Thursday, May 31, 2012

Warkah terakhir...

.

Petikan kata-kata dari surat seorang (bekas) ketua pada hari terakhir beliau, hari ini. Kata-kata yang membuatkan berbelas-belas kalau tak berpuluh-puluh, atau kalau tak beratus-ratus, atau kalau tak beribu-ribu warga kami di sini menahan sebak, atau kalau tak menangis, atau kalau tak berdehem-dehem membuang kahak yang tiba-tiba menyekat kerongkongan (bagi yang control macho).

Suratnya berisi panjang sehingga dimuatkan lirik lagu yang menceritakan perasaan beliau kepada aku dan kami. Inilah petikan yang kurang sensitif yang aku rasa boleh dikongsikan di sini. Beliau adalah seorang ketua yang menerapkan nilai-nilai agama di organisasi, oleh sebab itu beliau amat faham yang beliau perlu menjabat tangan setiap insan dari kami yang beratus-ratus, atau kalau tak beribu-ribu ini, untuk memohon maaf sebelum mengakhiri tugasnya sebagai ketua organisasi.

Lihatlah bagaimana kehalusan budi pekerti seorang (bekas) ketua:


" Saudara saudari yang saya kasihi,

Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih XXX  tahun perkhidmatan saya di XXX .  Berhari-hari saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya.  Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya?  Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri? Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama.....


... Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental semangatnya. Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif pada XXX, saudara saudari masih bangun di dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga. Tatkala kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima kritikan dengan sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari bangkit dan menyahut cabaran perubahan.  Semangat saudara saudari lah yang membakar semangat saya untuk terus berjuang memulihkan XXX.  Kematangan saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk berani mengambil pendekatan baru demi melonjakkan nama XXX.  Saya yakin berdiri di atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari.  Ternyata hari ini, sayalah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya.  Bukan saudara saudari

.... Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari setiap warga XXX atas segala keterlanjuran bahasa, tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara saudari yang tidak dapat saya sempurnakan sepanjang perkhidmatan saya di XXX.  Saya pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan dalam pentadbiran dan pengurusan saya,  Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.  Saya mohon juga disampaikan kemaafan dan salam saya pada keluarga saudara saudari sekelian. Walaupun saya mungkin tidak berkesempatan bertemu dengan mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka.

... Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir.  Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, XXX akan tetap di hati saya.  Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga ini jauh di lubuk hati saya.  Semuga takdir mempertemukan kita semula dilain tempat, dilain masa, insyaallah.
"





Di doakan beliau berjaya di mana pun jua beliau berada.






.

6 comments:

haniaiman said...

sob.sob...aku tumpang nak rasa sedih jap.

Aku said...

LadyD,
sila.. silakan... sob..sob..

sepa said...

syahdu eh...!!!

.

Aku said...

sepa,
ko dulu ada tak surat2 wasiat cam ni?

sepa said...

masa aku quit dari Alcom, ada. tapi, tak le sepanjang nih.
kompeni lainlain aku rasa tak...

*eh. sedartaksedar aku dah kerja dengan 7 kompeni... hehehe.
rajin betul aku berhijrah.

.

Aku said...

sepa,
tak pe.. jauh perjalanan luas pemandangan...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com