Wednesday, April 4, 2012

Bilis... Power Distance Index

.


Lu sapa, gua sapa...! 

Ya lah, aku sedar aku cuma bilis saja, bukannya jerung yang besar-ganas-pelahap-bernafsu macam orang yang besar-besar. Itulah sebabnya ikan bilis selalu dipinggirkan...



bukan sahaja di laut malah di dalam pinggan juga bilis dipinggirkan... huhuhu



Kenapa diistilahkan dengan  'bilis' ?


Pada mulanya, ianya hanyalah perumpamaan seperti burung Pipit dan burung Enggang. Ia menyatakan perbezaan taraf. Malaysia berada di kedudukan teratas dari segi 'Power Distance Index' (PDI) yang diperkenalkan oleh Hofstede untuk Cultural Dimension Theory. Index itu dibuat berdasarkan 6 nilai dimensi budaya iaitu Kuasa (equality versus inequality), Kesepakatan (collectivism versus individualism), Toleransi Masa Depan (uncertainty avoidance versus tolerance), Keperkasaan (masculinity versus femininity), Orientasi (temporal orientation) dan Kebebasan (indulgence versus restraint).


Country PDI   IDV  MAS   UAI   LTO

Malaysia 104  26      50 36
Guatemala 95     6 37 101
Panama 95 11 44 86
Philippines 94 32 64 44 19
Mexico 81 30 69 82
Venezuela 81 12 73 76
China 80 20 66 40 118
Egypt 80 38 52 68
Iraq 80 38 52 68
Kuwait 80 38 52 68
Lebanon 80 38 52 68
Libya 80 38 52 68
Saudi Arabia 80 38 52 68
United Arab Emirates 80 38 52 68
Ecuador 78 8 63 67
Indonesia 78 14 46 48


Lebih tinggi index bermakna lebih jauhlah jarak (gaps) taraf/kuasa dalam masyarakat. Salah satu markah tertinggi yang Malaysia skor ialah dari dimensi maskuliniti atau keperkasaan dan kuasa!


Bayangkanlah, berapa banyak tahap pangkat masyarakat yang wujud dalam budaya di  Malaysia. Daripada rakyat biasa kepada Dato' kepada Dato' Seri kepada Datuk Seri kepada Tan Sri kepada Tun kepada Sultan kepada Agong.



Bila aku renung balik diri aku ini, memang benarlah aku hanya seekor bilis yang berenang-renang di dalam lautan luas... aku sedar... aku sedar...







.

9 comments:

ckLah @xiiinam said...

Aku suka bilis tamban goreng. Lauk bersahur kami 10 beradik......di zaman sukar. Duluuuuuu lah....

Nizam.Ariff said...

cklah,
aku lebih suka bilis daripada tamban. tamban tu macam liat sikit...

tasekM said...

kalau ko bilis.
aku geragau gamaknya.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
geragau dibuat cencalok kan?

sedap tuuu.....

sepa said...

ketua menteri aku, depan namanya ada Pehin Sri. :)

ibundo said...

kau bilis? Aku tumbuk lumat dengan cili api, perahkan asam limau. Mak ai.. sodap aku makan dengan nasi panas-panas.

Fadhilah Maarif said...

ikan bilis makan dengan nasi lemak.best...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
hah.. tambah satu lagi level...



Kakpah,
itu bukan ke untuk buat sambal tempoyak?




FadhilahM,
gambar tu sememangnya nasi lemak...
tak makan.... hahaha

hairul392 said...

orang melaka tak pangil ikan bilis.
diorang pangil anak ikan..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com