Tuesday, May 1, 2012

Gaji minimum pekerja swasta RM900.. durian gred Batu Kurau dah bergolek?

[entri ini sebagai dedikasi kepada pengumuman gaji minimum pekerja swasta semalam dan diulas tadi di berita TV]



Kedai kopi di hujung simpang itu penuh dengan pelanggan sempena cuti Hari Pekerja. Meja-meja penuh dengan pelbagai jenis gelas dan cawan termasuklah gelas-gelas teh tarik walau pun namanya kedai kopi. Dua towkeh kilang sedang berbincang mencari penyelesaian kepada kenaikan kos operasi.


"... produktiviti. Itulah jawapannya.", lalu diangguk-anggukkan oleh lelaki yang duduk di depannya.

"Kalau gitu, aku nak kurangkan pekerja aku dari 20 orang kepada 10 orang. Dan yang 10 orang itu pula aku kerjakan cukup-cukup. Aku kuda-kudakan sampai capai produktiviti seperti 20 orang. Amacam?", kata lelaki tadi.

"Aku pulak nak buat lain sikit. Aku ada duit lebih sikit. Aku nak tingkakan automasi, nak gantikan mana-mana proses yang labour intensive kepada automasi. Aku buang semua pekerja yang berkenaan tadi lepas tu aku gantikan dengan seorang juruteknik. Gaji juruteknik lebih sikit dari RM900 tapi sekurang-kurangnya dia boleh tengok-tengokkan 5-6 mesin sekaligus. Mesin tak ada MC, tak ada mogok lapar, kan?", kata kawannya pula.


Shuib yang duduk di meja sebelah mendengar bual-bicara towkeh kilang dengan mata terkebil-kebil memandang air kopi O yang bergenang hampas kopi. Imej bangunan kilang tempat dia bekerja dilihatnya berbalam-balam di dalam cawan kopinya. Dia pun mencongak-congak simpang mana lagi yang masih kosong, yang masih belum ada gerai burger atau gerai nasi lemak....



[RM900 durian runtuh??? fikirkan semula, terutamanya kalau kerja keluarkan produk/servis yang price sensitive, yang bergelumang di Lautan Merah dan bukan di Lautan Biru....]







.

15 comments:

ckLah @xiiinam said...

Kesian Shuib...



ckLah:Sentiasa tunggu kenaikan harga sawit.

Aku said...

cklah,
aku tunggu kenaikkan harga padi.
kalau tak naik-naik juga, aku nak syorkan semua pakat ganti padi dengan kelapa sawit. Biar kita semua import beras siam...

tasekM said...

bila towkeh sakit kepala.
pekerja akan sakit jiwa.
percayalah...




.

Aku said...

TM,
Hmm... itukah namanya durian runtuh? secara individu, ianya mungkin menguntungkan tetapi secara kolektif, pasti ada yang kecewa dan ditinggalkan di tepi jalan... huhuhu

kita kena read between the lines...

jeb said...

aku setuju..bukanlah durian runtuh sangat..tokey kilang ada dua option je sekarang ni..kurangkan kos, ataupun naikkan harga produk untuk cover kenaikan gaji..

kos bahan mentah mungkin tak boleh kurang..jadi kos pekerja akan dikurangkan..option terbaik, buang pekerja..

kalau taknak kurangkan kos, naikkan harga..

mana-mana cara, pekerja (rakyat) yang sengsara..

gadisBunga said...

cari port nasik lemak cepat la shuib! boleh aku tumpang letak kuih. :D

sepa said...

surat pendek kepada Shuib...

salam saudara Shuib,

apa khabar.? ketahuilah wahai saudara. sudah tiba masanya gaji dinilaisemula mengikut kehendak keadaan semasa dan nilai matawang (yg sering dilaungkan oleh Azlan dalam 'International Monetary System is totally fraudulent').

saudara, saya mula memasuki industri kilang kelapa sawit pada tahun 1999. itu jam pekerja di Sarawak dalam sektor itu, bergaji harian RM12.00 sehari, kekal hingga ke suatu tempoh yg panjang, sehinggalah di tahun 2008, apabila banyak pekerja berjumpa secara hormat dengan majikan untuk dinilai semula gaji tersebut.

saudara, bayangkanlah di tahun1999, harga minyak sawit mentah berada dalam paras RM1,000. sekarang harga boleh berada di paras RM3,500.

