Thursday, July 26, 2012

Bonus buat kakitangan kerajaan...

.

Walau pun aku di pihak sektor swasta, aku sokong keputusan kerajaan untuk berikan bonus kepada kakitangan awam. Yang aku tidak sokong ialah pihak-pihak yang 'menangguk di air yang keruh' hingga menyebabkan perolehan tambahan dalam bentuk bonus itu menjadi tidak bermakna. Tidak bermakna bermaksud kalau sebelum ini membeli sebakul barangan dengan RM100, dengan pendapatan tambahan (bonus diagihkan secara purata untuk setahun) dengan RM120 masih mendapat sebakul barang yang sama banyaknya. Itu maksudnya bonus tidak bermakna.


Aku sokong kerana kerajaan terus duit berikan kepada pengguna yang berada dibarisan bawah piramid ekonomi atau 'rantaian makanan' (kalaulah perbandingan terma biologi boleh digunakan).


Kalaulah geran dan insentif diberikan kepada organisasi perniagaan atau industri dengan harapan ia merancakkan kegiatan ekonomi dan akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan akhirnya dapat memberikan pendapatan kepada pada pekerjanya; kemudian organisasi atau industri itu pula akan mengeluarkan produk-produk yang lebih berdaya-saing (dengan harapan), namun disini apa bila sampai pada tahap tertentu, produk-produknya gagal dipasarkan kerana pembeli yang mampu menjadi terhad kepada mereka yang berada dalam rantaian itu.


Makcik Milah (penjual karipap pusing),  makcik Wok (penjual karipap kerepot), wak Hassan (petani tradisional), kang Misran (peladang bukan RISDA, FELCRA atau FELDA), Hasri Hensem (penjual berger jenama Lamlee yang juga mengeluarkan otdok daging yang lebih kenyal dan anjal daripada jenama AyamKampung) dan mereka-mereka yang sipi-sipi atau langsung tidak ada dalam rantaian industri atau organisasi yang mendapat geran atau insentif; mereka semua adalah pengguna sebenar atau pengguna tegar. Bermaksud, mereka mendapatkan wang dari usaha lain untuk membeli barangan dari perusahaan lain.


Apabila bonus diberikan terus kepada kakitangan kerajaan (kerajaan adalah majikan terbesar di Malaysia), secara tak langsung daya membeli akan bertambah dan mereka ini adalah pengguna dan manusia biasa juga. Kali ini mereka ini akan membeli barangan bermula dari barangan keperluan asas seperti beras, gula, garam; juga barangan makanan seperti karipap pusing dan karipap kerepot, dan kadang-kadang membeli berger jenama Lamlee (yang juga mengeluarkan otdok kenyal lagi anjal); sehinggalah membeli barangan mewah seperti rumah mampu milik dan kereta rakyat berstatus nasional.


Apabila mereka itu membeli maka permintaan akan mencetuskan penawaran yang akan dipenuhi oleh pihak industri (barangan) atau organisasi (servis), seterusnya perolehan akan bertambah dan sebahagian perolehan dibayar untuk cukai, gaji pekerja, kos bahan, kos operasi, riba pinjaman, dividen.... dan mungkin sedikit duit kopi. Lantaran itu, indutsri-industri dalam 'supply chain' akan berkembang juga.


Apa yang aku ingin katakan ialah pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan akan mencetuskan lebih banyak 'spin-off' dan berpusar lebih lama. Juga disyorkan untuk bonus khas dipanggil Bonus Cuti-Cuti Malaysia iaitu untuk menggalakkan mereka bercuti dan industri pelancongan pun akan mendapat tempias bonus itu.


Sekian sahaja saranan aku.





.

7 comments:

kucingorengemok said...

ko saran kat sapa ni? heh heh

tasekM said...

apa2 pun... bonus ko tahun ni silalah belanja aku kuih tart.




.

LydSunshine said...

Jadi kesimpulannya walaupun bonus ni hanya utk penjawat awam, tapi tempiasnya org lain juga dapat? Begitu kan?

sepa said...

tertarik ngan criter penjual burger Lamlee, Hasri Hensem.


*aku sokong.
aku setuju.
...tp aku bukan kerja gomen.

*aku sokong.
aku setuju.
...bonus tuk dak kakitangan kerajaan diberi sekerap mungkin.

*aku cadangkan,
...bonus tuk dak kakitangan kerajaan diberi satu bulan gaji, 3 bulan sekali.

.


#
eh Dino, burger Hasri Hensem bulih masuk pasaran Italy, tak.?!

Nizam.Ariff said...

KOG,
Aku nak sarankan kepada MTUC supaya dia panjangkan kepada PM...




TM,
Boleh.... meh beraya kat S.Alam...




LyDS,
Yup.. betul tu... semua merasa sebab dia org pengguna utama.




Sepa,
Aku pun sokong kalau bonus kerajaan diberikan sekerap mungkin. Mungkin setiap bulan, terus masuk gaji. Katakanlah,
1 bulan + 0.2 bulan bonus.
jumlah gaji setiap bulan 1.2xbulan.
Jumlah bonus setahun=12X0.2 = 2.4 bulan.

Bonus tahun deoan ditentukan sebelum akhir tahun ini, jadi bulan January tahun depan dah terus masuk 0.2 bulan bonus tu.

Amacam cadangan bernas aku.



Oh ya, Lamlee nak masuk Europe kena lepas garis panduan kesihatan lembu ternak dulu...

sepa said...

bernas eh cadangan ko.

memang patut dan harus bonus ditentukan sebelum akhir tahun, jd tak der la bonus dibayar ikut sukasuka...

yg 0.2 tuh, nak kira dulu bang.!!!
aku rasa time dak trafik dak jpj dak imigresen buat ops ops ops masa cuti perayaanperayaan, kena bagi 0.4 kot, 3 bulan jeh setahun.
jadi 9x0.2 campur 3x0.4 samadengan 3 bulan. (psst... masa ops depa byk collect duit saman.!... kena bagi lebih.)...


:)


Lamlee kena beli daging lembu dari Europe, dan blend kat Msia la kan...?!

dak Brunei ada buat, diaorg beli daging segar dr Auatralia, packing kat Brunei, guna nama saudagar dak Brunei... diaorg ada jual kat Miri, dlm bentuk MincedBeef, BurgerPatty dan CornedBeef... sedap gak la, aku rasa bulih mengalahkan brand dari Brazil dan Argentina...

:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
yup betul tu.... untuk organisasi yang profit center boleh diberi bonus lebih untuk bulan-bulan yang mengutungkan.


Ko nak buat boleh gak tapi aku syor kan ko bela lembu sendiri di bawah pokok kelapa sawit tu... lagi jimat daripada import dari Rusia...

lembu Rusia sedap2 weh..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com