Thursday, June 14, 2012

Keris Sungai Perak yang cantik berkilat-kilat...

.
Masih dengan ole-ole bingkisan dari kampung, kali ini kita bercerita tentang keris pula. Boleh dikatakan setiap kali aku balik kampung, pelbagai cerita/berita aku dapat tetapi aku malas nak tulis di blog ini banyak-banyak sebab dikhuatiri blog aku menjadi seolah-olah Mestika versi internet pula.




Foto di atas itu aku dapat dari telefon bimbit abang aku. Keris itu memang cantik, berkilau seperti disadurkan dengan emas dan perak. Namun, yang lebih menarik, keris kepunyaan seorang kawannya itu diperolehi dari dalam Sungai Perak! Keris itu dikatakan telah 'terapung' dari dasar Sungai Perak lalu diambil.

Cerita selanjutnya masih ada pada abang aku sebab aku belum sempat nak temuramah dia lagi. Dia beritahu pun ketika aku sedang sibuk bersiap-siap untuk pulang ke S.Alam. Nanti-nanti kalau ada masa, aku suruh dia bercerita. Sebenarnya, ada 2-3 lagi foto yang menarik. Nanti-nantilah aku kongsikan.





.

12 comments:

ASH said...

Keris Bunian tu...BUNIAN SUNGAI PERAK..
.
.
.
SESIAPA yang simpan ...siap le komer..
diburu tak cukup tanah nak lari!!
.
.
.
hehe

Nizam.Ariff said...

Ash,
bunian pun ada keris ke?
bukan dia main power-power macam power rangers tu?... hahaha

amn said...

cer tanya pihak kurator muzium, mungkin boleh tekap susur galor keris tu mungkin boleh tahu sejarahnya....nilai artifak tinggi...

amn said...

kot kot ada kaitan dengan langkauka truly asian

Nizam.Ariff said...

Azani,
nanti aku cuba syorkan kat orang tu...

tasekM said...

aku syak ada org baru campak la keris tu.
berkilat bebenor..



.

sepa said...

eh kejap. konpius ar.

keris yg timbul, atau air yang tenggelam.?!

Nizam.Ariff said...

TM,
takkan orang nak campak keris cantik macam tu....




Sepa,
ya.. ya...
air sungai yang surut... hahaha

MizzTina said...

dl mak sy pun ada keris.. alerrr, keris mak andam...tp kena perasap gak la.. skang buang dh..

Nizam.Ariff said...

Mizz Tina,
haiyooh... pastikan keris tu tak datang balik... hehehe

ckLah @xiiinam said...

Teringin nak tengok penuh misai pemegang keris tu. Nampak macho!

Nizam.Ariff said...

cklah,
hep...! tak bleh tengok.
abang aku,itu.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com