Sunday, June 17, 2012

Aku akhirnya beralah jua...

.
Mana tahan, beb!

Toleh kanan, toleh kiri semuanya berduri-duri. Baunya juga memberangsangkan nafsu-nafsu yang terpendam. Dipendamkan sebenarnya kerana memikirkan risiko yang mungkin dihadapi kalau aku teruskan juga. Ah, biarlah! Kalau dah muncul di alam siber dan kini pula secara berdepan di depan anak mata, mana aku boleh tahan-tahan lagi. Aku sedar akan risiko yang aku ambil demi sesuap nafsu yang sebenarnya hanya sampai ke anak tekak, ianya akan hilang sebaik sahaja melewati batang esofagus dan bersamba lagu peristalsis. Ya, hanya setakat itu sahaja kelazatannya. Nikmat sementara...


Tapi, aku peduli apa. Lalu pada malam itu...



Malam itu aku makan D101 dan D24, juga Super Tempatan


... dan orang kata, durian ini panas. Apabila panas, malam-malam terpaksa 'berlenggeng' di bawah kipas angin.

Dan orang juga ada kata, durian ini afrodisiak tapi aku rasa itu bukan 100% benar. Aku rasa ia dikatakan afrodisiak kerana rentetan peristiwa yang berlaku bermula dari tindakan 'berlenggeng' di bawah putaran kipas angin, sama seperti buah domino yang jatuh satu persatu... dari satu aksi kepada satu aksi, kemudian kepada aksi seterusnya sehinggalah... sehinggalah... ahhh!

Sungguh 18SX durian ini!






.

6 comments:

secangkir madu merah said...

Makan durian biar sampai licin, jgn tamak tau..

Nizam.Ariff said...

SMM,
Ooo.... kalau makan durian tak licin maknanya tamak eh..

ye la..sebab nak kejar ulas seterusnya, tu sebab tak licin. Akak bukan ke suka sangat durian, tak cari sebakul lagi ke? hahaha

sepa said...

"sehinggalah... ahhh!"...???!!!

nak cari durian. nak cari durian. nak cari durian...

dan... makan sampai dikipas...!!!

Hehehe...


.

ckLah @xiiinam said...

Haish, rasa nak pacu XIIINAM ke Jalan Kg Banjar belakang rumah. Bukan main beghahi derian deme jual. Kalau dengan ckZahan dia mesti kata, "Ala.....ibu tak elok makan durian. Gula naik nanti!"


Yang iyanya, dia tak suka bau durian. Kalau ckLah beli, yang jadi tukang kopek dia! :-)

Anonymous said...

fuhhh.. jangan digoda makan durian musim2 exam cam nie... ade gak yg demam jap ag... hihi..

Nizam.Ariff said...

sepa,
kat sarawak ada musim durian gak ke? keh keh keh...




cklah,
tapi betullah cikgu, kalau gula dalam darah tinggi, tak elok makan durian.... jadi, bagi kat aku, tempoyak pun tak apa.... hahhaa



Zeera,
errr... macam mana ko tau aku baru lepas exam ni? ko salah seorang classmate aku eh...hmmm...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com