Saturday, July 28, 2012

Keajaiban yang berlaku di malam Ramadhan!

.


Muka aku masih lecak dengan air basuh muka dan mata aku masih sepet, masih silau memandang lampu tiub berpendaflour jenis jimat tenaga dan di depan aku terhidang daging masak kicap, ulaman dan periuk nasi untuk bersahur.


Ketika aku jamah lauk daging masak kicap, aku tersentak kerana ia masih panas.
Aku hairan kerana seingat aku, akulah insan terakhir yang panaskan daging masak kicap sebelum aku masuk tidur jam 12 malam tadi.
Sehingga jam 5 pagi, daging masak kicap itu masih panas!


Ketika aku sendukkan nasi ke dalam pinggan, aku kaget lagi.
Kali ini lebih membingungkan kerana aku dapati periuk nasi itu separuh penuh dan nasi itu seperti baru lepas ditanak.
Sedangkan selepas berbuka petang semalam, nasi itu tinggal tak sampai pun sepinggan!




"sudahlah tu, makanlah cepat.  Nanti masuk imsak..." kata Mama.






psst: kadang-kadang suami terlupa akan kerja-kerja di balik tabir malam yang dilakukan oleh seorang isteri untuk keluarganya...

.

6 comments:

tasekM said...

buat masa ni.
blom pernah lagi la aku bangun sahur semua2 dah siap panas segala.
dalam erti kata lain.
semuanya akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....




.

Nizam.Ariff said...

tm,
keh keh keh....
takpa, banyak pahalanya tuuuuuuuuuuuuuu.....

haniaiman said...

untung kan si suami tinggal ngap jerk...appreciate sikit haa..

Nizam.Ariff said...

ladyD,
sisuami beruntung jerana mendapat isteri yg begitu sebenarnya...hehehe

ASH said...

TAS,
tak baikkk merungut, kurang pahala!
.
.
.
Buat kamu dak Nizam,
aku rasa nak seghing jer telinga!!

Nizam.Ariff said...

ash,
tak baik kalau tak sabar dr marah... hahahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com