Monday, April 9, 2012

Sepanjang malam tadi aku rimas didalam pelukan....

.


Malam tadi tidur aku goyah, payah nak lelapkan mata manja aku ini. Runsing dan rimas membalut perasaan aku mungkin kerana malam itu hawa panasnya terperangkap di langit bawah, tak dapat lepas ke  stratosfera agaknya. Walau apa pun puncanya, ia hanyalah penyebab untuk aku 'gerrah' atau panas-rimas dalam Bahasa Melayu.


Jam digital di telefon bimbit menunjukkan telah masuk hari baru tahun masehi tetapi aku masih belum boleh lelapkan mata senyenyak bayi yang kekenyangan susu badan. Setiap kali fikiran aku menerawang memasuki lubang mimpi tiba-tiba ditarik balik ke atas. Dua-tiga kali begitu. Aku ngiring ke kanan, selang beberapa waktu bahu aku pun lenguh. Aku ngiring ke kiri pun sama. Kemudian aku meniarap, pun sama juga. Akhirnya aku terlentang semula.


Dari satu perkara kepada satu perkara fikiran aku meneroka. Wajah Aeron Aziz yang telah menang besar dalam APBH2012 malam tadi pun ikut muncul. Akhirnya fikiran aku berjaya juga meninggalkan gelombang fasa Alfa dan memasuki gelombang fasa Beta. Aku terus biarkan fikiran aku menerawang jauh dan jauh meninggalkan jasad aku yang masih terlentang disimbah angin nyaman dari kipas angin tegak-berdiri.


Kemudian tangan aku menarik sehelai kain selimut yang sebahagiannya telah terjuntai di birai katil sebelah kanan aku. Aku tarik kain selimut putih yang tersekat di bawah badan aku, lalu aku golek sedikit supaya terlepas. Aku tarik dan aku tarik, agak panjang juga selimut itu, agak lebar juga. Jadi, aku hulurkan hujung selimut itu kepada Mama. Dalam keadaan mamai, Mama terus menarik selimut yang panjang itu. Tiba-tiba aku dapati ada kelainan pada selimut itu.


" Tariklah selimut ni lagi... panjang lagi sebelah sini " bisik aku kepada Mama.

" Kenapa nipis macam kain kapas?... eh, macam Kain Kafan !" kata Mama.


Serta-merta darah aku jadi gemuruh. Aku tak sanggup menjenguk sebelah kanan aku, lebih-lebih lagi di atas lantai; dimana 'selimut putih' itu mungkin membelit / melilit mayat atau Pocong! Seperti dapat aku rasakan wajah Pocong sedang melihat aku dari sebelah bahu kanan aku, seolah-olah wajahnya dengan muka yang hancur dan membusuk itu sedang merenung aku.


Huh! Mainan syaitan... Aku bukakan mata dan fikiran aku kembali kepada gelombang Alfa. Aku beranikan diri untuk merenung pintu bilik yang terbuka, juga lantai katil aku yang sejuk tanpa permaidani. Aku bangun untuk minum segelas air sejuk dan kembali ke katil. Sebelum aku rebahkan badan, aku ludah 3 kali ke kiri (ke arah Mama sebenarnya). Aku baring terlentang semula tetapi fikiran aku masih menerawang tentang Pocong yang 'singgah'. Mungkin juga syaitan itu benar-benar ada di bilik tidur aku. Mungkinkah?


Aku raba-raba katil bersaiz King Size itu mencari Mama. Baru aku perasan yang aku dan dia berjarak. Mungkin syaitan telah berbaring di antara kami kerana eloknya aku kena rapatkan saf. Jadi, aku tarik tangan Mama dan aku rapati tubuh Mama agar tiada ruang, biar Mama mengiring kepada aku pula. Dalam hati berkata, kalaulah Pocong benar-benar muncul di sebelah aku, biarlah Mama yang nampak, terkejut dan menjerit dahulu.


Aku letakkan tangan Mama melintang di atas dada aku. Biar Mama memeluk aku. Sambil itu aku elus-elus lengan Mama dengan penuh kasih sayang. Aku usap-usap lengan kiri Mama sambil fikiran aku menerawang mahu masuk ke lubang mimpi semula. Tiba-tiba aku rasai kelainan pada lengan Mama.


" Ayang tak pakai losyen ke? Lengan Ayang terasa kesat sangat, terasa kasar ni..."


Tiada jawapan. Lengan yang kesat dan kasar itu aku rasakan seperti berkeruping dan berkudis. Ya, lengan berkeruping itulah yang sedang melintang di dada aku. Dada aku bergetar kuat, berdebar-debar seperti mahu tercabut jantung aku rasanya. Darah aku bergemuruh seperti dipukul ribut taufan dan aku tak dapat bergerak sehingga ke pagi... sepanjang malam itu aku di peluk Pocong.


Huh! Syaitannnnnn..........








.

14 comments:

tasekM said...

bukan pocong tangan dia berbungkus ke..?


.

Nizam.Ariff said...

TM,
ni kira kain kafan dia dah jadi selimut aku, pocong tu dah bogel...
tangan dia terlepaslah kut...

Tijah said...

ni misti baca tamar jalis seblm tido nih

Nizam.Ariff said...

Tijah,
mana ada... aku rasa aku dah terkena sumpahan pocong la.. hahaha

eh, tapi malam tadi aku bukan tido sangat... tido2 ayam jer.. dan pocong tu macam memang berdiri dalam bilik aku.. huhuhu...

aku takut ada jin dah mula bermukim dalam bilik aku tu je...

secangkir madu merah said...

Itulah, sebelum tidur tak basuh kaki.. tak baca doa tidur, kan dah kena peluk. Peluk sedap tak pe jugak.. ini peluk ngeri eeeeeeee...

cheqna said...

hahahahahaha
pocong terlepas le tu

Nizam.Ariff said...

SMM,
huhuhu... kalau pocong tu tak keluar dari bilik lagi, camner aku nak tidur malam ni ek? alaaaaaa.....





Cheqna,
takut weehhhh.....

sepa said...

pocong tuh tersilap.! diaingatkan ko tuh Aeron Aziz.! :p

Anonymous said...

kalau aku lah...aku dah lari tak cukup kaki dah..

Nizam.Ariff said...

Sepa,
ye ke?
tapi aku memang Aeron pun... cuma Aeron N jer.. keh keh keh

Lily Abdullah said...

ah..mencik...pukul satu pagi baru bulih bbaca entri ko ni..

hairul392 said...

mesti tgok sgat sumphan pocong ni.

Nizam.Ariff said...

Kak Lily,
diharapkan akak dapat tidur nyenyak ek tadi... hehehe




Dak Ai,
tak tengok sangat pun...
ntah-ntah ada bende ikut kut...?!

Nizam.Ariff said...

LadyD,

malam-malam nak lari ke mana jer...?

hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com