Thursday, April 12, 2012

Ia menggerit batang tenggorok

.


Aku teringatkan cikgu sains sekolah rendah, dia kata gajah, lembu dan unta bukan makan secara mengunyah seperti manusia tetapi mengisar makanannya di dalam mulut. Cikgu itu juga kata, siput tak menggigit makanannya macam tikus atau kucing tetapi siput menggerit.

Menggerit? Sampai sekarang aku tak faham bagaimana aksi sebenar 'menggerit' itu.

Yang aku tahu ialah 'arit' atau kelakuan 'mengarit'. Arit ialah sejenis alat untuk menuai padi secara tradisional. Bentuknya seperti pisau yang melengkung dan mata pisaunya bergerigi tajam. Cara menggunakannya ialah dengan memegang serumpun padi kira-kira sejengkal dari perdunya dan sebelah tangan lagi meletakkan pisau 'Arit' tadi kira-kira 2 inci dari bawah tangan yang menggenggam rumpun padi. Kemudian, pisau itu pun ditarik dengan pantas. Mata pisau 'Arit' yang bergerigi tadi itu akan memudahkan memotong batang padi (paddy straw).



Sumber: google. tetapi bukan jenis ini yang aku maksudkan. Yang di Malaysia matanya bergerigi 


Aku juga masih ingat kemalangan yang sering berlaku dengan pisau 'Arit' ini. Biasanya jari kelingking akan terluka kalau pun tak terputus. Paling tidak, kuku akan terbelah disebabkan pisau ini. Salah seorang mangsanya ialah abang aku sendiri. Jari kelingkingnya terbelah di kuku sehingga menampakkan isi kukunya. Darah? Sudah tentulah mencurah-curah seperti air sirap yang dituang ke gelas.


Jadi, apabila cikgu sains itu bercerita tentang siput yang menggerit, cepat-cepat kepala aku menangkap kalibat pisau 'Arit' dan bagaimana aksi ia memotong batang padi. Mata pisau 'Arit' yang bergerigi seperti mata gergaji itu seolah-olah menjelaskan siput mempunyai beratus-ratus gigi halus untuk memotong daun.


Dan sekarang ini, batang tenggorok aku terasa perit dan gatal seolah-olah digerit oleh berpuluh-puluh ekor siput babi.







.

8 comments:

sepa said...

eh. tak sama ke ngan 'sickle' aka sabit.

Aku said...

sepa,
tak sama... bezanya pada matanya yang bergerigi macam mata gergaji...

Arai Lekir said...

bahaya juga arit ni yerk..

Aku said...

Arai,
salah satu bahaya industri pertanian...

ckLah @xiiinam said...

mengarit daun ubi liar untuk juadah kambing kambing di kandang adalah pekerjaan kami adik beradik setiap kali pulang dari sekolah agama petang masa zaman kanak kanak dulu. 7 adik beradik lelaki ku......aku tolong tengok aje di tepi parit sambil menepuk nyamuk nyamuk yng menghinggapi betis....:-)

tasekM said...

dah mati blom siput babi kat tekak tu...?




.

secangkir madu merah said...

sama makna dgn gatal ke?

Aku said...

Cklah,
hohoho... dah lama tak teringat tentang batang ubi untuk bagi makan kambing. AKu tak pernah buat sebab bapak tak bela kambing tapi biasa ikut anak jiran....




TM,
siput dah tak ada tapi babinya masih ada kut....



SMM,
haah....gatal yang membawa ke batuk... huhuuhu

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com