Monday, June 18, 2012

Hari Isnin

.

Salam sejahtera. Tak semestinya pagi Isnin dialunkan muzik Blues... (Monday Blues).

Kadang-kadang kita boleh tukarkan kepada muzik Rock / Metal.... atau mungkin juga Ghazal. Ia bergantung kepada  sarapan pada pagi tadi.

Sarapan?



Ya. Pada perhitungan aku, sarapan memainkan peranan terhadap 'Monday Blues'. Budaya dunia, terutamanya budaya puak-puak oriental di Bumi bahagian sini, masih mementingkan sarapan pagi yang terusun dan makmur. Maskuliniti di Malaysia pula masih tinggi mengikut metodologi Hoffstede dan ini menunjukkan bahawa pihak wanita masih perlu untuk menyediakan sarapan.

Oleh kerana kebanyakkan orang Melayu dengan umur 35 tahun ke atas dianggap generasi peralihan pertanian-perindustrian, bolehlah dikatakan mereka masih mengalami kemelut perubahan budaya sarapan pagi dan makan tengahari. Maksudnya, kalau bangun pagi dan menjamah setakat semangkuk cereal majmuk atau 2 keping roti Gardenia atau sebiji karipap pusing berintikan daging, itu tak cukup (walau pun sebenarnya cukup kerana bukan nak banting tulang mengangkat kayu balak atau kelapa sawit).

Oleh kerana maskuliniti di Malaysia adalah diantara yang tertinggi di dunia, kerja-kerja dapur di waktu pagi terutamanya pada subuh Isnin terpaksa dilakukan oleh wanita-wanita yang kebanyakkannya juga bekerja. Oleh itu, penyediaan sarapan pagi juga bergantung kepada kebolehan wanita untuk memperuntukkan masa di waktu subuh pagi Isnin itu.

Kenapa subuh Isnin sahaja tak cukup dan tiada pula masalah pada hari-hari seterusnya?
Ini kerana pada subuh Isnin itu bukan setakat sarapan yang perlu disediakan tetapi pakaian anak dan suami perlu digosok dan disediakan untuk paling kurang bekalan 2-3 hari kalau pun tak seminggu terus.

Kenapa gosok pada subuh Isnin?
Ia bergantung kepada jadual hujung minggu mereka. Sepatutnya kerja gosok-menggosok baju ini, juga termasuk menggosok periuk, lantai bilik air, meja makan dan juga gosok badan suami dilakukan pada hujung minggu yang masanya lebih santai. Namun, jika masa hujung minggu juga tak terluang, sedikit sebanyak kerja-kerja itu terpaksa dilakukan pada subuh Isnin.

Bagaimana masa hujung minggu tak terluang sedangkan ianya hari cuti?
Seperti dikatakan tadi, ia bergantung kepada perancangan hujung minggu kita. Sebagai contoh, jika hujung minggunya dipenuhi dengan aktiviti mencari Durian-Durian yang segar tetapi murah, perlu diambil kira juga akan kesan-kesan pengambilan Durian D101, Musang King atau Udang Merah terhadap perut, badan dan kepala. Jikalau gastrik bertambah akibat pencernaan perlahan sehingga penapaian Durian kepada Tempoyak sempat berlaku, angin kus-kus pun muncul dan badan menjadi sengal-sengal.

Ya, kesimpulannya, pagi Isnin kita sedikit sebanyak dipengaruhi oleh buah Durian...





.

14 comments:

Anonymous said...

Normally lah klu monday kan.,. follow u back 124

Nizam.Ariff said...

Kesuma Angsana,
Ha ah... betul tu and thanks.

tasekM said...

berapa guni mkn durian dah nih...?




.

Nizam.Ariff said...

TM,
entahlah... durian tu dah diletakkan atas meja panjang. bukan dalam guni, jadi aku tak tahu berapa guni... hahaha

gadisBunga™ said...

kalau nak gembira makan la durian. heheh~

sepa said...

kejap. aku nak pikiaq tajuk n3 ko. ada yg tak kena ngan tajuk nih...

(*tengah pikiaq....)...


hah.!!! dah dapat.!

Tajuk : Temubual-bualbicara di Pagi Isnin bersama Menteri Sumber Manusia... dan jerebu yang kelabu.

:p

Nizam.Ariff said...

GB,
ketawa di mulut tapi di perut menggelegak la.... adehh...!




Sepa,
disana masih jerebu ka?
haiyooh!!!

Unknown said...

masa lapang sebelum datang masa sibuk..

Nizam.Ariff said...

man,
sibuk dah datang...

Unknown said...

hari yg paling down down down keh keh keh ^^


Jom terjah latest n3 PPP... segment tambah follower Part3 versi d avangers ko hade? hu3 :P http://paripariputih.blogspot.com/2012/06/segment-tambah-lauk-eh-follower-versi.html

Nizam.Ariff said...

PPP,
itu semalam jer...
hari ni dah ada semangat sikit. perut pun dah ok sikit....

ASH said...

Cuba cakap straight forward sikit,
.
.
.
PERUT AKU SAKIT pagi pagi sebab makan doghoyan!
.
.
.
kan senang...

Nizam.Ariff said...

Ash,
hahaha.... baru hari ni dapat tangkap maksudnya?

keh keh keh

Nizam.Ariff said...
This comment has been removed by the author.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com