Friday, April 6, 2012

Entri ringkas berkenaan petrol RON95 dan RON97...

.


Entri ringkas-ekspresso ini dibuat bagi menjawab soalan dari Sepa yang diposkan dalam entri sebelum ini (entah apa kaitan gettok ubi goreng dengan petrol pun aku tak taulah) yang berbunyi seperti berikut:

Apakah bezanya minyak RON95 dibandingkan dengan RON97, dari segi :
  1. kestabilan pembakaran.
  2. kesan ke atas kebuk pembakaran enjin dan juga injap2 dan omboh2nya,
  3. penggunaan km per liter dikira dalam keadaan perjalanan dalam pembakaran optimum, i.e. kelajuan 80km/jam mungkin.
  4. kemungkinan2 lain.



Mula-mula, aku nak mengaku bahawa aku bukan jurutera kimia atau pernah berkerja di mana-mana organisasi berasaskan petrokimia atau O&G (Oil & Gas). Jadi, jawapan aku tak menjurus kepada kimia organik. Jadi, aku jawab mengikut apa yang aku tahu. Kalau nak lebih pasti, rasa-rasanya laman forum tentang ini ada banyak.



Sebenarnya, harga petrol di Malaysia tak jauh beza. Yang jadi beza sebab satu lebih subsidi dan satu kurang subsidi.

1. Kestabilan pembakaran di dalam kebuk pembakaran (cylinder) juga bergantung kepada kestabilan bahan bakarnya. Kita panggil 'volatility'.

Pembakaran dalam enjin 4-lejang dicetuskan oleh percikan dari spark plug apabila udara+petrol telah dimampatkan pada nisbah tertentu 9.5:1 misalnya. Mampatan maksimum berlaku apabila omboh (piston) berada paling atas bagi kes 'in-line' cylinder. Kedudukan paling atas ini digelar TDC atau Top Dead Center. Kalau enjin jenis 'V' atau 'Boxer' atau 'Rotary', kedudukan pistonnya bukan paling atas sebab konfigurasinya dah berbeza.

Untuk mendapatkan pengembangan gas yang maksimum akibat pembakaran itu, campuran udara+petrol perlu dibakar pada keadaan mampatan maksimum atau ketika piston di kedudukan TDC. Tapi, apabila enjin berputar laju contohnya 3,000 rpm (pusingan per minit), akan berlaku 'lag' atau lambatan akibat percikan api dari spark plug yang merambat seperti api kilat dan untuk campuran udara+petrol untuk terbakar sepenuhnya. Memanglah nampak macam laju pembakaran tersebut tapi cuba bayangkan kalau enjin berputar laju, api yang merebak perlukan sedikit  masa untuk membakar sepenuhnya. Kena guna kamera berkelajuan tinggi baru nampak apa yang berlaku ketika udara+petrol terbakar.

Jadi, kalau kita set percikan api (ignition) dari spark plug itu pada TDC, kita akan dapati campuran tadi akan terbakar dan mengembang melewati/selepas kedudukan TDC, bermakna kita tak dapat pengembangan gas yang maksimum = pressure loss = power loss = kereta tak power.. bila kereta tak power, kena tekan minyak lebih sikit = mentekedarah minyak!

Untuk itu, kita terpaksa 'compensate' dengan menyalakan campuran itu pada kedudukan sebelum TDC, biasanya kita set antara 1-3 degree sebelum TDC. Ini juga dipanggil Ignition Timing.

Namun, ada satu pembolehubah (variable) yang lain turut menentukan kedudukan ignition ini iaitu kestabilan minyak petrol itu sendiri. Penalaan (tuning) enjin biasanya akan mengambil kira kestabilan minyak ini, lebih-lebih lagi pada suhu tinggi. Suhu dalam kebuk pembakaran adalah 600 ~700 darjah Celcius. Jadi, kita kena pastikan wap petrol yang masuk bersama-sama udara tadi tidak terbakar dengan sendirinya. Pembakaran tak terkawal seperti ini amatlah tidak dikehendaki kerana akan menyebabkan isu 'knocking'. Pada keadaan tertentu yang serius, connecting rod boleh patah atau injap bengkok/patah dan cylinder head boleh pecah!

Oleh sebab itu, kestabilan minyak petrol perlu diawasi dan perlu disetkan pada nilai standard. Salah satu peranan 'additive' yang dicampurkan ke dalam minyak petrol mungkin ini juga.

Ok.

Sekarang, baru boleh bincangkan apa bezanya RON95 dan RON97 kepada prestasi enjin SELAIN daripada nilai octane yang memberikan lebih tenaga apabila dibakar. Perbezaan 2 octane nampak kecil tetapi besar kalau dikira jumlah tenaga haba yang dibebaskan apabila ikatan hidrogen dan van der wals ini terputus.



Aku tak pasti berapa julat kestabilan minyak RON95 dan RON97 di Malaysia (lain negara/lain minyak lain perangainya) tetapi kita boleh katakan bahawa julat (range) kestabilan RON95 lebih besar berbanding RON97.

Julat kestabilan RON97 lebih kecil a.k.a lebih jitu. Jadi, risiko untuk minyak ini terbakar di luar julat ignition timing adalah kecil. Nilai kulaiti sebegini amat penting untuk kenderaan yang mempunyai prestasi tinggi seperti Honda Type-R dan enjin yang berprestasi tinggi lainnya sebab ignition timingnya adalah jitu dan perlu pada tempatnya, lebih-lebih lagi pada RPM yang tinggi. Ini berkaitan dengan penalaan (setting) pada ignition timing yang dibuat keatas enjin. Kalau kita guna RON95 ke atas enjin ini, ignition timingnya akan bercelaru kerana minyak RON95 mempunyai julat ketidakstabilan yang besar. Akibatnya, enjin kehilangan kuasa, mungkin juga akan rosak akibat 'knocking'.


