Tuesday, March 27, 2012

Ketertaluan... sangatkah?

.

Anak-anak dibesarkan supaya pada satu hari nanti majoritinya akan menjadi tenaga kerja atau buruh kepada pemilik organisasi yang kaya-raya.


Agak keterlaluan pernyataan di atas itu tetapi kalau ditilik elok-elok, mungkin ada benarnya. Kalau pun tidak semua, banyak antara kita yang berharap anak-anak kecil itu nanti akan belajar setinggi yang mungkin untuk mendapat segulung ijazah dan akhirnya dapat bekerja di syarikat-syarikat yang ternama dan mendapat gaji yang lumayan. Dan akhirnya, begitulah jalan hidupnya - memerah keringat pagi petang siang malam demi mendapat kemewahan yang sedikit sedangkan pemilik organisasi tersebut mendapat kemewahan yang lebih banyak.


Segulung ijazah tidak menjanjikan apa-apa selain tiket masuk kerana selepas masuk ke organisasi tersebut, tidak lebih 20% ilmu yang digunakan pada mulanya.


Agak keterlaluan untuk mengatakan begitu tetapi itulah realitinya, kecuali jika masuk ke organisasi yang berasaskan ilmu dan pembelajaran kerana ilmu itulah aset, ilmu itulah kapitalnya. Tetapi bagi organisasi yang berdasarkan kemahiran dan pengetahuan, lebih banyak perkara yang seseorang itu perlu tahu. Tengok sahajalah berapa kali satu organisasi perlu menghantar pekerja-pekerja untuk pergi berkursus. Tengok sahajalah adaptasi budaya kerja atau orientasi yang perlu dilakukan oleh organisasi tersebut sebaik sahaja ada pekerja baru.


Lihat sahajalah aku. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa aku menggunakan ilmu pengajian untuk bekerja pada 3 tahun pertama sahaja dan tahun-tahun selebihnya, aku perlu gunakan kemahiran asas yang aku perolehi dalam pergaulan, cara aku dibesarkan, kata nasihat, nilai-nilai diri, cara berfikir dsb...Dan kini, aku telah bekerja lebih 15 tahun. Kemahiran berfikir dan mengutarakan pendapat, serta mempertahankan pendapat itulah antaranya yang menjadi asas untuk aku terus dapat bekerja. Jika kemahiran ini hilang, aku tak mampu lagi bersaing dalam alam pekerjaan. Tidak kiralah pendapat tentang apa pun - daripada hal-hal berkaitan teknikal mahu pun strategi perniagaan. Apa yang diolah dalam kepala perlu diutarakan dan seterusnya ialah meyakinkan kepada semua bahawa jalan yang itu adalah laluan yang benar. Sebelum dapat meyakinkan orang lain, perlulah diyakinkan diri sendiri.


Tidak keterlaluan juga kalau aku katakan bahawa kemahiran yang didapatkan (acquired) itu hanyalah sekadar perkakasan (tools) untuk terus bekerja sedangkan ilmu itu menjadi panduan hala tuju.


Namun, yang menjadi asas untuk kita berjaya ialah nilai-nilai diri (jujur, amanah, bekerja keras, berusaha, tidak mudah kalah dsb) yang dipupuk dari kecil dan perkembangan diri dari segi emosi dalam menghadapi cabaran.


Banyak kawan-kawan aku yang dikatakan kurang berjaya dalam pelajaran namun sekarang boleh dikategorikan sebagai lebih berjaya dalam hidup berbanding aku. Mereka dapat hidup dan aku juga dapat hidup namun aku cemburu dengan kehidupan mereka yang aku kira mudah dan senang. Jangan pula diukur kejayaan itu dengan nilai wang ringgit.






.

9 comments:

jeb said...

sekolah dibina selepas berlakunya perang dingin dan revolusi perindustrian berlaku.

semasa revolusi perindustrian, majikan memerlukan tenaga kerja yang murah lalu mengambil kanak-kanak untuk bekerja.

orang dewasa yang tidak puas hati kerana tidak mempunyai kerja telah berpakat dan memujuk golongan2 majikan untuk membina sekolah.

selling point mereka adalah, kanak2 patut diberikan pendidikan supaya apabila mereka besar, mereka akan menjadi pekerja yang lebih berkualiti.

p/s: sila download buku stop stealing dream

sepa said...

byk hal aku setuju ngan apa yg ko kata, dan memang praktikalnya begitu. cuma, tang 20% aku kurang setuju, kerana pada aku universiti hanya memandu kita untuk mendapatkan ijazah begitu juga dengan peranan organisasi tmpt kita berkerja, mereka juga memandu kita untuk mendapat-keluarkan potensi sebenar utk serve the best dlm organisasi yg menjurus kpd anugerah yg mgkn berupa peluang menyertai pengurusan dan pegatur-cara system, dan mgkn juga menjadi ayam tambatan.

*yang paling penting adalah pembentukkan mentaliti dan daya fikir.

:)

.

tasekM said...

setuju.

tapi.
aku masih gunakan ilmu2 yg aku belajor dulu...
banyak juga peratusnya.



.

Nizam.Ariff said...

Jeb,
Oooo.. betul la ... menyediakan tenaga buruh yang effisien dan efektif... habis tu, tak ada ke sekolah yang nak ajar jadi towkeh..?




Sepa,
setakat mana ko boleh penetrate ke top management? tempat tu 2-3 jer tapi calon banyak... lagi pun, org yg dilantik jadi top management tu sebab dah tahu selok belok business.. bukan sebab ijazah.. waktu interview nak duduk top post pun dia org ukan kira ijazah.... dia org kira sapa boleh deliver... and make more money.. tu je..





TM,
ko buat akaun memang gunakan ilmu tu tapiiii.... ko nak mintak penyata bank, ko nak jumpa orang itu, orang ini, merayu minta itu ini, pujuk memujuk minta diskaun atau menipu untuk tax.. semua tu guna skill dan network yang tak ada dalam ijazah, kan..? hahaha

jeb said...

Aku,
pada aku,ilmu nak jadi towkey ni tak boleh belajar dalam kelas.kena experience sendiri.macam ko,belajar sendiri macam mana nak bagi pendapat,defend pendapat. hal ni takde dalam kelas.

sepa said...

maksud ko :

It is not WHAT YOU KNOW matters, WHO YOU KNOW, instead.?!

*itu dah kira politic. maksud aku "Brand-over-Brain"...


.
*realitinya, mmg byk kes cam tuh...

:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
ya, realitinya macam tu la....

ASH said...

okay..aku faham.....k
.
.
.
.
bonus dapat tak?
belanja..hihihi

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Tak ada bonus la kak...
automotif kurang memberangsangkan...
tahun ni market turun 25% disebabkan guidelines pinjaman dari Bank Negara...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com