saudara, saya berpendapat, syarikat tidak perlu melatah bila diajukan gaji minima. selama ini kebanyakkan syarikat di Malaysia cuba untuk meningkatkan margin keuntungan (profit margin) yang tinggi dan kurang mengenangkan keperluan untuk membalas bakti pekerjapekerja. apabila keuntungan sudah berada di paras yang boleh melayakkan syarikat disenaraikan di bursa saham, mereka akan senaraikan. mengagihkan saham dikalangan pengurusan kebanyakkannya. mereka terusterusan cuba untuk meningkatkan profit margin. di Korea tidak, saudara. Profit margin tidak tinggi.

saya masih ingat, saudara. apabila saya memulakan karier di industri sawit, pengurusan hanya bercerita tentang keuntungan rm2j untuk estet sebesar 20,000 hektar. bonuspun masih mampu diberi. sekarang mereka cuba untuk mencapai sehingga rm50j. paling syahdu, apabila syarikat yg disenaraikan, setiap kali mereka membentangkan keuntungan sukutahunan, mereka terus mengisytiharkan dividen interim, untuk siapa, saudara, untuk dak direktor2. siapa direktor2nya, saudara.?! saudara, bongkarlah sendiri...

saudara, memang benar, gaji minima akan mempengaruhi keuntungan yang akan disedut oleh gaji minima, itu komponen kos upah. syarikat sepatutnya boleh meng'kreatif'kan master budget agar komponen upah yang biasanya terbahagi kepada fix dan variable. saya hanya nampak, ketidak'sustainability' adalah disebabkan oleh kegagalan pihak pengurusan untuk menilai keperluan gunatenaga, bukan disebabkan oleh kenaikan upah...!

sekian sahaja daripada saya, saudara.

yang benar,
Azlan.

Aku said...

Jeb,
aku pun syak yang sama macam ko nih...




GB,
Aikk...?
sektor ko terkena tempias gak ke?


Sepa,
Kata-kata Azlan tu benar untuk kompeni yang besar-besar. Untuk SME, mereka pasti berkira.

Dan sebenarnya, ketika Shuib menulis ceritanya, di kepalanya hanya terfikirkan pengusaha kecil-kecilan yang mempunyai 10-20 pekerja sahaja. Contohnya, pengusaha Taska / Tadika, industri kerepek/ keropok, SMI yang ambik upah service/maintenance mesin ...etc.

Mereka ni berada di bahagian bawah-tengah piramid industri... bermakna, perusahaannya kecil-kecil tetapi mereka banyak...

Itulah yang Shuib fikirkan...

gadisBunga said...

tak..sektor aku terkecuali walau aku mmg swasta pun.

cuma nanti esok2 aku nak bukak cafe...kene mulakan dgn jual kuih dulu. amacam shuib, dah jumpa port nasik lemak? :p

Aku said...

GB,
simpang kat sini semua dah ada gerai burger dan gerai payung la...

kalau Shuib jual nasi lemak frozen amacam?

atau nasik lemak layan diri macam tuti fruti tu... hahaha

sepa said...

ok. betul tuh. kita dah nak sampai di wavelength yang sama.

peranan syarikat besar inilah yang telah menghimpit, "mereka yg berada di bahagian bawah-tengah piramid industri...", dan menekan keadaan sehingga keadaan menjadi tidak berjiwa.!!!

*Azlan pernah mengalami satu keadaan tendering process, power-line. tahun1999 rega satu pole-span adalah rm1,800, pada tahun2006 Azlan terpaksa memproses tender untuk satu pole-span pada harga rm1,850.
nampak.!
bila syarikat besar menekan, yg kecilkecil akan menyelit dalam segala usaha untuk mengutip sisasisa dan menjilat bakibaki...

hah.! kan kan kan...

ASH said...

....
.
.
.
.
.
.
.
.
apa agaknya dalam fikiran majikan aku gamaknya..

KUIHHHHH
KUIHHHHH...
.kuiiihhh...
.
.
.
...tetiba korang nampak sorang mak aji jaja kuih tepi jalan.
.
.
.
2 singgit!
MAHEI nyer...
.
.
.
semua barang mahei dik...

Aku said...

Sepa,
betul tu... yang kat atas menindih yang kat bawah...



Ashley,
aku nak tunggu apa kakpah cakap... hahahaha

sepa said...

eh, apsal setiap kali aku bukak blog ko, aku rasa pening...!!!
mungkin sebab kaler dinding, pink...???

Aku said...

sepa,
aku suka tengok yang pink-pink...

keh keh keh....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com