Untuk enjin kereta yang biasa-biasa, enjin tersebut memang sudah ditalakan untuk minyak yang RON95 jadi semuanya tak kisahlah. Kalau enjin biasa guna RON97, ianya akan menjadi lebih baik daripada RON95. Itu saja. Buat pengetahuan juga, setiap kereta perlu ditalakan untuk jenis minyak yang ada di negara tersebut. Seperti contoh, negara Timur Tengah menggunakan RON yang lebih rendah. Jadi, kereta di Malaysia yang guna RON95 pun terpaksa ditalakan untuk RON yang lebih rendah sebelum dieksport ke negara tersebut. kalau tidak, akan berlaku masalah 'knocking' ... sama seperti kereta prestasi tinggi yang guna RON97 tetapi kita masukkan miyak RON95.


Pesanan aku, silalah ikut saranan dari pihak pengeluar kenderaan. Mereka lebih tau apa yang diperlukan oleh enjin kereta mereka.  Contohnya, Honda Type-R disyorkan guna RON97 tetapi Honda City boleh guna RON95. Malah dalam satu forum, Honda City dikatakan lebih sesuai menggunakan RON95 (entah ye atau tak, aku tak pasti).




Untuk soalan 2, 3 dan 4 telah aku jawab sekaligus...



Apa itu 'knocking'??? Carilah sendiri ek...






.

6 comments:

sepa said...

ok brader. aku rasa aku paham.
tengkiu very much 4 da lengthy explanation. :)

jadi, kesimpulannya :

dayung haruslah sesuai dengan perahunya...
dan bila ada lembu, harus ditambat dengan tali yg jugak sama sesuai.

*oya, lembu tak bulih duduk di kondominium, kan?!

.

sepa said...

aku ada lagi soalan lain.

soalannya :
1) PTPTN, menurut sesetengah pihak harus dimansuhkan, adakah saudara setuju.?
2) jika ya, apakah hujahnya.?
3) jika tidak, apa pulak alasannya.?

.
*tasekM pun digalakkan untuk menjawab...

.

Aku said...

Sepa,
pasal PTPTN tu aku tak berminat nak jawab sebab aku tak dapat PTPTN... ko pun tak dapat PTPTN.

jadi, apa aku kesahkan sangat... keh keh keh...

Cuma pesan aku, kalau dah pandai pinjam, pandai-pandailah bayar.

bak kata orang, pandai makan pandai simpan.

dah sendiri terjerumus dalam kancah kapitalisme, pandai2lah berenang keluar...


Aku rasa, mansuhkan sahaja PTPTN, yang menetapkan syarat kena ada minimum simpanan SSPN RM1000 baru boleh mohon! Bodoh! dividen dah la rendah, paksa-paksa masuk pulak. baik masuk ASB, lagi banyak membantu orang-orang yang tak cukup duit untuk menabung. dah tentulah PTPTN itu gunanya untuk menampung pelajaran anak2. kalau nak bantu menabunglah dalam money instrument yang lebih banyak pulangan, bukannya paksa masuk dalam low return macam tu....

return low sebab keuntungannya disimpan untuk tampung dana yang mengecut sebab budak-budak pakat tak reti bahasa nak bayar kut....



Jadi, aku sambung ayat di atas. Eloklah dimansuhkan PTPTN dan berikan pelajaran secara percuma kepada yang kurang mampu. Kalaulah peruntukan duit BR1M + bantuan RM100 + Vaucher buku tu digunakan sebagai dana pelaburan kekal, aku rasa dividen daripadanya dapat menampung 20% yuran IPTA...


PRU13 punya pasal, tabur je la duit tu...

sepa said...

ok. jawapan ko : setuju... :)

*cuma, setuju perlu lebih hujahnya, bang. bukan alasan. cuma, di part last tuh baru masuk sikit hujah.

ya, aku tak pernah ambik PTPTN, tapi Yayasan Sarawak. itupun sbb aku desak diaorg, dan aku kata org swak kena guna uang dr negerinya (itu jam ada berbagai ; ada MARA, ada JPA, ada Kem. Pendidikan, ada Yayasan Tunku Abd Rahman... dan yg swasta2...)

kalau berdasarkan hujah ko, yg sebenarnya di paragraf yg last tuh. bolehla disimpulkan : PTPTN seharusnya tidak perlu ujud langsung.

err... ko ingat lg Dasar Persyarikatan. Dasar nih, kita baca camner sekalipun, matlamat dan objektifnya, kesimpulannya, tetap satu, iaitu : Malaysia dijadikan sebagai sebuah syarikat yg ada satu CEO, dan CEO-nya ialah jugak perdana menteri. jadi, hujah ko sgt2 la menjurus ke arah itu... dan sebetulnya PTPTN tidak harus ujud.

*itu pandangan dangkal aku... :)

:)

secangkir madu merah said...

Penatlah nak baca karangan kau yg panjang lebau pasal ROn 95 ROn 97 ni... aku tak kesahlah apa pun, janji bila aku pergi petrol station aku isi minyak kete aku Ron 95 dan kete aku boleh jalan.. yg lain tu mak tak kesah...

Aku said...

sepa,
pensyarikatan Malaysia juga bermaksud penswastaan beberapa agensi kerajaan, lengan kanan pelaburan kerajaan, kerajaan yang berorientasikan pelabur...




SMM,
aku pun tak kisah. tapi kalau pandu kereta prestasi tinggi atau yg mahal-mahal, kena tengok juga sebab sistem pengurusan engine (engine management system) mungkin canggih dan sensitif...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com