Thursday, April 5, 2012

Kuih yang tak tau namanya sendiri

.

Aku suka kuih ini walau pun sedikit manis.
Aku tak makan selalulah tapi.

Aku tak tau nama kuih ni tapi
ia menggunakan ubi rebus yang dilenyek dengan garam, gula
dan kelapa parut sebelum dicelup tepung dan digoreng semula...






Wahai kuih yang aku tak tau namamu, aku menyukaimu.
Kau pun tak perkenalkan namamu.
Makcik yang jual kamu pun tak kenalkan namamu kepadaku.
Maka kekallah kau sebagai kuih tanpa nama yang kusuka.

Kadang-kadang kita tak kenal orang yang kita suka.
Kita suka kerana dia baik kepada kita.
Dan kita pula tak berusaha untuk mengenalinya.






.

11 comments:

tasekM said...

getuk ubi namanya.

sila berkenalan.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
getuk ubi?

itu ubi rebus yang dilenyek dengan gula, garam dan kelapa parut... tapi tak disalut tepung... kan

tasekM said...

ada gak yg salut tepung kot.
cer ko gugel resepi.
mmg ada yg buat salut tepung.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ooo... sama ek...
aku ingat dia ni sepesen macam cekodok pisang.. cuma yang ni cekodok ubi...

tak boleh panggil sekodok ubi ke?

tasekM said...

boleh sgt...

eh.
sekodok sukun sedap eh...?



.

ckLah @xiiinam said...

Gettok goreng Tas. Konsonan 'tt' tu, hanya orang Jawa dan Tamil saja yang boleh sebut dengan betul. Lidah Melayu tak boleh. Sebab tu peribahasa melepas battok di tangga udah dema sebut jadi melepas 'batuk' di tangga. Hehe...

ckLah @xiiinam said...

oh ya....cantik kuku. Macam ada sisa inai di hujung jempol tu....:-)

sepa said...

makan sikitsikit, brader. dah.! simpan lam petisejuk, esok sambung makan. esokesok bila ko dah tau namanya, baru bulih makan sampai abis.! :p

aza ni said...

inai?




hmmmmm....

sepa said...

Dino,

aku nak tanya ko. (sbb ko pakai Honda Stream, kan.?), dan ko pakai minyak RON95, aku RON97, dan aku tengah pikior nak ke RON95.

*terlalu mahal ar RON97 sekarang nih... baru jeh naik lagi reganya.

soalannya : apakah bezanya minyak RON95 dibandingkan dengan RON97, dari segi :
1) kestabilan pembakaran.
2) kesan ke atas kebuk pembakaran enjin dan juga injap2 dan omboh2nya,
3) penggunaan km per liter dikira dalam keadaan perjalanan dalam pembakaran optimum, i.e. kelajuan 80km/jam mungkin.
4) kemungkinan2 lain.

aku tanya nih kerana aku sangat musykil dengan perbezaan harga keduaduanya sedangkan beza RONnya cuma 2. yang aku paham, RON bermaksud Ring-Octane-Number yang bermaksud kandungan octane yang peranannya adalah untuk menstabilkan ikatan haidrokarbon di dalam petrol berkenaan.

oya, satu lagi. aku jugak terbaca dari-mana-entah, RON95 yg di-tag-kan di msia sebenarnya cuma RON93. betul, ke.?

Sepa.

Nizam.Ariff said...

TM,
Mak mertua aku pernah buat cekodok sukun... sedap... lemak2 gitew...




Cklah,
Gettok eh? Betul la tu...aku ingatkan tadi 'Tewoll'

(konsonen 'll' tu pun kena sebut betul2 melekat... keh keh keh)

Tu bukan inai tapi memang daging kuku aku warna 'pinky-pinky' gitew.... aauuwww!!! hahaha




Sepa,
Dah sejuk tak sedap la....



Azani,
Bukan inai tapi memang warna pink.. ko suka pink? keh keh keh




Sepa,
Buat pengetahuan ko, aku tak pakai stream, aku cuma pandu Wira jer... Mama yang pandu Honda sebab itu hadiah harijadinya dan dia guna RON95.

Untuk soklan tu, aku jawab kat entri je la ek...?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com