Lu sapa, gua sapa...!
Ya lah, aku sedar aku cuma bilis saja, bukannya jerung yang besar-ganas-pelahap-bernafsu macam orang yang besar-besar. Itulah sebabnya ikan bilis selalu dipinggirkan...
bukan sahaja di laut malah di dalam pinggan juga bilis dipinggirkan... huhuhu |
Kenapa diistilahkan dengan 'bilis' ?
Pada mulanya, ianya hanyalah perumpamaan seperti burung Pipit dan burung Enggang. Ia menyatakan perbezaan taraf. Malaysia berada di kedudukan teratas dari segi 'Power Distance Index' (PDI) yang diperkenalkan oleh Hofstede untuk Cultural Dimension Theory. Index itu dibuat berdasarkan 6 nilai dimensi budaya iaitu Kuasa (equality versus inequality), Kesepakatan (collectivism versus individualism), Toleransi Masa Depan (uncertainty avoidance versus tolerance), Keperkasaan (masculinity versus femininity), Orientasi (temporal orientation) dan Kebebasan (indulgence versus restraint).
Country | PDI | IDV | MAS | UAI | LTO |
Malaysia | 104 | 26 | 50 | 36 | |
Guatemala | 95 | 6 | 37 | 101 | |
Panama | 95 | 11 | 44 | 86 | |
Philippines | 94 | 32 | 64 | 44 | 19 |
Mexico | 81 | 30 | 69 | 82 | |
Venezuela | 81 | 12 | 73 | 76 | |
China | 80 | 20 | 66 | 40 | 118 |
Egypt | 80 | 38 | 52 | 68 | |
Iraq | 80 | 38 | 52 | 68 | |
Kuwait | 80 | 38 | 52 | 68 | |
Lebanon | 80 | 38 | 52 | 68 | |
Libya | 80 | 38 | 52 | 68 | |
Saudi Arabia | 80 | 38 | 52 | 68 | |
United Arab Emirates | 80 | 38 | 52 | 68 | |
Ecuador | 78 | 8 | 63 | 67 | |
Indonesia | 78 | 14 | 46 | 48 |
Lebih tinggi index bermakna lebih jauhlah jarak (gaps) taraf/kuasa dalam masyarakat. Salah satu markah tertinggi yang Malaysia skor ialah dari dimensi maskuliniti atau keperkasaan dan kuasa!
Bayangkanlah, berapa banyak tahap pangkat masyarakat yang wujud dalam budaya di Malaysia. Daripada rakyat biasa kepada Dato' kepada Dato' Seri kepada Datuk Seri kepada Tan Sri kepada Tun kepada Sultan kepada Agong.
Bila aku renung balik diri aku ini, memang benarlah aku hanya seekor bilis yang berenang-renang di dalam lautan luas... aku sedar... aku sedar...
.
9 comments:
Aku suka bilis tamban goreng. Lauk bersahur kami 10 beradik......di zaman sukar. Duluuuuuu lah....
cklah,
aku lebih suka bilis daripada tamban. tamban tu macam liat sikit...
kalau ko bilis.
aku geragau gamaknya.
.
TM,
geragau dibuat cencalok kan?
sedap tuuu.....
ketua menteri aku, depan namanya ada Pehin Sri. :)
kau bilis? Aku tumbuk lumat dengan cili api, perahkan asam limau. Mak ai.. sodap aku makan dengan nasi panas-panas.
ikan bilis makan dengan nasi lemak.best...
Sepa,
hah.. tambah satu lagi level...
Kakpah,
itu bukan ke untuk buat sambal tempoyak?
FadhilahM,
gambar tu sememangnya nasi lemak...
tak makan.... hahaha
orang melaka tak pangil ikan bilis.
diorang pangil anak ikan..
Post a Comment