Wednesday, June 20, 2012

Untung sedikit atau untung banyak-banyak ?

.

Ada seorang lelaki, dia pergi ke ko-operasi (koperasi) untuk membeli barang-barang keperluan asas dan barang-barang yang kurang berasas. Dia punyai pilihan untuk membelinya di Giannt atau Tesscoo tetapi dia tak nak pilih yang itu. Dia pilih ko-operasi itu juga walau pun dia sememangnya tahu barang-barang di ko-operasi itu lebih mahal daripada pasaraya besar. Mahalnya kadang-kadang sampai 50sen.


Lelaki itu pilih ko-operasi itu kerana di tangannya ada berberapa keping kupon bulanan yang masih belum diguna-pakai untuk Jun sedangkan Jun (bukan nama wanita) sedang merangkak termengah-mengah pergi meninggalkan kalendar 2012.

 Fikirnya, lebih baik gunakan kupon itu untuk beli barang-barang kerana sudah tentulah ianya percuma dan segala barang yang percuma adalah baekkk (baik). Di dalam fikirannya, betapa untungnya dia dapat gunakan kupon, jimatlah duitnya. Lalu dia pun mengambil bakul lantas memasukkan barang-barang asas dan tak berasas tadi.

Setibanya di kaunter bayaran, dia pun hulurkan bakulnya. Gadis genit yang mengira itu pun berkata, jumlahnya RM44 lebih. Lelaki bertuah itu pun hulurkan kupon-kuponnya. Bila gadis genit itu kira, kupon-kuponnya hanya berjumlah RM32. Dengan kata lain, dia kena tambah dengan duit tunainya.

Sekarang, lelaki itu mempunyai pilihan lagi: sama ada pulangkan barang-barang yang tak berasas ke rak semula ATAU gunakan sahaja duit tunainya.

Lelaki yang bertuah itu pilih yang kedua: dia bayar RM12 lagi.

Mengikut congakkannya, dia masih beruntung kerana dapat membeli barang-barang bernilai RM44 pada harga serendah RM12 sahaja! Dia pun berlalu pergi menuju ke keretanya.

Setiba di keretanya, dia berfikir semula. Tujuan dia guna kupon-kupon tadi kerana dia tak mahu gunakan duit tunainya sendiri. Memanglah RM12 itu berbaloi untuk barang bernilai RM44 tetapi bukankah dia punyai pilihan ke-3 iaitu beli barang-barang tak berasas di Giannt atau Tesscoo?

Isu sekarang ini ialah, berbaloikan dia membayar RM12 padahal mungkin sepatutnya dia hanya perlu bayar RM8 (kerana dia tahu barang-barang di ko-operasi lebih mahal sehingga 50sen satu barangan)?


*Bammm!*

Lelaki itu hentak steering keretanya yang jelas tak bersalah langsung dalam hal-hal ko-operasi itu, apatah lagi dalam hal berkaitan penyenaraian FGVH dan KPF!






.

9 comments:

SM said...

giant penipu besar sebab kebanyakan barang-barangnya lebih mahal beberapa sen daripada tempat lain.

FGVH kalau tak list kat board pun boleh dapat untung besar lagi, kalau kepala yang handle tu tak bebal.

Nizam.Ariff said...

SM,
yup.. tak semua barangnya cost competitive tapi tak semua di tempat lain pun cost competitive. pengguna kena bijak apa yang kita masukkan dalam shopping cart.

Pasal FGVH ni, IPO harga RM4.50 lebih!!? aku ingatkan dalam 20-45sen je...bolehla aku cuba ... hehehe

tasekM said...

berbaloi kot.
8 ringgit.
gula dapat 3 kilo lebih je kt tessco.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
kalau dikirakan sekali dgn duit minyak nak kesana, memang masih ok la...

jeb said...

masih lagi untung..berikut adalah pengiraan aku..

assumption;
1) lelaki tersebut membeli 44 barang
2) setiap barang berharga RM1

mengikut assumption di atas, dengan keuntungan 50 sen, lelaki tersebut boleh membeli barang pada harga 50 sen di Giannt atau tescoo.

jadi sekiranya dia membeli barang di giannt atau tescoo, dia perlu membayar;

0.50 x 44 = RM22

maknanya, harga sebenar barang tersebut adalah RM22. Jadi, lelaki tersebut telah jimat sebanyak RM10. Lebih kurang 45%.

Nizam.Ariff said...

Jeb,
hahaha....
memang masih untung. tapi kalau nak tamak lagi, sepatutnya dia pulangkan balik barang2 yang terlebih dari kupo tu... dan beli kat Giannt atau tesscoo sebab ko-operasi tu mahal sikit. rugi kalau beli guna duit tunai sendiri....

sepa said...

untung sekarung, rugi seguni. tak gitu, bang.!

.

FGVH dan KPF dah di bursa ka.?! koman betul aku, sampai tak tau perkembangan semasa... co criter sket.

ASH said...

kalau nak untung, pulang kan jer barang barang tak berasas tu...guna kupon tu habis habisan...
tak yah keluor sesen pun!
.
.
.
kalau aku, sebelum bayor aku kira conggak seksiap!
tu le kamuuuu...
.
.
aku dapat kupon KFC ni..25% off..boleh gi pizza hut, kfc, ayamas, rasamas...ada sapa sapa nak?
heheheeheheheheh

Nizam.Ariff said...

Sepa,
belum lagi ...
8.50am 28 June pelancaran IPO untuk FGVH... kita tengok Tan Sri Isa ketuk gong sama-sama...




Ash,
betul tu... gunakan kupon tu cukup2 je..

yg 25% KFC tu kalau tak payah guna lagi baik.. sebab kena gak keluarkan 75% tunai sendiri... keh keh keh...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com