Sunday, March 4, 2012

Irama Senandong Semalam...

.

Sikit masa dulu, aku ada menjemput keluarga di kampung ke S.Alam. Tujuannya, untuk lepak-lepak di Bagan Lalang dan mengajaknya ke sebuah restoran ikan bakar yang terkenal di situ, Senandong Malam. Semalam, mereka datang dan petang Sabtu itu kami pun bertolak ke sana. Kami pasang khemah, kami pasang kerusi dan kami pasangkan tikar (maksud aku, tikar itu ada sepasang). Bekalan makanan pun dihidangkan.


Sambil menunggu perut 'sera' atau lapar semula, kami jalan-jalan sekitar pantai. Kami lihat aktiviti2 yang ada. Aku sempat 'snap' beberapa foto yang akan aku paparkan di FOTOBLOGAKU nanti. Aku juga sempat ambil foto matahari terbenam. Hampir terbenam sebenarnya, bukan benar2 terbenam. Ada teknik tertentu yang aku dan HAIRULFOTO gunakan untuk menjadikannya terbenam sebelum waktunya.



Sebelah malamnya, kami pun bergerak ke Restoran Senandong Malam yang terletak di tepi padang di mula-mula masuk ke pantai dan kami terkesima melihat orang ramai telah pun beratur untuk memilih makanan laut. Bukan itu sahaja, beberapa keluarga lagi sedang berdiri, menunggu pelanggan yang sedang makan untuk mengosongkan meja!


Aku dan HairulFoto lepak-lepak di sebuah meja batu berhampiran dapur bersebelahan pekerja yang membakar Otak-Otak. Kemudian kami di datangi oleh pemilik restoran yang kami panggil 'Wak'. Dari satu cerita ke satu cerita, terutamanya tentang pengalaman berniaga hujung minggu sebegitu. Katanya, memang begitu malah dia tak berani untuk ambil 'booking' secara telefon kalau hujung minggu.


Jadi, kalau sesiapa hendak makan di situ pada hujung minggu, aku sarankan agar makan sebelum maghrib (eloknya pukul 6pm kerana restoran dibuka mulai jam 5pm). Atau kalau nak makan malamnya, elok datang selepas Isyak agar terjaga Maghrib. Surau yang berdekatan di restoran itu aku tak tahu tetapi ada surau di pantai baru, seberang sana Golden Coast.



'Wak' memang pandai mengelak wajahnya dari dirakam.. hahaha. Yang lengan baju biru itu ialah milik HairulFoto.



Oleh kerana hari pun renyai-renyai ketika itu, kami ambil keputusan untuk bungkuskan sahaja pesanan kami. Sebenarnya, 2-3 kali 'Wak' terpaksa hentikan proses mengambil pesanan, yang memaksa pelanggan terpaksa berdiri hampir 30 minit HANYA untuk membawa bakul makanan laut kepada pekerja yang menimbang dan menulis jenis masakan! Semuanya gara-gara tiada meja yang kosong. 'Wak' kata, takkan nak masak? Nanti nak makan kat mana pula? Betul juga tu tetapi aku lihat tak ramai yang merungut pula dengan tindakan 'Wak' itu.



sebahagian lauk-pauk pesanan kami. Ya, kami sentiasa menyibuk di dapur.. sebagai wartawan professional, kata aku kepada HairulFoto.... hahaha



Kami pesan ini:
Ikan Jenahak
Ikan Siakap
Ketam
Pepahat
Sotong
Nasi putih

Ikan-ikan dan ketam akju suruh dibakar sahaja, lebih cepat. Pepahat pula dimasak pedas. Memang aku datang untuk makan Pepahat itu, jadi aku  ambil banyak-banyak! Dan jumlah harganya? Tak sampai pun RM200, yang aku kira berpatutan jika melihat semuanya segar-segar, sotong pun masih berselaput dan masih keras. Tak macam sesetengah kedai yang dah lembik. Apa barang sotong lembik....


Kami semua makan di rumah HairulFoto. Esok paginya, kami menonton matahari naik pula. Dan beberapa foto juga diambil. Jadi, lengkaplah ' from dusk to dawn', tema untuk blog foto aku.





.

2 comments:

sepa said...

nampak sedap ar. :)
dulu. beberapa pasangan tahun dulu, (a couple of year la tu), aku pernah makan seafood kat Port Klang n kat Kapar. ok jugak la.

*ko selalu ke Bangan Lalang, kat ner nih, bang.?

Nizam.Ariff said...

Sepa,
ke selatan sikit dari Morib...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com