Wednesday, April 18, 2012

Bakti si Pokok Cabei Rawit...

.

Berbakti tak mengira tempat dan keadaan.
Itu yang paling baik. Selagi ada kesempatan untuk berbakti, teruskan sahajalah
tanpa perlu berharapkan balasan.



Cabei Rawit yang tumbuh di rumah abang aku



Pokok cili burung (cabei rawit) itu tumbuhnya tak ditanam, sudah tentu tak bersiram atau berbaja. Jadi, hidupnya hanya bergantung kepada belas ehsan tempias hujan yang singgah dan ayam yang sanggup berbesar hati melepaskan hajatnya supaya menjadi baja.

Tumbuhnya ditiang, terlindung dek matahari dan hujan. Tanahnya kering kotang dan berpasir, danmungkin juga bercampur simen namun kecekalan pokok cili ini untuk terus berbuah dan berbakti jelas terpancar pada daunnya yang segar dan hijau, serta buahnya yang elok pedasnya.







.

9 comments:

SM said...

elok dijadikan iktibar oleh umat malaysia.

Aku said...

SM,
elok tu.. kepada mereka yang berpolitik dan BRIM...

SM said...

hahaaa... cilakak, nak jugak BR1M tu terkena. haha!

sepa said...

tinggal 2 bijik ar...
yang lain ko dah harvest heh. :p

Aku said...

SM,
habis tu kat TV dan suratkhabar hari-hari ada cerita pasal BR1M... sekarang siap ada iklan lagi...

dulu Pak Menteri kata, BR1M tak ada kena mengena dengan PRU13... tapi dalam setiap berita dan Iklan, BR1M tu asyiklah merujuk kepada kerajaan yang memberinya... KERAJAAN... menipu sungguh... hahaha



Sepa,
Haah..mana ko tau nih?

tasekM said...

kaler putih cabeinya....?

kucingorengemok said...

simen kalau takde khasiat pun mungkin sedap pada akar pokok... macam orang suka minum bubble tea :)

oooh, makanan dan minuman ber-straw

SM said...

hahahaa...! tv sekarang dah serupa komik. ada watak penjahat rekaan, dan watak adiwira khayalan. kadang2 syok jugak tengok tv ni. aite?

Aku said...

TM,
Kaler putih..
bila dah masak tukar kaler merah gak tu...



KOG,
itu untuk manusia jer sebab manusia ni suka benda2 yang 'lagho'... pokok camtu takdenyer... hahaha




SM,
Tu la... aku perasan sekarang ni aku dah mula menyampah balik. elok-elok aku suka pendekatan transformasi kerajaan, sekarang ni aku dah menyampah balik tgk muka-muka dia org yang ungkit mengungkit kerja-kerja amal bakti ... tak ada keikhlasan... menci.. menci taw,, kakaka

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com