Saturday, June 23, 2012

Berdiri di atas pentas ... terasa aku menjadi kanak-kanak semula

.

Pagi tadi. Buat pertama kali, setelah kali terakhir ketika aku darjah 6 dulu, aku berdiri di atas pentas di hadapan murid-murid dan ibu bapa, juga guru-guru. Ia bukan majlis untuk aku tetapi untuk anak dan murid-murid lainnya tetapi aku diminta untuk menemani anak di atas pentas.


Aku masih ingat lagi di hari-hari terakhir aku di darjah 6 aku diminta berdiri di atas pentas sambil dipertontonkan kepada ibu bapa dan guru-guru. Sehari sebelum itu, aku diminta oleh guru agar memakai baju berlengan panjang dan berseluar panjang yang paling baik aku ada. Itu yang aku sedihnya, setakat darjah 6 dulu-dulu, aku mana ada kemeja. Aku mana ada kasut Johnson yang terkenal gah pada zaman itu. Untuk majlis itu, bapak terpaksa membeli sehelai kemeja putih berjalur biru di pasar Teluk Intan.


Pada hari majlis itu berlangsung, nama aku dipanggil untuk berdiri di atas pentas seorang diri. Aku hanya berdiri tegak di tengah-tengah pentas tanpa tahu berbuat apa-apa manakala pengurusi majlis mula membacakan salasilah tentang aku semenjak aku darjah 1 sehinggalah darjah 6. Dia juga ceritakan latar belakang aku dan keluarga aku, juga pencapaian aku selama aku bergelar murid di sekolah itu. Lebih kurang 10 minit aku berdiri, akhirnya semua ibu bapa dan guru-guru pun berdiri sambil bertepuk tangan. Aku tercari-cari wajah bapak aku di celah-celah orang ramai dan aku lihat dia tersenyum lebar dan bangga.


Pada kali ini, aku temani anak aku untuk berdiri di atas pentas. Bukan untuk majlis seperti yang aku terima dulu. Itu belum lagi dan aku harap dia pun dapat merasai perasaan untuk berdiri sambil dihadap orang. Majlis ini hanyalah bunga-bunga untuk ke arah itu. Namanya yang mula-mula dipanggil dan dia menunggu aku di atas pentas itu. Aku pun datang dengan gaya seorang tua persis bapak aku dulu.





Kemudian barulah dipanggil nama kedua dan seterusnya. Kemudian, aku diberikan sebuah lencana dan guru meminta aku sematkan pada baju sekolah anak aku.






Dia tergolong dalam kelompok Elite. Tahniah tetapi perjuangan baru hendak bermula bulan September nanti.







.

11 comments:

ckLah @xiiinam said...

Kejap....nak bayangkan wajah kau masa kanak kanak dulu. Comel tak......


Hehe. Baya Nuha ke dia?

Fadhilah Maarif said...

tembamnya jari jemari mu..haha

ASH said...

chewahh...
steady anak....
steady bapak...

Nizam.Ariff said...

cklah,
aku comel... sekarang ni pun comel... hahaha

haah... Ariff baya Nuha.




FadilahM,
ya, temban dan perkasa.. keh keh keh



Ash,
belum lagi.... belum lagi...
akhir tahun baru tahu sama ke tak dgn bapak dia... hahaha

sepa said...

Eh. Duludulu Penilaian Darjah5... Skrg UPSR.!

tasekM said...

anak ko ni.
kalau bg 10 paper pun.
aku percaya semua A.



.

Nizam.Ariff said...

sepa,
penilaian darjah lima tapi anugerah untuk darjah 6...


TM,
lambat ko tido...?
ker ko buat lighht trail / grafiti lagi ni?
aku dah buat... nanti aku tempel...

amn said...

bak kata orang benih yang baik jatuh ke laut jadi pulau...


tahniah nak, jalan dah di bentang tinggal pijak dan melangkah je...

Nizam.Ariff said...

Azani,
harap2 benih aku tak membazir jatuh ke laut... hahaha

sepa said...

terlupa pulak nak bagi ucapan...

kepada anak Dino,

Tahniah saya ucapkan kerana telah berjaya terpilih dalam grup ELITE5A (walaupun aku tak tau apakah maksud grup itu...). Semoga anda berjaya dalam ujian UPSR.

Ketahuilah kejayaan hanya datang sekali, gunakanlah peluang yang ada agar kejayaan terlakar jua dan kekal sebagai sebuah sejarah kejayaan yang akan disampaikan kepada merekamereka yang berkaitan di masa hadapan.

Di kesempatan ini, saya nak bertanya kepada saudar Dino, apakah perasaan anda ketika anda berdiri di pentas semasa anda di Darjah6. Adakah anda menggigil, berpeluh dahi dan rasa nak terberakcirit.?!

Akhir kata, semoga majujaya, wahai anakmuda.


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
perasaan aku?

terasa macam nak bawak gitar karan... keh keh keh

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com