Wednesday, February 22, 2012

Updated: Koleksi pembayang pantun menjelang Malam Jumaat....

.



Satu:

Apa guna meraut mengkuang
Kalau hari masih tengkujuh
>?
>?


Dua:

Pagi-pagi menebas belukar
Anak Kedidi berlari-lari
>?
>?


Tiga:

Kalau kaki terpijak onak
masakan tangan boleh terluka
>?
>?


Buat masa ini, aku tak dapat nak cari maksud. Yang aku ada cuma pembayangnya sahaja. Silalah cuba. Gunakan kreativiti sepenuhnya. Jangan lucah-lucah sudahlah...



Update:


Pembayang itu sendiri memberi bayangan tentang subject matter atau maksud yang ingin disampaikan. Dalam kes ini, aku belum terjumpa apa maksud yang ingin aku sampaikan. Cuba kita lihat satu persatu...


Pantun 1. Pembayang itu seolah-olah mengatakan jangan berbuat satu pekerjaan yang sia-sia atau tak berkesan. Jadi, maksudnya perlulah berkenaan perbuatan yang sia-sia, tak kisahlah sama ada dari aspek berkasih sayang atau pekerjaan seharian. Pantun ini berunsurkan nasihat. Contoh maksud: jangan dicurah daun keladi kerana segala yang dibuat tak akan jadi atau jangan diharap kasihnya orang kalau empunya tuan tak pernah berkenan.



Pantun 2. Pembayang itu hanya bercerita tentang sesuatu yang norma, satu peristiwa biasa. Jadi, aku rasa pantun begini adalah pantun yang neutral. Sama ada ianya pantun nasihat atau pantun nak ajak gaduh pun boleh agaknya. Biasanya orang guna untuk menyindir. Contoh: aku kata engkau tak dengar kerana taik telinga tebalnya sekaki.... hahaha



Pantun 3: Pembayang yang ini lebih bersifat logik. Perkara-perkara yang disifatkan pelik sepatutnya tak berlaku. Ia lebih menjurus kepada sebab-bersebab agaknya, aku pun tak pasti sangat walau pun aku yang buat. Contoh: Kalau hujan jatuh di hilir takkan keruhnya di hulu sungai atau kalau sudah ditimpa sayang takkan sedikit pun tak terkenang-kenang...




Hmmm.... masih belum Malam Jumaat. Nanti ada yang declare malam ni malam jumaat karang. Bukannya apa, tak sabar nak berjual-beli pantun. Itu je, tak ada maksud tambahan atau maksud lain....






.

11 comments:

tasekM said...

hoi.
hari ni baru selasa.



.

sepa said...

hoi.
hari esok hari rabu.




.
hehehe...

Nizam.Ariff said...

TM & Sepa,

memanglah... tu sebablah pembayang je yg ada, maksudnya petang khamis baru keluar... keh keh keh...


forward planning...

aza ni said...

he he he

aku nak baliklah macam ni....

Wanpetunjuk said...

Cuba ni...(gegeh!)

Apa guna meraut mengkuang
kalau hari masih tengkujuh
Apalah ada pada sayang
Semakin hari semakin menjauh...

Pagi-pagi menebas belukar
Anak Kedidi berlari-lari
Memberi maaf memanglah sukar
Andai dendam tetap di hati

Kalau kaki terpijak onak
Masakan tangan boleh terluka
Jika amarah mahu dijinak
Menawan senyum dielak duka

**Intonasi bacaan seperti membalas/menjawab pantun...hehehe

Nizam.Ariff said...

Azani,
jangannn..! ko nak kena di audit kan...?




Wan,
Salam.
Sejujurnya, memang itulah maksud yang masuk dengan pembayang itu. Tahniah.

secangkir madu merah said...

Aku pun nak cubalah...

Apa guna meraut mengkuang
kalau hari masih tengkujuh
Apa guna berkata sayang
Kalau di hati ingat yang jauh...

Pagi-pagi menebas belukar
Anak Kedidi berlari-lari
Macammanalah hati tak terbakar
Asyik meminta tapi tak mahu memberi..

Kalau kaki terpijak onak
Masakan tangan boleh terluka
Kalau di dlm hati kata nak
Katakan saja jangan nak bermuka muka..

Nizam.Ariff said...

SMM,
hahaha... aku suka... tema cinta...haahaha

Wanpetunjuk said...

Mabrook!!!. Hahaha, Alhamdulillah....sy cuba2 sahaja semalam. Guna pengalaman pertandinagn berpantun back in 1997 when I was in Gerik, Perak.....sungguh lawak!

tasekM said...

apa guna meraut mengkuang
kalau hari masih tengkujuh
harap bibir menyebut pisang
di dalam hati ingat buah pauh


pagi-pagi menebas belukar
anak kedidi berlari-lari
keledek kuning sedap dibakar
kentang coklat dibuat kari

(kentang coklat? ko jgn mengada nk bangkang)


kalau kaki terpijak onak
masakan tangan boleh terluka
kalau nak tau keladi tu enak ke tak enak
cuba try buat seri muka





pantun buah-buahan malam Sabtu.
malam Ahad nnti aku karang pantun lain.

:p

.

Nizam.Ariff said...

Wan,
1997?!!!

lama dah tu... hahaha



TM,
buah-buahan.... oooo.. aku faham...aku faham...
cuma satu je, kalau dah ada pisang, mana rambutannya?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com