka...


yang hasri tikam bunuh tu memang macam wos tapi bukan wos kut sebab tak ada cerita tentang dia kecuali kena potong tali coli dan kena kelar je... hahaha

Temuk said...

TAHNIAH besar!

Yang 'hard copy' dah habis? Nak kena carilah yang bukan 'hard copy'nya, untuk cuba fahami para watak yang disebut-sebut tu.

Nizam.Ariff said...

Temuk,
Terima kasih, bang. Ya. Yang tinggal hanya e-book. setakat nak baca bolehlah tapi biasalah, kurang mantap... berikan saya emailnya.

tasekM said...

jah...

jgn risau.
aku ni bangsa tak suka berebut.
ambik la hasri tu...

aku nak kan pakcik tua tu je.

kah kah.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
ko tau ke siapa pakcik tua tu?
Aku belum tentukan siapa pakcik tu... nama wataknya pun cuma 'pakcik'..

nak aku 'jodoh'kan ke? keh keh keh

tasekM said...

ko jgn mengada nk mewatakkan pakcik tu.
biarkan pakcik tu as pakcik.
pakcik yg misteri.
aku suka misteri2 nih...

:p



.

Nizam.Ariff said...

TM,
tau pun takutt... kakakka

Tijah said...

tas, oh lupa pulak. ko dah ada din kan?

L said...

kene cari besok jugak.. hehe

Jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

gadisBunga™ said...

ni kalau baca ni mabuk tak??

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Din tu budak lagi... pucuk muda... mana Tas nak... hahaha



L,
okeh bro.... no problemo...





GB,
Baca pun boleh mabuk juga... ala-ala mabuk kepayang gitu.. hehehe. Lepas baca kena minum air kelapa muda segelas...

aza ni said...

potret kai ni ron?

Nizam.Ariff said...

Azani,
haah... percaya(saja)lah

sepa said...

Dino, udah2 le perasan tuh.

*eh. apsal mamat cover kecubung tuh rupe aku. :)

.

sepa said...

TM,
untuk pengetahuan hasri tuh bukan teddy bear bole bg sana sini.

kena tanya penulis dulu, nak buat apa kat hasri tuh.?! kan, Dino. :p

Nizam.Ariff said...

Sepa,
soooo... ko nak kira dia org ni macam mana?

keh keh keh....

Kecubung 2 aku nak fokus kepada kehidupan Hasri

ASH said...

ehem...
mana aku punya kecubung?
meh sini nak juga baca!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
bagi la email... nanti aku emailkan..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com