Wednesday, April 11, 2012

Hari ini berlindung dari cakaran terik mentari...

.

Hari ini hari cuti.

Seharian aku berada di dalam rumah, tak keluar ke mana-mana pun. Aku terlindung dari gegetan cinta sang mentari. Ya, aku sayang leher aku. Aku tak sanggup digeget di situ. Seharian berteduh di dalam rumah menjadikan aku seperti orang yang dungu. Mungkin ada baiknya jika digeget sedikit oleh sang mentari. Sekurang-kurangnya untuk membina vitamin D.


Pun begitu, ada sedikit kebaikkan aku tak keluar dari rumah. Bila tak keluar rumah, duit aku pun tak mengalir keluar dari dompet. Minyak petrol bersubsidi pun tak mengalir keluar dari kereta. Walau pun seperti dungu seharian, rancangan TV masih menemani. Bila dah boring dengan siaran TV, mimpi sejenak pun boleh menemani aku.


Kira-kira jam 6pm barulah kunci pintu rumah aku buka. Itu pun sebab mahu bermain badminton bersama anak. Itu pun sekejap sahaja. 6.35pm aku dah masuk ke rumah semula.

Penat bermain walau sekejap.

Dan malam pun memanggil aku pulang ke dalam diri aku semula.







.

8 comments:

sepa said...

ko main badminton.?! biar betullll...!!! hehehe...

*kalau la aku dpt tgk aksi ko...! :p

Aku said...

sepa,
apa???/

ko tak percaya?
segala permainan menggunakan tangan aku mainkan... kecuali kaki kerana adab Melayu itu kurang elok gunakan kaki utk bermain... keh keh keh

tasekM said...

betul eh...
sekarang ni.
asal keluar bermakna duit pun keluar sama.

rasa nk balik zaman kecik2 pulak rasanya.
keluar.
merayau naik basikal.
tak ada duit dalam kocek pun aku senang je hati...




.

Aku said...

TM,
kalau dikirakan dengan kenangan dulu-dulu, memang sama je... duklu keluar tanpa duit, sekarang keluar pun tak cukup duit...
Kita dah dapat zaman kanak2 kita pada zaman sekarang la tu...

tasekM said...

hormon pompuan terlebih ke ngecat blog kaler pink nih...?

:D



.

Aku said...

TM,
hormon tak stabil la... aauwww!!!

sepa said...

banyakla hrmon tak stabil, ko.!

*
nak kata kaler amerno, tak jugak.
nak kata kaler pikey'ar, jauh sekali...
eh. pelik ar kaler nih. kejap nampak pink, kejap pastel oren...!!! :p

Aku said...

Sepa,
nih kaler tudung puteri ameno la...

kakakaka

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com