Satu hari itu, Ariff tahu hari yang itu adalah hari ulang tahun mamanya dilahirkan ke dunai yang fana ini. Sebagai seorang anak yang menyayangi sungguh-sungguh mamanya, Ariff tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan sesuatu. Sebagai seorang anak yang masih bersekolah rendah, apalah sangat yang dia boleh lakukan untuk ulang tahun hari lahir mamanya. Duit belanja sekolah pun ayahnya yang sediakan. Botol air kosong pun mamanya yang isikan.
Namun semangat seorang anak terhadap mamanya, dia berikan sekeping kertas yang dikoyakkan daripada buku nota hariannya kepada mamanya sebaik sahaja mamanya melangkah masuk ke rumah.
Dan dengan hati yang bergetar kerana gembira atas ingatan tulus ikhlas dari anaknya, Mama pun cepat-cepat membukanya. Inilah yang telah dituliskan oleh Ariff sempena ulang tahun hari lahir mama...
'Kad Ucapan' dari Ariff... siap dengan perut boncitnya sekali. |
Aku tak tahu apa-apa, kata aku kepada Mama apabila dia menjeling kepada aku. Bukan aku yang ajarkan, kata aku lagi. Sumpah!
Tapi aku tumpang ketawa sedangkan Ariff beria-ia bertanya kepada Mama sama ada mama menyukai 'Kad Ucapan' nya....
.
18 comments:
perut boncet tuuu, haha
KOG,
err... itu hanya sekadar hiasan...
dia tak boncit macam tu tau.. kakakaa
haha.
aku pun suka tang perut boncit tu...
.
TM,
MC boncit tak?
kerrr.. bapaknya? kakaka
hahahaha
sabo jela
=)
jawab mama, "mana boleh tak tau. langsung takde salah eja ni! cakap betul-betul!"
cheqna,
hahahaa.... suke ...
SM,
eh, betul gak tu. Nasib baik Mama tak cakap macam tu.
tapi, betul... aku tak ada pengaruh langsung dalam pembikinan tu... hahaha
boncit?cute ape..
lawak..hehe
haniaiman,
janji sihat, kan?....
FadhilahM,
:)... tapi perli pun ada...
nukilan jujur dari anak untuk ibunya....untuk bapanya??
Azani,
belum tiba masa aku lagi... hahaha
ada kemesraan dalam ucapan.
i like. :)
brader, ko buh dlm frame. hehhehe
*dak hanna n hatta ada bg kat father's day. aku ingat nak buh sini gak ar.
Sepa,
apa dia tulis?
aku buh dlm blog la yek...
Sepa,
dah ke?
dah.
baru jeh pos.
*nampak skema, kan. Law Abiding Citizen la katakan... :p
sepa,
ok
Post a Comment