Friday, April 13, 2012

Ke garisan hijau.....

.


Hari itu hari Ahad. Mungkin masanya tak kena sewaktu aku mahu membayar barang-barang belian secara impulsif/kompulsif di pasaraya tersebut, maklumlah waktu itu waktu rehat untuk makan tengahari bagi kakitangan. Jadi, baru nak berbaris di lorong sini, tiba-tiba orang tu sorong tanda 'kaunter ditutup'. Aku pindah ke lorong sana, pun sama. Habis tu yang tinggal cuma beberapa lorong yang berjela orang ramai beratur.


Sudahnya, aku letakkan bakul pembelian secara impulsif/kompulsif di tengah-tengah laman. Sebagai tanda protes...




Protes terhadap komitmen mereka terhadap kualiti servis yang mereka war-war sendiri demi menarik pelanggan datang ke perniagaan mereka. Aku tak minta, aku cuma tuntut komitmen yang mereka telah war-warkan....




Terhadap keadaan seperti ini...









.

11 comments:

tasekM said...

kah kah.

aku suka cara ko protes tu...



.

Aku said...

TM,

aku harapkan ada la supervisor yang nak datang pujuk aku yang merajuk.. haremmmm tak ada... dia org takut kut kalau tetiba rajuk aku bertukar jadi meraung sampai guling-guling hempas-hempas badan kat atas lantai... keh keh keh

sepa said...

hahahahaha...

*aku pernah tgk 1 mamat, kat Giant d Sibu, itu jam semua kaunter tutupsebentar. mamat tuh ada satu brg d tgn, hulur 50ringgit kat sorang staf d luar kaunter, dan terus pergi...

.

Aku said...

sepa,
itu kalau harga sama tak pe la...

kucingorengemok said...

boleh tak aku protes cam gini kat plaza tol yang kedekut bukak lorong? ... tapi susah pulak nak gi kerja jalan kaki kalau dah tinggalkan kereta tengah jalan, hehe

ckLah @xiiinam said...

Rugilah pasar raya tu. Sebakul tu......


:-)

Aku said...

KOG,
jem la wehh...



cklah,
biarlah... dia yg jahat...

jeb said...

ini memang power!

Aku said...

Jeb,
kalau ramai org buat macam ni, mau akhirnya dia terima mesej yang kita cuba sampaikan...

apa kata ko buat gak satu hari nanti?

jeb said...

aku,

chantek..gua akan menyahut seruan ini.

hidup consumer!!

Aku said...

Jeb,
kita mulakan dgn Tesco Shah Alam tu.... hahahaa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com