Thursday, March 22, 2012

Dalam membuat pilihan, perlu difikirkan risikonya...

.

Aku selalu terkedu sebentar apabila diminta buat pilihan. Tidak kiralah ianya tentang apa pun, sama ada tentang tugas kerja mahu pun perkara-perkara yang di rumah. Oleh kerana aku terkedu, ramai yang berfikir aku tak cekap untuk membuat pilihan atau dengan kata lain, aku seorang yang lambat berfikir. Mungkin juga benarnya, tak apalah. Itu kekurangan aku.


Apa yang berlaku sebenarnya ialah berlaku pemprosesan data yang dinamik dan amat kompleks dalam kepala aku. Bukan kepala aku sahaja, kepala sesiapa yang berfikir untuk membuat pilihan pun sama. Memang itu prosesnya, terimalah. Bezanya cuma cepat atau lambat.


Dalam membuat pilihan, aku selalu fikirkan RISIKO bagi setiap pilihan (option) yang kadang-kadang sampai lapisan ke dua atau ke tiga (2nd or 3rd level) dan setiap pilihan itu mungkin ada lebih daripada satu risiko sahaja. Sebagai contoh: Tengahari nanti aku perlu balik ke rumah untuk menghantar anak ke sekolah tetapi jam 2pm ada mesyuarat.


Memikirkan tentang risiko juga adalah bermain dengan kemungkinan ianya berlaku. Apabila bermain dengan kemungkinan, aku perlu juga menilai (assess) data dan informasi yang aku ada. Kebanyakkannya memang tak ada. Tak apa, itulah cabarannya.


Dan ingin aku tuliskan di sini terdapat 9 jenis 'risk responses'. Ada yang proaktif dan ada yang reaktif. Sayugia diingatkan, dalam konteks ini, risiko bukan sahaja ancaman tetapi juga peluang yang baekkk...
  1. Elakkan (avoid) dari bertembung dengan risiko. E.g.: Kalau panjat gunung ada risiko jatuh ke gaung dan mati, jadi jangan pergi panjat gunung.
  2. Kurangkan (reduce) sama ada kemungkinan berlaku risiko atau impak jika risiko terjadi. E.g.: Kalau nak juga panjat gunung, pergi waktu terang dan tak hujan. Kalau jatuh juga, pastikan ada helikopter nak hantar ke hospital.
  3. Pelan kedua (fallback) jika berlaku risiko. E.g.: Kalau jatuh ke gaung, ada skuad elit ikut sekali untuk keluarkan dari gaung.
  4. Pindahkan (transfer) risiko kepada pihak ketiga, biarkan dia yang menanggungnya. E.g.: Dah masuk hospital mesti kena tanggung kos rawatan, jadi beli insurans perubatan.
  5. Terima (accept) sahajalah apa-apa yang terjadi dan bertawakkal dengan harapan risiko jatuh gaung itu tak terjadi.
  6. Kongsikan (share) risiko itu dengan orang lain atau pihak lain. E.g.: ikat tali kepada 2-3 kawan-kawan yang lain. Kalau jatuh pun, biar semua tanggung sama-sama... jahat!
  7. Jika jatuh gaung itu ada keuntungan seperti berjumpa dengan Puteri Bunian, eksploit (exploit) keadaan itu untuk keuntungan diri. E.g.: alang-alang dah jatuh ke gaung, baik cari Puteri Bunian mana tau dapat minyak buluh perindu pula...
  8. Jika ada kemungkinan boleh dapat keuntungan, bolehlah diperluaskan (enhance) peluang untuk terjadinya risiko itu supaya dapat apa yang dikehendaki. E.g.: kalau benar Puteri Bunian ada kat gaung, baik guna tali yang dah reput, senang nak putus dan 'terjatuh' ke gaung... hehehe
  9. Atau, kita boleh tolak (reject) keuntungan tersebut dan kembali ke pangkal jalan. menolak keuntungan ini sama seperti mengelak (avoid) daripada mendapat keburukan daripada risiko yang mungkin berlaku. E.g.: beristigfar dan bertaubat banyak-banyak, tak mahu jumpa Puteri Bunian...


Jadi, pilihlah mana satu cara yang perlu untuk respon kepada risiko yang ada...





.

5 comments:

gadisBunga said...

kalau bab panjat bukit atau gunung, aku selalu berangan nak amik pilihan ke 2.

tapi takat berangan je la~

tasekM said...

dalam banyak2 benda... puteri bunian jugak yg ko idamkan, kan..?

:D




.

Aku said...

GB,
ooo... suka panjat gunung eh...
tak banyak gaung kat Malaysia, yang banyak cuma lurah dan lembah je. tak pe, risiko rendah... hahahaa




TM,
abis tu, siapa lagi kalau bukan orang bunian yang berkampung dalam gaung.... bukan eh?

sepa said...

Mun (Munawar Alwi aka the last of Malbari) pernah jugak kata, dlm memilih, begini :

*kalau kita sampai kat satu tempat yg byk gerai makan dan tak tau nak pilih duduk-makan kat yg mana satu. pilih gerai yg ada awek cun.
kalau ada byk gerai yg ada awek cun, pilih yg ada taik lalat kat muka.
kalau ada byk yg ada taik lalat kat muka, pilih yg ada taik lalat kat pipi kanan tengah atau kat atas bibir kanan.

errr..

pilihan cam neyh ada risiko tak, bang.?

Aku said...

sepa,
adaaa... mesti adaaaa...tetiba gerai yang berkenaan tu ada 'masaj-masaj punya', kena cekup karang....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com