Sunday, July 22, 2012

Bukan sengaja kasi korang terliur tapi aku nak bagi tau, itu je....

.

Sebelum-sebelum ini aku ada ceritakan tentang 'kehebatan' rojak di Mastan Ghani. Dan sejak aku jarang bertandang ke restorannya di Teluk Intan, aku terpaksa cari rojak lain yang setara dengan rojaknya dan berhampiran dengan kawasan aku. Malangnya, setakat ini belum ada yang mampu membuatkan aku 'menduakan' atau berselingkuh.

Sehinggalah pada hari Jumaat yang lepas. Selepas solat Jumaat di Tg. Malim (masjid yang di sebelah Balai Polis dan berhadapan dengan UPSI asal), kawan aku mengajak aku makan Gado-Gado. Aku ok-kan je, dah kawan nak belanja makan. Katanya, gado-gado yang terkenal di situ ialah gado-gado ayam.


Inilah dia AMAN GADO-GADO bertempat di gerai no.20, di medan makan di Tanjung Malim, yang bertentangan dengan Balai Polis Tg. Malim dan bersebelahan UPSI asal. Kalau ada sesiapa yang singgah di Tg. Malim selepas hari raya nanti, cubalah sepinggan...



Walau pun gado-gado ini tak seperti rojak Mastan Ghani tetapi ia punyai kelebihannya tersendiri...


ABC ni tak de kena mengena dengan Aman Gado-Gado tetapi sengaja aku letak sempena puasa... hahaha


Kami yang pada mulanya bertiga jadi berempat dengan kehadiran seorang rakan yang lain. Dia pesan gado-gado ayam lebih. Aik?! Boleh pulak macam tu? Kalau aku tau, aku pun gado-gado ayam lebih. Apabila pesanan sampai, aku tengok gado-gadonya lebih kurang macam rojak Mastan Ghani cuma kuah kacangnya lebih meriah, lebih mewah dengan kacang dan sungguh pekat tapi kurang manis. Ya, aku tak suka manis-manis. Kalau rojak kedai mamak kebanyakkannya manis macam dicicah air gula!





.

7 comments:

SM said...

bro, semua ni gagal menipiskan kekuatan puasa aku, kecuali air tebu pure.

next time kalau lalu tanjung malim, aku harus berhenti cari gado-gado tu.

Nizam.Ariff said...

SM,
Air tebu?
Ok... aku nak cuba gak nipiskan ozon puasa ko... wuih, jahat giler, dah ambik portfolio setan ke apa nih? ....keh keh keh

SM said...

betul apa kata ustaz. setan memang kena ikat, tapi perangai setan tu yang susah nak kawal. hahahaa!!!

Nizam.Ariff said...

SM,
keh keh keh..
bukan.. lebih dugaan ko dapat, lebih sikitlah pahalanya...

secangkir madu merah said...

Ijam, kau pernah sampai kat Kelana Jaya tak? Kalau kau mahir kawasan ni, cuba kau cuba rojak mamak ali yg berjual di bawah pokok bertempat di depan giant kecik, ramai yg kata rojak dia best giler...

sepa said...

brader, gua bukak n3 luh nih ketika tunggu nak sahur, tak terliur eh.! apa kes nak terliur tengok ABC pagipagi buta...?!

Nizam.Ariff said...

SMM,
tak pernah lagi.
yag aku tau ada satu rojak mamak+cendol di SS15, subang jaya.
tapi itu pun tak bleh gak.. manis.. lidah aku la..





sepa,
kalau lu fikir lu boleh tenteramkan nafsu, lu boleh tengok... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com