Sunday, April 1, 2012

Earth Hour 'Festival' in Melaka...

.

Alih-alih masa tengok berita, satu persatu cahaya dipadamkan. Satu persatu kegelapan pun muncul dari balik kegelapan. Makanya, suasana itu bolehlah ditakrifkan sebagai kegelapan di atas kegelapan. Maksudnya, sudahlah gelap ditabah pula dengan kebebalan untuk bergelap (ini kalau tau di Ariff, mau dia marah ni...).


Dalam satu-satu tindakan yang kita ambil, kita kena lihat 3 perkara yang dikenali sebagai 3E, yakni 'Efficient', 'Effective' dan 'Easy'.


Kalaulah objektif menganjurkan 'earth hour' satu dunia malam semalam adalah untuk memupuk kesedaran terhadap penggunaan tenaga, mungkin ianya telah tercapai dengan jayanya. Ianya efisien kerana orang mudah memahami untuk melakukannya. Ianya efektif kerana orang-orang di bandar ramai yang lakukannya dan ianya amat mudah untuk dilakukan iaitu dengan hanya menutup suiz lampu.


Namun di kampung-kampung, kami tak tutup lampu atau TV kerana kami cerdik sikit. Kami nak tau apa orang di bandar buat tentang 'earth hour'.... hahaha.



Kalaulah kempen 'earth hour' bertujuan untuk menjimatkan tenaga, ianya sesuatu yang 'tahi lembu'. Mari dengar apa aku nak kata. Kalaulah dunia benar-benar kegersangan tenaga, hapuskan 1/5 penduduk dunia dan kita mungkin dapat jimat 1/2 penggunaan tenaga dunia!

Kenapa 1/5 sahaja?


Kerana tak perlulah hapuskan kami-kami yang di dunia ke-3 kerana kami masih guna pelita minyak tanah. Rumah kami tak guna banyak lampu, 2 biji mentol sudah cukup untuk terangi seluruh rumah. Kami masak air guna kayu api. Kami tak gunakan pendingin hawa, kami tak ada 'heater' di dalam rumah. Kami tak mandi air dari 'water heater'.


Hapuskanlah mereka-mereka yang di kelas dunia pertama dan di bandar-bandar besar yang banyak guna tenaga: yang lampu penuh lip-lap seperti di Vegas, kilang-kilang melebur besi untuk buat kereta kebal dan kapal perang, premis-premis yang siang tertutup tapi malam berjaga seperti disko, pub dan kelab-kelab malam...


Kalau dilihat dari sudut 3E, ianya bukanlah sesuatu yang mudah tetapi aku percaya ianya efektif dan efisien untuk jimatkan tenaga dunia.






.

5 comments:

SM said...

macam bangang. yang tutup cuma suis lampu je, benda lain? baik diorang ni tutup mulut lagi bagus la. hahahaa!!!

tasekM said...

aku tak tutup pun sbb mengajor anak aku mengaji.
lantaklah.



.

Aku said...

SM,
tu la... alaa.. lampu, tv tu berapa watt je pun..

kalau serius sikit, tutuplah aircond... kan?





TM,
aku lagi la.. tak perasan pun ada kempen tu..

sepa said...

aku memang tak pernah layan idea2 mengarut nih, sbb aku duduk lam hutan... memang rasa nar earthnya.
*berjalan di atas jalan tanah yg licin berlopak-berlumpur ketika hujan... dan berdebu, ketika panas kering...
*setiap pagi, menyapu segala macam serangga yg mati kerana menghurung lampu...
*kekadang, mengeluarkan katak, mentadak, hatta ular yg secara tak sengaja masuk ke dalam rumah. ada masanya rerama, tp aku biarkan...

:)

Aku said...

Sepa,
aku syorkan ko gunakan tenaga dari biomas... kanke banyak kat sana...?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com