Monday, May 7, 2012

Pusat Kain Nasional a.k.a Pekan Tangkak, Johor.

.

Hujung minggu di Pusat Kain Nasional a.k.a Pekan Tangkak, Johor.

Keadaan taklah sepusu-pusu bulan puasa dan tak pula nampak banyak lampu lip-lap dan bintang-bintang berjurai melintangi jalan raya. Walau pun begitu, jalan raya utama yang membelah Pekan tersebut tetap dipenuhi oleh kenderaaan pelbagai jenis. Ironinya, setelah kain dibeli oleh ibunda dan isterinda, kedai jahit dah pun tak sanggup menerima tempahan baju melayu!

Aku bukan kisah tentang risiko aku tak berbaju Melayu di pagi raya sebab aku lebih suka berbaju -T tetapi aku terfikirkan betapa ramai orang telah mendahului aku dalam bab-bab tempahan baju raya. Dahsyat betul sekarang ini.



jangan betulkan skrin anda, memang foto ini diambil dengan gaya begini...


Aku pasti ramai lelaki yang akan bersembahyang dengan baju Melayu dipagi raya, dan memang dituntut untuk berpakaian cantik yang ada (tak mestinya baru?) tapi tak lah sampai bergolok-gadai. Sedangkan aku berbaju Melayu lebih kepada sessi fotografi di pagi raya kerana aku lebih selesa berbaju T dan berkain pelikat. Sama ada aku ini lelaki urban atau lelaki kolot, aku tak kesah janji aku selesa. Kalau dah ada, aku pakai juga tapi sebaik habis, aku tukar cepat-cepat... aku rimas.


Foto di atas aku ambil di Pekan Tangkak. Lebih 30 minit aku mencari subjek yang sesuai sehinggalah aku terjumpa 'vintage' itu membelah jalan raya utama. Cepat-cepat aku snap satu foto kerana peluang sebegitu bukan boleh diulang-ulang. Hanya sekali sahaja dan kebetulan ianya menjadi.


Hanya sekali sahaja? Tidak juga. Mungkin nasib aku baik hari itu, aku terjumpa semula kereta tersebut meluru dari arah lain pula dan aku snap lagi. Payah untuk mendapat peluang kedua.



juga aku snap guna gaya yang sama..


(nota: jangan mengada nak cuba tuduh aku berpakat dengan pemandu kereta tersebut dan suruh dia pusing-pusing Pekan Tangkak sampai 10 kali)





.

16 comments:

Tijah said...

aku biasa shopping seminggu seblm raya utk baju siap. senang. malas nak tempah2 sbb tak pakai selalu.

Anonymous said...

pergh! aku pernah makan mee bandung (kalau tak silap kat sini 2.269188,102.532182) dulu. dia punya kaw sampai terberak-berak aku dibuatnya...

pagi raya? yang simple je suda...

jeb said...

power betol teknik panning lu!

kucingorengemok said...

betul ke kain kat tangkak best² eh? sebab ada seseorang beli kain di sebuah daerah di negeri johor, dia baru nak pakai raya tahun tu tengok² kawan dah pakai buat gi kerja (beli kat tempat lain)

mungkin soalan lebih sesuai dijawab oleh mama :D

Nizam.Ariff said...

Tijah,
kalau ada saiz ngam dan tak payah modify ok la... kalau tak ngam tu la kena potong sana sini..





SM,
kalau sampai terberak-berak memang kaw tu... kakakaka



Jeb,
dia nak menjadi, jadilah juga beb. tapi aku dah warming up 20-30 kali gak baru boleh dapat settle synchronization tangan aku tu...



KOG,
aku rasa kain tu dia org pusing2 kat cawangan2 je kut... tak semua kain baru. Yang baru mesti tak de sales berdiskaun...

sepa said...

foto no.1 tuh kelas la, brader.

*cuma kreta di kanan nampak bergerakundur...

Nizam.Ariff said...

sepa,
terima kasih.

aku rasa sebab kereta belah kanan tu berhenti kat simpang tu untuk bagi laluan wagon biru. Jadi bila tangan aku gerak ke kanan ikut wagon tu, imej kereta belah kanan tu nampak macam ngundur...

shopping@gB said...

dah tahap hebat dah nih. malu la aku.

tapi bukan patutnya ko letak gambo2 ni kat blog satu lagi ker?

Nizam.Ariff said...

BK,
... letak kat sini sebab ceritanya pasal Tangkak...

tasekM said...

ko jgn tak tau.
tokeh yg jual kain kat tangkak tu juga adalah tokeh kain yg dekat kota fesyen mitc n also nilai 3.

akukan.
kalau bulih.
hr raya pun nk pakai jeans.

keh keh.


aku suka panning yg atas tu...




.

ASH said...

atas
lebih baik dari
bawah
.
.
.
errrrrr

sekian..

p/s nak menjadi dah tu..tapi kalau lebih PEGUN lagi lawa!TAHNIAH..

( pandai jer aku komen kan?...aku memang tak pandai nak buat nyer...tapi aku ada kawan yang buat memang cantik so aku tau le nak komen...hehehehehehehe)

Nizam.Ariff said...

TM,
tu la aku cakap, dia org main pusing-pusing je kain tu...




Ash,
lenguh tangan nak ikut objek bergerak ni. tak boleh laju, tak boleh pelan... dan tak boleh ulang pulak tu... kalau tak jadi, tamatlah...

gadisBunga™ said...

sebenarnya yang shopping@gB tu aku. silap sign in pulak. hewwww~

Nizam.Ariff said...

GB,
heh.. aku pun tak perasanlah pulak.
aku ingat BK sebab kadang2 dia pun terguna identiti shopping dia tu... kakaka

hairul392 said...

Gambar no 1 cantik panning.
so dah kira ok lah tu..

Nizam.Ariff said...

Dak Ai,
nanti nak buat lagi...
baru aku perasan, kalau buat panning ni foto nampak macam 3D...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com