Thursday, March 29, 2012

Pengalaman pertama aku di Perahu Pecah, Tg. Malim...

.

Ahad baru-baru ini, aku berkesempatan pulang berkereta ke kampung di Perak. Saja menjenguk saudara dan ibu di sana. Sambil-sambil itu, aku sempat berkeliling rumah saudara aku untuk mencari subjek-subjek untuk foto blog aku.


Dalam perjalanan pulang ke S.Alam, aku singgah di sebuah restoran yang indah di malam hari ini di pekan Tg. Malim.




Seorang Pelayan Pelanggan yang menghampiri aku bertanyakan pesanan yang aku pilih. Aku tutup semula menu yang diberikan dan aku pandang wajahnya. Aku kata yang aku baru pertama kali nak rasa. Jadi, aku kurang pasti menu mana yang paling nikmat.


Pelayan Pelanggan kata, restorannya terkenal dengan 'Tom Yam Perahu Pecah' dan 'Ikan Siakap 3 Rasa'. Tanpa berfikir panjang, aku setuju sahaja dengan calon yang diberikannya.


Selang beberapa minit, Pelayan Pelanggan itu datang semula. Katanya, Tom Yam Perahu Pecah dah langsai dijamah orang! Hah? Baru pukul 8.30pm dah habis dijarah dek pelanggan lain. Katanya lagi, petang tadi ramai orang. Tak menang tangan nak layan semuanya. Terpaksa pergi ke depan dan kebelakang bergilir-gilir untuk memenuhi permintaan.


Whooaa.... kalau begitulah, Tom Yam Perahu Pecah itu memang calon yang hebat, sampaikan habis dijilat orang. Aku tak dapat merasa langsung! Tak mengapa. Ada Hari, aku singgah lagi.



Yang ada.. Siakap 3 Rasa yang 'bumbu' nya ditumbuk lesung...


dan Sup Ekor yang menggunakan rempah ratus sendiri... tanpa ada rasa masam dan lemak yang berlebihan





.

4 comments:

sepa said...

Fuyooo... hebat Tom Yam Perahu Pecah ar...

*ko ader tanya, bulih order online tak.?

.

tasekM said...

apa kes jilat tom yam... macam kucing...



.

aza ni said...

sah, dah lama amat aku tak sampai ke tm

Nizam.Ariff said...

Sepa,
order online boleh.. tapi tak jamin boleh sampai arrr.... hahaha





TM,
Bukan aku... aku tak sempat nak jilat... org lain dah jilat dulu... keh keh keh




Azani,
Aikk!? Kalau ke KKB tu ngape tak teruskan ke TM tu....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com