Friday, April 27, 2012

A modern charm and tradition.

.

Sehelai tali leher dan sepeket ubat Cina.




Janganlah nak cuba teka-teka. Memang tak ada kaitan pun selain daripada kedua-duanya diberikan oleh orang kepada aku. Tali leher itu aku miliki hampir 5 tahun dan selama itulah dia terperap di dalam laci bilik kerja aku. Entah apa anginnya, pengurusan baru meminta semua staff memakai tali leher. Aku yang rock-raggae macam ni mana main tali leher ni. Aku alergik, boleh bersin-bersin. Namun, sejaguh mana pun aku, aku terpaksa akur kerana mereka bayar gaji aku. Bukannya apa, kalau aku pakai, aku terasa hensem aku bertambah 50%. Itu yang aku tak mahu. Aku tak suka ujub, sombong, bongkak dan seumpamanya... tak elok.


Dan ubat Cina yang sepatutnya direbus di dalam periuk selama 1 jam itu aku simpankan sahaja. Ia pemberian seorang sahabat. Dia kata, kalau minum air rebusannya badan boleh segar bugar. Tapi aku syak nanti benda lain yang jadi. Mana tau kalau-kalau ada ubat yang terlarang di dalamnya.





.

11 comments:

tasekM said...

perasan hensen tu yg aku rasa nk menyiku benar tu...



.

SM said...

nak confirm lagi, ubat tu boleh hantar test kat lab. haaa....

Aku said...

TM,
kenapalah ko suka dengki kat aku. biarlah aku yang hensem. ko tak payahlah... ko mana boleh hensem...ko pompuan hahaha

Aku said...

SM,
tabung uji kat lab mana boleh jadi segar bugar kalau kena rendam 10 hari pun...
kena bagi orang minum juga... hahaha

sepa said...

hensem konon.! muda 50persen konon.!

:p


*org rock-raggae tak pakai tali leher, kan.! akupun
kerja pakai seluar jin jeh... nak rock-raggae la tu...
hahaha...

ckLah @xiiinam said...

ada cebisan tunjuk langit tak dalam peket ubat tu, handsome?






:-)

ASH said...

"Bukannya apa, kalau aku pakai, aku terasa hensem aku bertambah 50%"
.
.
.
aku dah nak hulur kepala keluar tingkap dah. NAK BERNAPAS!!
.
.
.
.
mujur ada....

......"Aku tak suka ujub, sombong, bongkak dan seumpamanya... tak elok."

secangkir madu merah said...

aku pun selalu pikir sama macam apa yg kau pikir sbb itulah benda2 ubat apa saja jenis dan nama aku kurenggg nafsu nak membeli...

aku teringin nak makan jamu mak dara..

Aku said...

Sepa,
lu pakai jeans memang reggea la brader.. tapi dalam hutan, lu reggae la sorang2-sorang... kakaka




cklah,
entah la kak.. tak nampak macam kuaci pun kat situ. kalau ada tunjuk langit, mau pahit maung air rebusannya tu.. tak larat nak minum lee....





Ash,
perghhh.. selamat tak muntah ek.... hahaha





SMM,
jamu mak daraaaa!!! Aauuuw...
kena makan dengan jamu serapat, kak... hahaha

Khairunnisa' said...

Lagi handsome kalau dipakaikan dengan tali leher yang berwarna fuchsia :3

Nisa'

Aku said...

Nisa',
aku panas leher kalau pakai, bahang badan tak bleh keluar... tu pasal malas pakai...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com