Sunday, April 29, 2012

Respons dari bahasa tubuh yang ditelanjangi fikiran

.

Pagi Jumaat yang lepas, aku dijemput menjadi salah seorang ahli panel untuk menilai pembentangan kertas kerja oleh budak-budak Advanced Diploma. Tajuk-tajuk mereka berkisar tentang Supply Chain Management. Sebenarnya, ini kali kedua aku dijemput. Tahun lepas, aku pernah dijemput juga. Pada kali ini ada 6 kumpulan pelajar.






Seperti tahun lepas, aku lebih berminat menyoal sesuatu yang diluar apa yang dibentangkan. Aku lebih suka soalan-soalan hiliran yang tak berkaitan secara terus dengan tajuk mereka tetapi soalan itu masih relevan. Apa yang aku cuba tonjolkan kepada mereka ialah mereka perlu sentiasa bersiap sedia. Ini kerana dalam suasana kerja yang mencabar, soalan-soalan yang tidak diduga biasanya akan menjadikan kita seperti orang bodoh yang baru dibangunkan dari tidur.


Kita terkapa-kapa cuba menyelongkar laci data dalam kotak fikiran, membuat analisa dan memberikan pandangan: semuanya hanya dalam jeda beberapa saat. Namun, mereka yang bertanya akan menimbang pandangan kita, pada akhirnya, dengan melihat reaksi bagaimana respon kita itu: boleh dipercayai atau tidak, boleh diambil kira atau tidak, atau pandangan tersebut hanyalah sebuah lagi 'outlier' yang merupakan satu titik terasing pada satu garisan linear.


Mereka punyai hak untuk berbuat demikian kerana keputusan yang bakal dibuat mungkin membabitkan jutaan ringgit. Oleh itu, kita kena sentiasa sedia membantu dalam memberikan padangan yang perlu supaya mereka membuat keputusan yang bermaklumat atau informed decision.


Jadi, perkara yang samalah aku cuba terapkan kepada bidak-budak yang mengambil Advanced Diploma itu. Seawal kumpulan kedua lagi, aku tanyakan soalan yang sedikit terkeluar dari topik mereka tetapi masih di dalam tema yang sama. Mereka terkedu untuk menjawabnya. Secara spontan pula aku katakan mereka perlu bersedia untuk sesuatu yang di luar jangka. Juga aku telah ingatkan mereka dan rakan-rakan mereka bahawa cara mereka memberikan respons amat penting kerana ia melibatkan keyakinan dan kepercayaan terhadap apa yang mereka bicara.


Sehinggalah pada kumpulan ke 4, aku sudah tidak tahan lagi. Soalan aku mudah-mudah tetapi itu pun payah untuk aku dengar respons dari mereka. Dalam sesi soal-jawab kumpulan ke-4 itu, soalan aku ialah " Apa pendapat anda tentang Maya Karin?"

Takkan itu pun tak boleh nak respon?



 Ingat, aku bukan mahukan jawapan tetapi mahukan respons. Satu respons bahasa tubuh dan fikiran yang diluar daripada apa yang mereka rancangkan... itu cara aku.







.

5 comments:

tasekM said...

kah kah.

apa dia org jawab...?



.

Aku said...

TM,
dia org tersipu-sipu je... budak2 lain ketawa je.

apa dia org ingat aku main-main ke? itu soalan yang relevan tu... keh keh keh...

aku tengok ahli panel lain tertunduk sambil pekup ubun-ubun kepala...

sepa said...

ko memang...!!!

*aku ingat lg, masa main snuker di Batu Gajah. frem ke braper ntah.
ko ubah rule, "cue ball mesti lantun ke dinding terlebih dahulu...",
ironi, semua org dok layan, termasuklah aku...!!!

:)

buah kedondong said...

Aeron oh Aeron...

Nasib baik ko tak kenalkan diri, "Saya Aaron Aziz"

Mau mati kutu diorang semua tuh...

p/s: suka ko layan budak2 SCM ni eh!

Aku said...

sepa,
aku ada buat gitu eh dulu?
tak ingat pulak.... keh keh keh





BK,
raging jer.. keh keh keh

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com