Thursday, May 17, 2012

Nilai-nilai murni yang dipupuk sedari sekolah rendah

.

Ada sebab nilai-nilai murni ini dituliskan besar-besar pada dinding sekolah rendah ini.





Adik, bila dah kerja dan dapat gaji nanti jangan lupa bayar balik pinjaman tau.
Ada orang lain nak pinjam untuk belajar juga.

Adik, mandi guna sabun antibakteria boleh membersihkan fizikal tetapi
kebersihan mental tak boleh guna sabun tau.

Adik, kalau dah jadi ahli politik yang berjaya, jangan paksa-paksa orang mengundi tau.
Nanti dia buat undi rosak, atau lebih buruk lagi, dia undi parti yang satu lagi.




.

13 comments:

SM said...

kena tambah satu lagi beb. KETELUSAN TANPA KORUPSI. tulis kat paling atas sekali.

kucingorengemok said...

apa main paksa² ni... bayar la!

Aku said...

SM,
nak eja ketelusan dan korupsi tu payah sikit... hahaha



KOG,
kena paksa baru boleh bayar kut... keh keh keh

tasekM said...

ko ngundi tak tahun nih..?



.

Aku said...

TM,
tak ngundi.... alergik dengornya...

sepa said...

nih lagi satu. ambik gambo senget.!

.

ckLah @xiiinam said...

Adikmu...sekolah rendah lagi ya Jam?





:-)

ASH said...

kalau kamu tak undi, boleh pas tak kat orang lain undi tu?
.
.
.

pinjammmm nama..haha

Aku said...

sepa,
senget itu perfection.
perfection dalam seni abstrak.
kalau semuanya geometrical, tak abtrak.

satu lagi, senget itu lebih organik. lebih kepada seni alam.... hahaha




cklah,
percayalah... aku masih belia...

keh keh keh





Ash,
Alaaa... kalau aku check entah-entah memang dah ada orang guna nama aku...

ckLah @xiiinam said...

Kalaulah, (KALAU YA! HEHE), kalau kau tiba tiba tergerak untuk pi mengundi, ckLah nak nasihatkan, kalau kau suka kat sesorang calon tu, keu jangan tanda right kat kertas undi tu tau. Tapi tanda Pangkah. PANGKAH tu menunjukkan suka tau, bukan tak suka. Nanti undi rosak...


...keh keh keh

Aku said...

cklah,
Oooo.... ye ke?
Aku kalau geram aku pangkah je muka orng tu macam orang minyak...

aku nak syorkan agar tanda kertas undi tu dengan tanda right... baru betul...

secangkir madu merah said...

dah nak mengundi dah ke? Aku dah tak sabar nak gi ngundi ni..

Aku said...

SMM,
ishhh.. rajinnyaaa...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com