Wednesday, July 18, 2012

Mahkota Dewa... buah dan pokoknya

.

Balik kampung hari itu, aku ada terlihat sebatang pokok yang rendang dan buah yang sungguh mengancam nafsu makan. Aku tanya abang, dia kata itu pokok Mahkota Dewa. Oooo.... selama ini aku cuma dengar minuman dari buah Mahkota Dewa, aku pernah minum secawan kopi Mahkota Dewa tapi aku tak tahu pun apa khasiatnya.


Sekalil imbas macam pokok jambu air atau jambu mawar


Antara buah-buah yang dah masak... macam nak ambil dan makan.. nyum!

 
Berbuah lebat pula tu...


Tapi abang aku kata, bijinya beracun. Jadi, kena sisirkan isinya hati-hati. Isinya bersabut macam buah pinang.
Aku tak tahu apa khasiatnya. Adakah seperti Tunjuk Langit atau Pasak Bumi?






.

9 comments:

tasekM said...

rasa dia mcm mana?



.

Nizam.Ariff said...

TM,
aku tak makan buah tu.
air kopi campuran mahkota dewa tu rasanya macam kopi la... hahaha

Kesuma Angsana said...

katanya bagus utuk penyakit 3 serangkai tu, kencing manis, darah tinggi n jantung , Entahlah!. neway KA nak wish selamat berpuasa yek

sepa said...

macam buah ciku, tapi kaler manggis...

nak cari jugak ler kopi Mahkota Dewa... :)

SURIA AMANDA said...

OH..INI INGRIDIAN UTK KOPI MAHKOTA DEWA TU EH..

Nizam.Ariff said...

KA,
selamat berpuasa juga buatmu...



sepa,
kat sana ade ke?



Suria Amanda,
ye le tu kut. nama pun lebih kurang sama je..

SM said...

banyak pokok kat kampung atuk aku yang aku tak tau nama. kalau panjat tu reti la...

Nizam.Ariff said...

SM,
aku pun sama la.. cuma tak semua pokok aku boleh panjat. contoh yang jelas ialah pokok pisang dan pokok buluh, selain pokok rumput...

SM said...

pergh! gila apa, nenek aku kata pokok pisang tak boleh dipanjat. pantang...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com