Monday, July 16, 2012

Hantu-hantu jalanan... malam minggu aku bersemuka dengan mereka

.

Malam minggu baru-baru ini, buat kali yang entah ke berapa sejak aku mula pandai mimpi-mimpi kering ni, aku bertemu dengan hantu-hantu yang berkeliaran di jalanan. Tapi pada kali ini, ianya pelik sedikit.

Lokasi: di sekitar rumah papan 2 tingkat milik jiran aku di kampung. Suasana & masa: rumah jiran aku masih elok, jalan masuk adalah tanah liat+pasir dan muat-muat sebuah kereta. Rumput agak tinggi tetapi masih terjaga cantik dan tak macam sekarang ini yang semak dan terbiar. Aku rasa mungkin tahun 80an. Watak: walau pun seperti tahun 80an, watak-wataknya adalah orang zaman sekarang. Aku, Bos aku, 2 orang kawan pejabat dan berberapa orang kanak-kanak dan orang-orang kampung yang turut menjayakan babak mimpi aku.


Entah macam mana, di hujung kampung ada satu projek yang agak mega. Kerja-kerja kejuruteraan sedang dilaksanakan di situ. Setiap hari aku ke tapak pembinaan dan setiap hari juga sebelum pulang, aku dan pekerja-pekerja lainnya akan menghadiri mesyuarat 'progress meeting' di sebuah bilik besar yang seperti auditorium atau mungkin juga seperti amphiteater, kerana tempat duduknya seperti di panggung wayang. Bos masing-masing akan berikan taklimat kepada semua bahagian di dalam projek itu. Aku tak mahu ceritakan babak-babak yang ini kerana kurang menarik, sebagai contoh, semasa mendengar taklimat aku ada bersembang dengan kawan-kawan sebelah, usik-usik itu ini... dsb. Tak menarik, kan? Ok, kita terus ke babak hantu. Orait!

Pada salah satu petang, aku dan bos aku yang 'menumpang' di rumah jiran aku ingin pergi ke taklimat itu. Aku tak pasti kenapa aku pun 'menumpang' di rumah jiran aku sedangkan 150m dari situ adalah rumah bapak aku. Kami selalunya berkereta untuk pergi ke taklimat itu tetapi pada petang itu, kereta bos aku rosak dan dihantar ke bengkel.

Lebih parah lagi, telefon bimbit bos aku hilang atau tertinggal entah di mana. Jadi, bos aku telah meminjam telefon bimbit milik salah seorang budak muda yang turut tinggal di rumah jiran aku itu. Aku masih ingat bentuk telefon itu. Ianya berjenama Nokia jenis skrin berwarna model yang mula-mula diperkenalkan. Telefon bimbit jenis lama tetapi berkamera.

Oleh kerana tiada kereta, kami meminjam motorsikal 'kapcai' anak-anak muda yang tinggal di rumah itu (aku tak pasti berapa ramai yang tinggal di rumah jiran aku tu, tapi dah macam motel murahan pun ada). Kami naik motorsikal berasingan. Aku gerak di hadapan manakala bos aku di belakang. Tiba-tiba bos aku buat 'wheelly' ! Aku terkejut sebab dah tua-tua dan dah bergelar 'Haji' pun main 'wheelly' lagi. Bos aku punyalah teruja. Dia memotong aku dengan pantas lalu membrek.

Aku pun berhenti. Bos aku serahkan telefon bimbit yang dipinjam tadi kepada aku lalu menyuruh aku merakamkan foto ketika dia buat aksi 'wheelly'. Dah buang tebiat agaknya, tapi aku lakukan juga. Aku suruh dia buat 'wheelly' di depan manakala aku bawa motor perlahan-lahan di belakangnya, agak-agaknya 10km/j. Sangat perlahan, lagi pun bos aku buat 'whelly' bukannya bawa laju-laju.. Sebelah tangan aku gunakan untuk merakam foto menggunakan telefon bimbit Nokia.


Ketika itulah, aku terlihat di dalam skrin telefon bimbit itu ada seorang budak perempuan yang agak comot dan berpakaian gaun tidur berwarna putih beropol-ropol di bawah dan dilengan. Budak perempuan itu dalam lingkungan umur 10 tahun. Aku menjerit kepada bos aku agar mengelak budak perempuan itu, aku takut nanti terlanggar pula. Tetapi apabila aku pandang ke depan, tak ada pun budak perempuan di tepi jalan! Aku keluarkan telefon bimbit aku dan aku cuba rakam foto tetapi tiada pula imej budak perempuan itu di dalam skrin telefon bimbit aku. Hairan sungguh.

Aku tukar semula kepada telefon Nokia tadi dan lihat semula skrin, imej budak perempuan masih ada sambil wajahnya memandang kepada aku dengan wajah yang seperti penuh dengan benci atau dendam. Gerun juga aku dibuatnya dan riak muka budak perempuan itu masih terlekat dalam kepala aku sehinggalah sekarang ini yakni ketika aku tulis entri ini!!! Apabila semakin dekat, aku toleh ke tepi jalan tetapi kosong. Aku tak berselisih pun dengannya. Tiada sesiapa.


