Tuesday, March 13, 2012

Dari balik bingkai besi.......

.




Di satu subuh yang cerah tetapi penuh dengan awan gemawan di atas sana, aku lihat satu keindahan yang tiada tara dari balik bingkai besi. Ya, keindahan yang berbingkaikan besi. Apalah keindahan itu jika hanya dikecapi hanya dari hirupan angin wangi.


Pecahan yang menyerlahkan mega jingga... umpama belahan dari belati,  tangkasnya Sapurba melayang ke langit lalu mencarik layar awan. Satu tindakan yang membolehkan mimpi-mimpi indah beraduk ngeri membolos lepas ke langit atas, membawa cerita-cerita karut dan fana.


Aku.

Aku yang memangku kepala melihat segalanya dari bingkai besi, mencari ungkapan yang sesuai untuk merungkai ikatan subuh sepi pada kepak-kepak gagak. Malang sungguh apabila kesepian itu ranap dihenyak riuh gagak-gagak berebut bangkai. Malang sungguh apabila subuh itu dirodok dan diperkosa oleh mereka.


Aku masih di balik bingkai besi, mencari ungkapan yang sesuai untuk warna-warna subuh sepi... tolong aku kerana aku hanya bisa menggapai keindahan itu dari jauh.






.

4 comments:

ibundo said...

subhanallah...
beruntunglah mereka yang sentiasa mencari dan menikmati kebesaran dan keagunganNYA.

sepa said...

good morning.! dah brekfes.?

tasekM said...

ni dr lubang rumah ke nih..?

Aku said...

Kakpah,
namun ramai dari kita yang rugi... huhuhu



Sepa,
belum..
aku tak pandai nak buat poached egg...



TM,
dari veranda rumah...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com