Saturday, March 3, 2012

Satu hari itu... seseorang...

.

Satu hari, satu masa, satu ketika....1Malaysia pun dilaungkan.

Bergemalah segenap ceruk rantau yang bergelar Tanah Melayu dengan degar-degar semangat
Membara dan meronta-ronta dalam dada sang pejuang dan perwira negara
Pertiwi pula melepaskan anak dan suami pergi
Meninggalkan lembu dan kambing
Melepaskan belitung dan beliung
Melepaskan ketam dan kuda-kuda (kedua-duanya bukan haiwan).
Melepaskan resah menanti baja dan benih bersubsidi.
Meninggalkan ladang-ladang getah dan sawah.
Maka penuhlah ia dengan babi hutan dan kijang; juga ayam hutan.
Berdansa melewati malam sehingga ke subuh.


Sebaik sahaja getar, gema dan degar-degar semangat itu hilang
Debu duli kembali tenang
Matahari pun suram
Tiada renjat jentera, gemerincing pedang
Setelah semuanya mapan
Kubur-kubur pun kelihatan bertaburan
Di padang
Di bukit
Di gunung
Di balik lembah yang suburnya terusir
Di dalam hutan yang cengalnya bersatu dengan bumi
Di rumah-rumah
Di sawah
Di ladang
Di bilik tidur yang kelihatan ada seseorang sedang terbungkam
Tak bernyawa.


Langit dan bumi bersatu
Laut dan daratan bertemu
Mana yang di perut dimuntah
Mana yang di langit gugur
Mana yang di tampi tertabur
Mana yang di geluk terhambur
Mana yang di tempayan pecah berderai
Hancur segala-galanya
Punah.


Seseorang itu datang...
...... dan seseorang pun pergi...
dan
Dia itu boleh datang...
.... dan dia itu juga boleh pergi...






.

5 comments:

sepa said...

I like.

tasekM said...

ni cerita apa nih..?
cakap..
cakap...


:p


.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
I like too...



TM,
tak de citer sapa-sapa...
saja jer... hahaha

ckLah @xiiinam said...

Ya...kita pun akan pergi....


(Zam...sempena bertukar gajet baru, no hp mu turut hilang kerana kesilapan sewaktu memindah data...minta kasi no ke ckLah lagi ya!)

Nizam.Ariff said...

CKlah,
sob-sob-sob... selamat tinggal dunia....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com