Friday, March 23, 2012

Bermain-main dengan risiko, ada risikonya...

.

Setiap pagi hari bukan cuti umum, aku akan lalui jalan yang sama untuk pergi ke tempat kerja untuk selama 3 tahun ini. Sebelum itu, laluan aku berbeza kerana pejabat juga berbeza.


Dan setiap hari-hari bekerja selama 3 tahun ini, aku tempuhi 'bumper' atau 'batas keledek' tidak kurang daripada 15 kali sedangkan jarak rumah aku ke pejabat cuma lebih kurang 5km. 'Bumper' yang paling padat kewujudannya ialah di USJ12... kerana aku ikut jalan perumahan. Kekerapan 'bumper' di situ kadang-kadang setiap 20 kaki!


Risiko bukan pasti berlaku tetapi setiap sesuatu akan ada risikonya tersendiri. Sesetengah orang kata apabila keluar ke jalan raya sama ada berjalan kaki, naik basikal atau kenderaan lain, risiko kemalangan tetap ada. Kalau kita tak langgar orang, orang lain yang langgar kita. Walau kita berjalan kaki elok-elok di bahu jalan tetapi masih ada risiko kereta terbabas dan melanggar kita. Masih ada risiko.


Risiko adalah perkara yang kemungkinan berlaku. Kalau dah berlaku, ia dinamakan isu atau masalah. Aku pernah bertanya kepada seorang berbangsa Italy sama ada mati adalah satu risiko kerana mati itu belum berlaku. Jawabnya, MATI BUKAN SATU RISIKO kerana MATI ITU PASTI. Mati... adalah satu isu yang pasti akan berlaku...






.

10 comments:

tasekM said...

qada dan qadar namanya...

cheqna said...

hidup umpama jalan sehala
maut menunggu akhirnya

sepa said...

ko ada kenalan orang Italy arr...

aku berimpian ke Italy, lebih tepat ke Pulau Murano tuk melihat seni pembuatan kaca... dan aku berniat jugak nak beli Venetian glass atau candelier (yg kecik aje...)... di suatu masa, nanti, yg akupun tak pasti.

*apakah risikonya, bang?

Nizam.Ariff said...

TM,
ye .. betul tu....




Cheqna,
betul tu... jalan sehala cuma sama ada lurus atau bengkang-bengkok...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
antara risiko yang terfikir...

1. tetiba ko konpius kapal terbang Pan Am atau KLM lebih panjang dari A380.

2. ko tersesat ke greece dan berkenalan dengan ratu greece di tepi pantai yang indah...

3. tetiba ko nak terjun dari menara Pisa sebab nak ukur diantara badan ko dan duit syiling dalam kocek, mana sampai dulu ke tanah...

4. ko kena kerat 18 oleh mafia...

sepa said...

adusss... banyak nar risikonya, bang.!!!

apa kata ko la pergi dulu, kalau ko balik :

1. tunjukkan bil-bil, termasuk tiket kapalterbang yg sah yg dialamatkan bukan di PMO,
2. balik, tak membawa-bersama anak angkat yg ada look - half greece, have malaysia,
3. bawak balik, bukti bergambar yg menara Pisa, sudah rebah ke tanah, dan..
4. balik, in one piece...

.
mgkn dah hilang / kurang sikit risikonya, kan.?

hahahahahaha...


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
apa pulak kurang risiko... tu semua tu macam accepting the risk jer...
Aku tak nak la g sana... nanti hari2 makan spaghetti.. kembung perut aku weh...

Granny Hani said...

Mati itu risiko bagi yang di tinggalkan hidup...

hairul392 said...

yer betul memang mati adalah pasti berlaku.. bila2 masa bila dia mahu..

Nizam.Ariff said...

Hani,
betul tu.. tapi perkara itu telah pasti jadi bukan risiko lagi tetapi pelan persiapan yang lebih penting...



Dak Ai,
betul3x....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com