Thursday, March 8, 2012

Basah di pagi yang sejuk dan lembab...

.

Demi untuk merakam tahap kesuburan suasana pagi yang sungguh produktif ini, aku ambil foto dua pokok bunga ini sementara enjin kereta aku hangat. Pagi yang hujannya muncul sejak awal malam tadi sehinggalah rintik-rintiknya membasah di pagi ini.


Bunga ini sepatutnya berwarna ungu...tetapi nampak hanya putih...


Ini pun sama... kenapa?





Bayangkanlah jika ketika ini aku sedang duduk berselimut di sebuah pondok di tepi sawah sambil melihat kehijauan pokok padi disimbahi cahaya matahari yang baru menanggalkan selimut tidur dan berbogel, mahu mandi air hujan yang bertakung di dalam kolah awan.


Dan bayangkahlah jika aku yang berselimut dan berpakaian lengkap itu sedang memegang secangkir kopi panas dan ubi rebus pula sedang menari-nari di dalam mulut aku - kejap ke pipi kanan, kejap ke pipi kiri. Manakala lidah aku pula sedang sibuk mengaduk ubi rebus hancur itu dengan air liur untuk mencernakan sedikit karbohidrat termasak kepada gula ringkas dengan tindakan enzim amilase liur. Glukosa ringkas  yang terhasil itu pun meramas-ramas kudup-kudup sensor di lidah lalu isyarat itu pun dihantar naik ke otak.


Dan otak pun mentafsirkan perasaan aku ketika itu begini: Alangkah nikmatnya... ahhhhhhhhh!






.

10 comments:

cheqna said...

koya/khayal/berangan memang besh...dan kompem berangan tak sudah =)
pagi aku...moga sihat2 sokmo =)

Nizam.Ariff said...

cheqna,
itu berangan berasaskan pengalaman lepas tu... ianya lebih kepada kenangan daripada berangan... hahaha

sudipVSsenduk said...

pagi, hujan, selimut, kopi panas, ubi rebus & sambal tumis (tambah sendiri) adalah 1 kombinasi yg sangat serasi.

Nizam.Ariff said...

sudip,
kalau boleh, nak hujan pagi setiap hari... keh keh keh

sepa said...

a ah. aku tgk kaler cam tak betul, kan. bukan jeh ungu, ijopun tak rupe ijo.

*aku dapat bayangkan. cuma ko bukan duduk, sebenarnya ko bertenggek, sedang kepala diteleng menyandar tiang, juga ditemani api pelita walau hari sudah siang. :p

Nizam.Ariff said...

sepa,
.. dan ketika itu aku di atas bangunann tinggi, sedang memerhatikan mangsa untuk aku cabut tulang belakang dan aku ambil tengkoraknya untuk aku bersiahkan dan dibuat piala... koleksi peribadi aku sebelum aku berlepas ke galaksi lain... memburu kerana aku pemburu...

tasekM said...

dasar tekak org tua tau suke ubi kayu..









lalala....


.

Nizam.Ariff said...

TM,
citarasa je klasik tapi jiwa masih remaja yg penuh testosteron... kakaka

sepa said...

ye ye ye, bang. mmg naluri ko msh 18. :p

Nizam.Ariff said...

Sepa,
terima kasih kerana memahami... keh keh keh

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com