Monday, May 28, 2012

Lampu-lampu...

.

a view from stained glass... menggunakan kamera VGA saja.


Kalau dulu-dulu, malam aku di kampung bermula dengan azan maghrib dan pelita minyak tanah pula dinyalakan sebagai menerima kehadiran malam. Dalam lentuk-liuk cahaya pelita minyak tanah itulah, ada seorang budak lelaki sekolah rendah sedang tekun menulis sesuatu di buku tulis dibawah cahaya yang balam-balam. Cahaya yang sekejap merah dan sekejap oren. Kadang-kadang budak lelaki itu ditemani kelkatu yang tertarik pada api itu. Kadang-kadang budak lelaki itu diseramkan oleh sahut-sahutan burung hantu yang berani mendekat kerana cahaya kelam.


Zaman kini, belum sempat senja menjemput malam, cahaya dari batang-batang besi pun menyala secara tiba-tiba tanpa dicucuh sumbunya. Cahaya yang sia-sia terangnya. Bukan ada sesiapa yang membaca buku di bawahnya...






.

8 comments:

SM said...

dunia kini tidak pernah malam. adanya cahaya lampu buat pengganti cahaya matahari.

Aku said...

SM,
patutlah asyik keluar isu tak cukup tenaga je...

tasekM said...

apa kata ko pi baca buku bawah tu...

:D



.

sepa said...

TM, aku baru nak suruh dia...
aku suruh jugak la.!

*ko bacala puisi kat bawah tiang lampu tuh.!

gadisBunga said...

kdg tu terang benderang sampai ke siang.

Aku said...

TM,
tak terang sangat.. mata dah tua, tak nampak... .hahahaa





Sepa,
mata dah tua, tak nampak la...




GB,
yang tu memang sah pembaziran yang terang lagi bersuluh.... hahaha

ibundo said...

kat kampung aku dulu ada burung kangkuit. Kalau berbunyi 7 kali tu tandanya ada harimau. Berbunyi 10 kali ada hantu. Eeeeee....

Aku said...

kakpah,
kalau berbunyi memanjang tu tandanya nak kena lastik la kan? hahahaa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com