Tuesday, May 8, 2012

Fenomena Bulan Besar...

.

Malam tadi aku keluar mengisi minyak kereta. Tiba-tiba (ini biasanya ayat suspen) aku terpegun melihat langit kerana di perut langit yang sungguh kristal itu tertindik sebiji manik bulan. Sungguh besar dan meriah sekali gayanya dengan taburan bintang-bintang. Angin pula berbahasa mulia pada malam itu, tiada ribut dibawanya. Sejuk dan nyaman.

Fenomena bulan besar dikatakan sedang berlaku sekarang ini dimana bulan lebih dekat sebanyak 24,000km ke bumi daripada biasa. Kalau ada masanya bulan lebih dekat maka ada juga masanya bulan lebih jauh. Cuma aku tak tahu berapa jauh yang lebih jauh tu.

Jadi, malam tadi selepas mengisi minyak, aku bergegas masuk ke rumah mengambil perkakasan yang perlu untuk melihat bulan. Aku kata bergegas kerana aku tak mahu kristal malam itu tercemar dengan kapas putih hanyut. Jadi, aku bawa kamera dan teleskop murah. Teleskop plastik kepunyaan anak yang aku beli di Toy-aRe-Us.






Malangnya, aku tak dapat nak ambil foto bulan melalui teleskop! kah kah kah...

Saja kamera tu cerdik sangat sampai tak dapat cari fokus. Yalah, nak ambil foto bulan secara terus, lensa aku bukan sekaki panjangnya. Konon-kononnya teleskop tu dapatlah bantu 'memanjangkan' lensa aku... ceh! Teori tak menyokong praktikal langsung.






Sudahnya, aku ambil je foto teleskop tu....
Hmmm.. .agak-agaknya tripod teleskop tu boleh aku gunakan untuk letak kamera aku tak? Tripod kamera pun aku tak ada...




.

18 comments:

hairul392 said...

mana dapat teleskop tu ..
dapat gambar teleskop kira ok lah tu..

kucingorengemok said...

ingatkan nak jadi ahli kaji cuaca

Aku said...

Dak Ai,
Ariff punya... pinjam sat.




KOG,
nak jadi ahli kaji bintang...

ASH said...

Bagus dak Ariff kan?
...dia teropong bintang ek?
.
.
.
.
abahnya?

Aku said...

Ash,
teropong orang... keh keh keh

Nazayiena said...

Dah cuba ke boleh x pki tripod teleskop?

sepa said...

teringat criter 'God Must Be Crazy', bushmen campakkan binocular
sebab heran kenapa orang boleh masuk dalam binocular...!!!
hahaha...

*ko cuba lak guna macro lense atau micro lense,
combine ngan binocular tuh.!
mgkn bulih... :p

tasekM said...

kah kah.

tak agak2 eh guna telekop toys r us..?


.

Aku said...

Nazayiena,
aku dah cuba acu2 tapi dia punya skru tak boleh pakai... lain cara ikatnya....



sepa,
aku ada cabut lense teleskop yang kat mata tu and aku dekatkan lense kamera... tak bleh gak




TM,
ye la... aku tak ada lense 300mm panjang macam orang tu.... huhuuhu

ASH said...

...hahaha...
gaduh gaduh..

sepa said...

eh. memang la tak bulih. buat letih jeh cuba bang.
:)

*eh, apsal n3 terbaru aku tak dak dlm list ko.?!
ko ke sini : http://hasribinhasfa.blogspot.com/2012/05/sup-tulang-yang-mungkin-bolehsedap-dan.html

Aku said...

Ash,
dia dah ada yg panjang kak... huhuhu




Sepa,
blogger lambat sikit tu nak update. jauh dia punya server, kat US tu...

ardz marn said...

sipi sipi lagi gua nak pakaikan spek gua kat lens.. hahaha..

Aku said...

Ardz,

itu lagi hempeh...!

kakaka

gadisBunga said...

adik aku penah tangkap gambo bulan pakai bantuan teropong ashkar dgn kamera cap ayam. menjadi.

kesimpulannya boleh pakai teropong beb. tapi ko kene ada bantuan. tukang pegang teropong ke lens dan tukang manual fokus.

Aku said...

GB,
dulu guna kamera yang kurang cerdik memang boleh pun. Aku pernah buat juga, guna teleskop yang sama tetapi kamera sekarang ni cerdik bebeno... tak hendak dianyer...

buah kedondong said...

ai belum layak berkata-kata dalam ruangan mereka yang berDSLR ni
phewww

Aku said...

BK,
beli la satuu....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com