Friday, February 3, 2012

Senjata menembak burung yang terangguk-angguk...

.

Model penembak itu bukan aku. Aku yang menembak dia guna kamera ini...


Dia atas ialah salah satu inovasi ke atas cara-cara untuk menukarkan burung-burung yang terbang bebas kepada burung-burung yang tergoreng dan bogel di atas pinggan. Nampak seperti mainan tetapi ianya berbahaya tapi taklah sampai membawa maut.


Itu ialah senapang angin (air rifle) yang bertekanan rendah. Bukan seperti senapang yang digunakan untuk sukan atau pun dalam sukan ekstrem 'Paint Ball' yang menggunakan gas bertekanan tinggi. Tekanan angin yang digunakan adalah rendah, serendah tekanan tiub basikal atau tiub motorsikal sahaja.


Nampak batang paip yang lebih besar itu? itulah tabung udara bertekanan rendah. Tabung itu ada injap di kedua-dua hujungnya. Salah satu injap untuk mengepam angin, menggunakan pam basikal dan satu injap lagi adalah injap kawalan untuk melepas angin menggunakan sistem 'trigger' atau pelentik.


Angin yang dikeluarkan secara mengejut tadi akan disalurkan ke dalam batang paip yang lebih kecil dan panjang itu. Di dalam batang paip itulah akan diletakkan peluru berupa guli kaca. Angin bertekanan tadi akan menolak guli kaca itu keluar dari batang paip dan bergerak secara projektil ke arah burung atau pun tupai.


Ini adalah impprovisasi kepada versi senapang angin yang sebelum ini. Sebelum ini, mereka gunakan versi yang lebih kecil tetapi lebih berkuasa iaitu menggunakan tangki pengepam yang ada pada tong racun. Pelurunya juga ialah galas besi (ball bearing).


Senapang yang menggunakan peluru galas besi itu terlalu kuat sehinggakan menembusi dada burung, katanya. Sedangkan, versi terbaru ini sekadar 'menumbuk' dan menjatuhkannya ke bawah.


Berapa ketepatannya? Dalam jarak 5 kaki, sasaran boleh dijatuhkan 100%. Dan ketepatannya berkurangan sebanyak 5% untuk setiap 10 kaki. Biasanya, jarak burung atau tupai yang hendak di tembak diantara 20 ~ 40 kaki.


Lebih dari 100 kaki, kuasa hentamannya berkurang seperti muka teruna ditampar oleh sang dara yang sedar dirinya diperdaya dimalam edan: tiada kesan di luaran tetapi terkesan sungguh di dalam.






.

18 comments:

jeb said...

ini memang power!!!engineer mana yang design ni!!cilakak betol.malu gua

Nizam.Ariff said...

Jeb,
engineer kampung je... lu kena respek macam mana dia org buat trigger mechanisme dan valve tu dari barang2 rumah je.

valve tu penting sebab kena lepaskan angin secara 'blast' atau pancutan untuk dapatkan pecutan, kalau lepas sikit-sikit macam melepas kentut di dalam lif, guli bergolek je...

tasekM said...

ko kalau amik gambor pun lebih kurang gitu gak la..
ke lain..?

keh keh.


.

sepa said...

dalam criter No Country For Old Man, dia bawak tong compressed-air terus.
diletaknya nozzle kat dahi - nah, tembus hingga ke belakang kepala. tak guna peluru...
diletaknya nozzle kat lock-pintu - nah, terpelanting lock-pintu...

*ok. improvement utk tuh : cer ko mintak re-design supaya, dia tembak tanpa guna peluru - hanya compressed-air.

hehehe...

Nizam.Ariff said...

TM,
Jauh bezanya....
aku lebih mulus, lebih berketul, lebih tinggi dan.... lebih kurus... keh keh keh





Sepa,
Kalau gitu, aku rasa guna kentut je la... makan telur rebus banyak-banyak dulu. bulih pengsan wehh....

tasekM said...

tang tinggi je aku nk percaya.
tang lain malas.

kikiki...




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Malas?.. malas .. sudah.. keh keh keh

jeb said...

engineer kampung jenis mcgyver ni memang gua respek habis..bagi detail design la bro..autocad drawing sekali dengan BOM..boleh gua ciplak..

cilakak2..memang power orang kampung lu!

p/s: lurus tak power sangat boh..hahaha..

Nizam.Ariff said...

Jeb,
macam aku cakap tadi, tengok kat structure tu pun dah boleh design walau guna Acad. Tu semua guna PVC pipe dan PVC sealent jer... tapi yang penting valve tu. valve untuk pam dia guna nipple valve kat tiub motor tu je. release valve tu yang aku tak sempat nak bedah siasat. tak tau dia guna apa... aku rasa dia ambik valve tong racun lama (body dari tembaga / brass) sebab aku ada nampak tong racun arwah bapak aku punya dah kena salvaged habis...

Nizam.Ariff said...

Jeb,
pasal laras lurus tu, belum ada teknplogi kampung nak jadikan dia spiral groove kat dalam paip plastik lagi la... keh keh keh. kalau dia boleh buat, mesti lebih tepat.

tapi itu pun dah ok. dia kata, minggu sebelum tu dia tembak 20 ekor tupai dalam 2 hari. tupai kat atas pucuk kelapa sawit weh...

ibundo said...

masa muda dulu abah akak suka memburu. Kijang , pelanduk, rusa hanya mainannya saja.
Burung? Tunggu burung punai lalu di tepi rumah. Sekali tembak, mpat lima ekor bedebab jatuh.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
wuihh.. tinggi ilmu penabur tu kak...
hahaha...

Burung punai sedap ke kak? tak pernah merasa. Aku pernah rasa burung2 sawah jer...

sudipVSsenduk said...

wow! interesting..

tak suka makan burung sbb kecik sangat, tak puas...

Temuk said...

Aku, hebatlah inovasi tu! Bolehkah isi lebih dari sebiji guli sebagai peluru? Baik-baik tersasar ke cermin kereta.

Nizam.Ariff said...

Sudip,
makanlah 5 ekor... mesti puas punya...




Temuk,
Buat masa ini, tak boleh diisikan lebih daripada sebiji setiap masa. lagi pun, sekali tak kena, burung dah terbang pergi. tak guna peluru macam mesin gun...., hahaha

Anonymous said...

fuh bahaya ni..

air chamber tu silap2 bleh meletup.triggerbleh pakai piston valve mcm dlm paintball marker gun.

Nizam.Ariff said...

ahmed,
tak lah bahaya sangat.
aku tegok pressure dalam chamber tu tak lebih dari tekanan tiub basikal je. Cuba valve tu yang main peranan untuk memecutkan peluru...

Anonymous said...

kreatif tuh orang... tapi harus tetap hati-hati... jangan sampai membahayakan bagi orang lain...
Jual Senapan Angin Gejluk Dual Power

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com