Thursday, April 26, 2012

Permainan tradisional kanak-kanak: lempar getah

.

Segmen kedua pula kali ini masih berkenaan dengan getah gelang. Kali ini permainan ini aku panggil main lempar getah. Aku dah periksa permainan ini dan aku dapati ianya juga tidak disenaraikan dalam Sukan Olimpik kerana standard piawaian permainan ini belum lagi ada. Mungkin kerana mereka tidak tahu.


Permainan ini memerlukan kemahiran yang tinggi selain daripada pengetahuan asas fizik yang kukuh. Jumlah pemain tidak ditentukan, lebih ramai lebih bagus. Mula-mula kena sediakan gelanggang. Gelanggang ini ada 2 jenis: bulatan dan garisan. Namun, tujuan kedua-dua jenis gelanggang ini ialah tidak membenarkan pemain untuk memasuki gelanggang. Ya, inilah permainan yang tidak membenarkan pemain bermain di dalam gelanggang. Pemain perlu bermain dari luar gelanggang! Mungkin inilah sebabnya kenapa Sukan Olimpik tidak menyenaraikan permainan ini untuk dipertandingkan.


Versi kali ini aku telah pilih gelanggang jenis bulatan. Membuat bulatan bukanlah payah. Apa yang diperlukan ialah sebatang kayu dan kawasan tanah yang lapang dan rata. Saiz diameter bulatan itu diantara 5-6 kaki. Pemain tidak dibenarkan memijak garisan atau memasuki gelanggang.

Dalam permainan ini, pemain perlu melemparkan getah gelang ke dalam bulatan. Ini dituruti oleh pemain kedua dan seterusnya kemudian kembali berulang kepada pemain pertama tadi.





Motif permainan ini adalah menindih mana-mana getah gelang yang berada di dalam bulatan. Pemain akan melemparkan getah gelang secara berhati-hati dan bergaya supaya getah gelangnya menindih getah gelang yang ada di dalam bulatan, seperti contoh di dalam foto di bawah. Jika bertindih, pemain tadi boleh mengambil getahnya dan getah yang ditindih oleh getahnya. Jika tidak berjaya, pemain tadi tak boleh ambil semula getahnya. Pemain seterusnya akan berpeluang untuk mencuba nasibnya pula.


Jika pertindihan terlalu kecil, lubang yang terbentuk perlu diukur dengan lebar getah lain. Jika lepas, dikira menang.


Nampak seperti mudah tetapi pemain perlu mengambil kira beberapa elemen penting. Pertama, berat getah gelang dan kekuatan otot lengan akan mempengaruhi kesan lemparan. Pemain perlu mahir dalam bidang bio-mekanik tubuhnya dan ini mungkin memerlukan pemain berlatih berkali-kali. Namun begitu, setiap getah mempunyai berat dan bentuk yang berbeza walau pun setiap satunya seakan-akan serupa. Ini akan menambahkan pembolehubah dalam pengiraan projektil.


Kedua, terdapat elemen alam yang mampu mengganggu projektil getah gelang. Dalam versi di atas, angin petang yang bertiup agak kencang menjadikan getah gelang jatuh tak menepati sasaran. Mengikut penulis The Art of War, seseorang pejuang tidak harus melupakan pengaruh dari elemen alam malah sepatutnya menggunakan elemen ini untuk faedah dirinya. Menurut penulis The Book of Five Rings, pejuang perlu mahir dengan peralatan yang dia ada.

Kesimpulannya, permainan lempar getah ini memerlukan tahap keintelektualan yang tinggi...





.

15 comments:

Arai Lekir said...

aku berharap boleh menjadi pemain lempar getah profesional sutu hari nanti

Aku said...

Arai,
wow! itulah semangatnya... hahaha

ckLah @xiiinam said...

...dan apabila tiba musim main getah, semua budak jadi pantang tengok getah. Getah kawan pun sanggup rembat. Lepas tu musim bertukar...musim guli, musim gasing, musim layang- layang, konda kondi.....seremban aku tak join. Hehe

Aku said...

cklah,
lepas musim jerat burung... masing2 jadi musang....hahaha

Water Lily said...

Sanggup pergi minta getah rumah jiran tu ha ha..

Aku said...

kak lily,
itu dah teruk tu... kakakaka

secangkir madu merah said...

aku pun pernah main game ni, tangan penuh dgn getah sampai ke lengan.. wah kaya getah hahahaha...

main terop pun best gak.. oppss sori tu dululah.. anak2 sekarang jgn dibiarkan main terop ya..

sepa said...

yer yer memang memerlukan tahap keintelektualan yang tinggi...

jugak harus cekap ber-silap mata, dan menipu.!!!

di sini, kita namakan permainan nih, talangtalang.
...akukan, bila dapat peluang menang menindih,
apabila mengambil getah gelang yg ditindih,
semua jarijari berperanan, yg tak bertindihpun
aku kaut, samada guna tangan lagi satu, atau
jarijari kaki...

hahahahahaha...

sepa said...

eh. apsal permainan kitaorg kat swak sini ngan korang
kat semenanjung sinun, sama...???!!!

Aku said...

SMM,
main terup ok je. tak payah lari2....



Sepa,
korang ciplak kut... keh2...

tasekM said...

tak ingat aku pernah ke tidak main getah pesen gini...
kalau lompat getah aku mmg main bebenor...



.

Aku said...

TM,
main 'jilo point' memanglah permainan budak pompuan...ko main tu ke?
aku tak pernah main tu tapi aku selalu tengok tgk dia org main...

sepa said...

kat sinipun orang panggil 'Jilo Point'.

*sama lagi.!

ASH said...

Awat budak la tak main dah mainan ni? hmmm...
.
.
.
terbayang budak ghambut panjang seghabut tak berikat..pastu mak dia ligan keliling rumah dengan ranting pokok bunga raya...balik lambat dah dekat senja..sebab main getah/zero point/guli/teng teng/ polis sentri dan ntah apa apa lagi punya pasal..
.
.
.
kesian...

Aku said...

sepa,
sama lagii???

uih...



Ash,
tu la kak, rugi rasanya. payah2 org dulu2 cipta permainan tu akhirnya hilang ditelan zaman...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com