Pada malamnya, aku dan bos berkumpul dengan anak-anak muda yang tinggal di rumah jiran itu untuk bersantai sambil tonton TV. Aku tunjukkan foto yang aku ambil tadi kepada bos aku dan anak-anak muda di situ termasuk pemilik telefon Nokia itu, jelas kelihatan imej budak perempuan sedang memakai gaun tidur putih dan berwajah agak comot dan pucat. Aku jelaskan juga yang telefon bimbit aku gagal merakam imej budak perempuan itu. Lalu aku katakan, sama ada itu hantu atau pun telefon Nokia itu yang berhantu. Pemilik telefon Nokia itu marah-marah dengan tuduhan aku itu.

Esoknya, aku pinjam telefon Nokia daripada bos aku. Aku mahu cuba lihat pada skrin telefon itu di jalan yang sama. Pada pagi itu, aku bawa motorsikal aku perlahan-lahan di jalan itu dan pada kali ini aku rakamkan secara video pula. Memang benar. Melalui skrin itu, aku dapat lihat budak perempuan yang sama sedang berdiri di tepi jalan, juga memakai gaun tidur putih yang sama dan wajah yang sama juga.

Cuma, pada kali ini budak itu tidak berseorangan. Ada imej seperti orang-orangan (scarecrow). Orang-orangan itu berdiri di sebelah budak itu, berdiri di atas kakinya sendiri. Orang-orangan itu memakai 'overall' longgar berwarna hijau seperti badut dan kepalanya seperti buah tembikai, bulat dan berwarna hijau tanpa mata, mulut dan hidung.

Aku berselisih dengan kedua-duanya. Mereka berjalan ke tengah-tengah jalan menyebabkan aku terpaksa mengelak ke tepi. Mata aku masih pada skrin telefon Nokia itu. Selepas aku lewati mereka, aku alihkan telefon ke arah belakang. Di dalam skrin itu aku lihat dengan jelas mereka berdua sangat marah. Manakala orang-orangan itu mencabut kepalanya sendiri lantas membaling kepalanya (yang bulat seperti buah tembikai) seperti bermain Bowling! Imej yang masih kekal dalam kepala aku ialah imej dia membaling kepalanya dan ketika aku tulis entri ini pun aku masih ingat imej itu. Di sebelahnya, budak perempuan itu terlompat-lompat marah dan menjerit-jerit seolah-olah berharap agar kepala yang dibalingkan itu mengenai motorsikal aku dan aku terjatuh.

Cepat-cepat aku tutup telefon Nokia itu sebelum kepala itu sampai kepada aku. Aku lihat jalan di belakang aku kosong dan lengang. Hanya lalang dan rumput yang berdiri tinggi di kanan dan kiri jalan ditiup angin pagi. Aku tak pasti, kalaulah aku masih melihat pada skrin telefon Nokia itu, adakah aku akan terkena balingan itu dan aku tersungkur... lalu dicekik atau dibunuh oleh mereka?



Nasib baik mimpi aku sampai di situ sahaja sebelum telefon bimbit aku bernyanyi-nyanyi mengejutkan aku dengan lagu 'all nightmares long' dendangan Metallica...



.

13 comments:

tasekM said...

ala.. dia baling tembikai je kan..?
ko sambut la.

:D


.

Nizam.Ariff said...

TM,
kalau tembikai tu tiba-tiba tertukar jadi kepala orang?... sia-sia je aku terkencing di atas tilam karang....

Kesuma Angsana said...

mcam2 lah mimpi ko ni !

SM said...

nak elok, sebelum tidur tu bukan setakat basuh kaki atau muka, tapi basuh sekali pinggan mangkuk kat sinki. jangan jadi macam aku. bila tidur tak kemas rumah, mula nak mimpi hantu!

Nizam.Ariff said...

KA,
memang dari dulu lagi dah selalu mimpi macam tu.... hahaha




SM,
aku sokong pernyataan ko tu. kita kena basuh, at least, baju. esok senang tinggal bini sidai je... hahaha

SM said...

ya, bila kerja setel, hati pun senang. bila hati senang, tidur pun tenang.

Nizam.Ariff said...

SM,
hahaha... kalau kerja kat sinki tak setel, itu yang boleh mimpi hantu piring terbang atau hantu kerak nasi, ye tak?

ASH said...

apasal aku tidur, jarang mimpi??
kalau mimpi pulak, jarang boleh ingat??

Nizam.Ariff said...

Ash,
ada skill tertentu nak capai tahap macam tu.... salah satunya, tidur jangan basuh kaki. apa-apa petua nak elak dari mimpi ngeri semua kena langgar, baru boleh mimpi ngeri... hahaha

SM said...

sama-sama la kita amalkan... hahaa!

Nizam.Ariff said...

SM,
dan diharap semua abang-abang diluar sana juga sama...hahaha

sepa said...

banyak nar mimpi hantu ko weh...
yang nih giler seram... realistik sket bunyiknyer... cam dalam criter 'The Nightmare on Elm Street'... bangun dari tidur alfa sebelum Freedy Kruger ratah...!!!

aku yg tidur sorangsorang di rumah kompeni dalam utan nih, tak pulak bermimpi hantu... lallalallalla...
mgkn agaknyer tebiat aku, bila aku sukar nak tido, aku pasang utube al-Baqarah sampai habis bateri laptop... hehehe...


:p

Nizam.Ariff said...

Sepa,
tu pasallah tak mimpi ngeri...
cer ko tidur tak basuh kaki lepas merayau di dalam hutan tengah-tengah malam, kita tengok camner... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com