Friday, June 29, 2012

Kisah mayat yang enggan keluar dari dalam van jenazah...

.
Mimpi lagi, untuk entah yang ke berapa kali.


Malam tadi aku bermimpi panjang. Kisahnya berkenaan dengan kemalangan kecil yang berlaku keatas saudara aku dan dia terpaksa dibawa ke hospital. Sepanjang nak menghantarnya ke hospital, macam-macam perkara berlaku, ada saja halangan yang terpaksa ditempuhi. Aku turut diminta menemaninya semasa dihantar ke hospital.

Tapi, aku tak nak ceritakan yang itu. Aku nak ceritakan beberapa imej yang aku ingat di dalam beberapa babak dalam mimpi itu.

Dalam satu babak itu, aku perlu mencari van untuk hantar saudara aku ke hospital kerana ambulance lambat datang. Diberitahu bahawa ambulance ytersangkut di jalan akibat sesak. Oleh sebab itu, aku berlari ke sebuah surau / masjid berhampiran. Aku terlihat sebuah Van Jenazah yang diletakkan di bawah stor beratapkan zink. Hati aku lega kerana sudah berjumpa kenderaan untuk bawa saudara aku ke hospital.


Tiba-tiba aku tersentak apabila di bawah stor yang berlantaikan tanah keras itu ada sederetan kepala manusia yang siap berbungkuskan kain kafan. Aku tak pasti sama ada mayat-mayat itu ditanam separas leher atau kepala mayat-mayat itu terpenggal dari tubuh mereka. Yang pastinya, aku lihat kepala-kepala itu bergerak-gerak dan mata mereka terbuka luas memerhatikan aku dan sekeliling...



Aku ambil inisiatif untuk melukisnya... lebih senang untuk faham scene tersebut


Kemudian aku amati kepala mayat yang dihujung kiri sekali. Aku dapati itu adalah mayat arwah Bapak! Dia tersenyum melihat aku. Lalu aku angkat tangan aku sambil memberikan isyarat bertanyakan khabar dia. Bapak memberikan reaksi yang terbatas, dengan senyuman dan gerakan kepalanya, tetapi aku faham yang dia baik-baik sahaja. Aku lega dan aku balas senyuman itu.



close-up... yang dikiri sekali itulah arah Bapak.


Kemudian aku dihampiri oleh seorang lelaki yang aku kira dia adalah Siak di surau/masjid itu. Lalu aku beritahu tujuan aku datang. Katanya, dia biasa menghantar orang ke hospital menggunakan van jenazah itu tetapi biasanya bukan orang eksiden. Dia kerap menghantar atau mengambil mayat di hospital.


Katanya, kalau aku tak kisah dia boleh hantarkan. Oleh kerana terdesak, aku pun setuju menggunakan van jenazah itu. Dia pun keluarkan van dari bawah stor lalu berhenti di laman surau/masjid itu. Kemudian dia keluar dari kerusi pemandu dan membuka pintu gelangsar (sliding door) van tersebut.

"Ada satu saja masalahnya..." tiba-tiba dia berkata sambil tangannya menunjukkan satu bungkusan di lantai van.

"Dia ni degil sikit nak keluar" sambungnya.

Aku lihat ada sekujur mayat manusia yang siap berbungkkus kafan sedang bergolek-golek. Tok Siak (aku rasa) terus memujuk mayat itu supaya keluar dari van namun mayat itu masih enggan berganjak. Akhirnya, Tok Siak itu pun meninggikan suaranya, mengugut mayat itu. Itu pun masih berdegil. Lalu Tok Siak memanggil aku.

Aku hampirinya lalu dia minta aku pegang bahagian kaki manakala dia dibahagian dada mayat itu. Dengan kudrat yang ada, kami angkat dan keluarkan mayat itu dari dalam van jenazah dan kami biarkan mayat itu di atas tanah di laman.


Tak lama selepas itu, aku dan Tok Siak pun menghampiri saudara aku yang sedang terbaring kesakitan di tepi jalanraya, tidak jauh dari surau/masjid...








.

19 comments:

jeb said...

apeke pelik mimpi ko ni..

Nizam.Ariff said...

jeb,
dah nama pun mimpi... hahaha

tapi aku sempat jumpa bapak aku.. kira ok la tu.. mungkin sempana hari jumaat ni, dia minta aku doakan dia lebih sikit...

Granny Hani said...

cepat lah tido dan sambung mimpi tu..

Nizam.Ariff said...

Hani,
mimpi memang dah tamat... ada penghujungnya tapi tak payahlah nak citer...

ringkasnya gini, van pun ada masalah... akhirnya pihak hospital panggilkan helikopter (bukan Nuri hehehe) dan bawa aku dan saudara aku terus masuk ke wad... ikut tingkap!!! hahaha

Ada juga watak mamat-mamat samseng jalanan yang buat kacau... dan macam2 lagi yang tak masuk dek akal...

faraherda.razalan said...

Entri ni tak ley baca mlm2. Tgk drwaing tu pun, dah seram.

LydSunshine said...

pastu? pastu? Citer ni tak habis atau mimpi tu sampai kat situ je? Seram jugak mimpi yg berkaitan dgn jenazah2 ni. Siap ada kepala kat tempat parking van.

Nizam.Ariff said...

Pok amai-amai,
keh keh keh... sib baik ko jumpa entri ni skrg ek...

Nizam.Ariff said...

LyD,
mimpi tu panjang sangat dan merepek-repek... babak yang penting seperti di atas tu je... pegang pocong dan humban ke tanah.. .hahaha

sepa said...

ini jam van jenazah Estima ar... ruper Alphard pun iyer jugak eh.

*ko punyer lukisan macam 'GG - From Taiping With Love'... hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa,
sekali sekala serlahkan bakat melukis... hahaha

ASH said...

OOii..
sensitip betui aku bab van tu!!
hahaha

ASH said...

pssstt..
ko hantar cerita ko ni pada Astro Oasis 106...
.... masuk slot"Tanah Kubur"

Nizam.Ariff said...

ASH,
bulan ramadhan nanti mungkin ada la van jenazah angkut mayat-mayat hidup keliling pekan.. hahahaa



slot tanah kubur untuk cerita bukanmimpi je kak....

Anonymous said...

ngeri r mimpi ko tu..buat seram kat aku jer..

Fadhilah Maarif said...

bukukan tentang mimpi pulak..

ASH said...

Tapi cerita "Tanah Kubur" tu pun aku tengok macam mimpi juga...
.
.
.
.
Hampir semua jenazah yang ditanam oleh Pak Adi tu bermasaalah...
.
.
Kampung tuuuuuuuuuuu jer pulok tu!!
.
.
teruk bebenor le penduduk kampung tu semuanya!

Nizam.Ariff said...

LadyD,
kalau dah selalu mimpi camtu, dah jadi biasa-biasa je....



FadhilahM,
Menarik juga idea tu tapi bahan tak cukup.....





Ash,
Hahaha..... dah nama pun drama, gitu le ....

secangkir madu merah said...

mimpi tu macam tergantung tak habis lagi... apa berlaku dgn mayat yg kau tinggalkan kat laman tu? dia bangun balik tak?

kau jaga2 malam ni, takut2 mayat tu dtg lagi cari kau suruh letakkan balik mayat dia dlm van yg kau pinjam tu... eeee takooottt...

Nizam.Ariff said...

SMM,
panjangm sangat mimpi tu.... maklaumlah, sepanjang malam... tak sanggup nak ingatkan semua. tentang apa jadi kepada pocong2 semua selepas itu aku sendiri tak tau sebab kamera dah fokus ke saudara yang eksiden tadi...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com