Thursday, February 9, 2012

Si Algojo yang siang berbaju layar, malam berbaju rantai...

.


Inilah si Algojo yang telah menyiksa aku 2 kali seminggu. Ia akan menarik kepala aku seperti mahu mencabut tengkorak aku daripada tulang belakang. Seperti mahu menanggalkan tengkorak aku dari soket C1 yang hanya bersendikan rawan nipis.







Aku membayangkan bagaimanakah orang-orang yang disiksa / dibunuh dengan cara diikat kaki dan tangannya kepada empat ekor kuda. Kemudian kuda-kuda itu dicambuk sekuat-kuatnya. Lalu kuda-kuda itu pun memecut sambil menarik kaki dan tangannya sehingga terputus.

Bayangkanlah setiap mikrosaat bermula tali itu menegang dan perlahan-lahan menarik sendi-sendinya sehingga terputus segala otot, urat dan akhirnya tulang... hidup-hidup!




.

14 comments:

♥ manje ♥ said...

kerja dengan mesin 'algojo' eh...

AZANI said...

sakit belakangke?

Water Lily said...

Ngeri eh

Aku said...

Manje,
bukan kerja... aku dikerjakan oleh mesin algojo tu...hehehe



Azani,
bukan...
sakit tengkuk... area C4-C5.
Konsisten dengan Office Injury, you better watch out this killer as well, bro...




Kak Lily,
Alaaa.... dramatisasi je yg lebih... keh keh keh...

kucingorengemok said...

tarik pakai kuda tu hukuman zaman bila & kat mana eh? macam pernah tengok kat cd (tah ye ke lakonan)

pancung kan senang

Aku said...

KOG,
tu masa zaman eropah purba dulu.
kat arab pun ada zaman2 jahiliyah dulu...

sepa said...

algojo tarik sikit2 kan, brader.

*diaorg nak bg lurus ka.? atau bg longgar.?

Aku said...

Sepa,
dia orang nak kasi decompress.. supaya mana-mana yang tersepit boleh bebas.. supaya hilang kebas2 pada tangan atau kaki....

ke ko tanya pasal kuda tu?
Kalau pasal kuda tu, dia org sengaja nak bunuh secara kejam la..

sepa said...

tak tak. aku tak tanya pasal kuda.

betul dah tuh. aku tanya apa mesin tuh buat.

*eh. ada rupa mesin tesile yg guna untuk test tensile strength yg ikut standard ASTM.? mesin nih tarik ikut standard apa, brader.?

Aku said...

Sepa,
dia ikut standard berat badan... labi berat badan tu, lagi kuatlah dia tarik...

so, ko bayangkanlah berapa kuat kepala aku kena tarik..... aaaaaaa...

secangkir madu merah said...

berkesan ke mesin ni?

alien pakai lipstick said...

Sure sakit.treatment utk apa tu

alien pakai lipstick said...

Sure sakit.treatment utk apa tu

Aku said...

SMM,
dah itu yang ada.. guna je la... tak banyak membantu pun. elok cegah sebelum terkena kak...




Alien pakai lipstick,
Memang sakit pun. untuk tulang belakang kak...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com