Wednesday, May 23, 2012

The 3rd Pocket... anda mungkin memerlukannya pada satu hari nanti

.

Kalaulah aku memiliki Doraemon, yang mempunyai poket ajaib, yang bila diseluk segalanya ada di dalamnya, alangkah seronoknya. Alangkah terasanya kebebasan untuk memiliki segala2 yang di dunia. Aku tak mahu jadi Doraemon. Biarlah Doraemon itu Doraemon manakala Aaron itu Aaron.


Aku mahu Doraemon sentiasa mengikuti aku walau di mana aku pergi, kecuali ke kubur kerana itu saka namanya, bukan Doraemon lagi dah.


Memiliki poket ajaib seperti Doraemon adalah seperti memiliki poket ke-3. Yakni, diistilahkan sebagai poket tambahan daripada yang di kanan dan di kiri. Ia juga bermakna dalam keadaan mendesak-desak, kita masih boleh menyeluk poket ke-3 ini dan mengeluarkan khazanahnya. Walau pun ianya tidak sebanyak poket kanan dan poket kiri namun ia masih dapat membantu sedikit sebanyak.


Oleh kerana kita telah biasa punyai 2 poket sahaja, poket ke-3 ini biasanya kita lupai. Kita terlupa yang kita ada poket ke-3. Jadi, secara fikiran kasarnya, apa-apa yang dimasukkan ke dalam poket ke-3 adalah 'selamat' daripada 'gangguan' tangan-tangan nakal.


Poket ke-3 hanyalah istilah. Kalaulah poket seluar tu memang dah ada 4 poket, 'poket ke-3' adalah poket yang ke-5. Dan poket ini biasanya bukanlah poket yang melekat pada seluar atau baju.


Sementara teringatkan poket ke-3 ini, eloklah kita isikan sedikit bekalan. Dari segi duniawi, poket ini adalah kewangan yang senang masuk tetapi sukar dikeluarkan. Sesetengahnya boleh jadi satu dana jangka panjang (long-term fund) atau satu pelaburan yang pulangannya masuk terus ke poket ke-3 ini sebagai pendapatan pasif (passive income).

Dari segi kehidupan pula, poket ini adalah bekalan untuk akhirat nanti. Bekalan yang apabila terputus nyawa dari batang tubuh, hanya tinggal beberapa perkara yang masih bertalian terus dari alam dunia ke alam kubur... faham-fahamlah sahaja.





.

6 comments:

sepa said...

aku nak makan Panadol dua bijik.! penin kapla. (*susah nak paham eh.!)

*i like ur point.

:)

tasekM said...

memenuhkan poket ke3 akhirat tu kena senyap2 je.
tak bulih canang2.
tak gitu?

:)



.

ardz marn said...

Yup.. Buat simpanan dunia akhirat..

Fadhilah Maarif said...

setuju ngan TM ;)

haniaiman said...

bantal doraemon aku ada...ko ada?nak?

Aku said...

sepa,
mudah je tu...



TM,
ya.. betul tu.
poket dunia pun kena gak... untuk modal berladang.



Ardz,
kedua-duanya sekali memang bagus. kalau tak kesampaian, dahulukan yang akhirat...



FadhilahM,
Aku pun setuju....




LadyD,
Mesti dah busuk.. kepam. tak nak, aku nak yg baru..... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com