Tuesday, July 10, 2012

Perihal Orang Mengamuk di Putrajaya dan ditembak dan akhirnya mati...

.

Pagi-pagi lagi beberapa orang sahabat sudah bercerita tentang orang mengamuk di Putrajaya. Orang mengamuk itu biasa, jadi aku tak berapa nak kisah. Tetapi kalau sampai ditembak mati, aku jadi kisah. Apabila dikatakan yang mengamuk itu seorang blogger, lagilah aku nak tahu. Malam ini, aku pun pergilah meneliti blognya yang ada di sini.

Rupa-rupanya, arwah 'Jaya Negara' telah memberikan bayangan awal tentang apa yang telah dilakukannya melalui beberapa komen di entri sebelum-sebelumnya seperti berikut:

"Aku telah berada dibanyak kehidupan manusia dan aku sebenarnya terlalu penat. aku mahu pulang. Aku mahu rehat dan tidur semaunya nanti selepas selesai semua urusan diBumi."

dan ini:

"Aku mahu pulang tapi bukan sekarang kerana ada kerja terakhir yang mahu dibereskan..."

Tetapi, siapalah yang dapat menafsirkan komen-komen bahawa akan terjadi satu tragedi sehingga berlaku kematian. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Ada kawan yang bertanya, apa pendapat aku tentangnya. Maka aku kata, yang memahami hati dan fikiran beliau hanyalah orang-orang yang rapat dengannya. Mereka-mereka itulah yang lebih afdhal untuk memberikan pendapat. Bukan aku. Tetapi, aku tertarik untuk memberikan pandangan dangkal aku melalui beberapa tulisan beliau yang aku anggap agak keras dan ada kalanya melampaui adab manusia dan seorang hamba. Bukan niat aku untuk memberikan pendapat tentangnya tetapi lebih kepada peristiwa-peristiwa yang berkaitan sahaja.


Jawapan aku kepada kawan yang bertanya tadi: kisah ini memberikan satu pengajaran buat aku bahawa jangan celupar untuk membicarakan hal-hal ghaib, lebih-lebih lagi bercerita kepada orang. Aku bukan ahlinya kerana aku hanya seorang jurutera tempatan.


Kebetulan pula beberapa minggu kebelakangan ini ada beberapa ustaz jemputan ada menyelitkan ilmu tauhid dalam kuliahnya. Maka eloklah aku ceritakannya di sini.

Baru Maghrib tadi, seorang ustaz berkata ilmu tauhid berteraskan 3 perkara: Al-Quran, Hadis dan Akal. Katanya, walaupun membicarakan hal-hal uluhiyat (ketuhanan) adalah membicarakan hal-hal yang ghaib yang tak terjangkau dek akal manusia namun akal masih diperlukan untuk memahaminya. Dia berikan beberapa dalil. Selanjutnya, dia berkata dalil itu ada dua: Naqli dan Aqli. Maka itulah sebabnya akal diperlukan untuk membicarakan ilmu tauhid. Seterusnya, dia berkata syarat 'akal' yang diperlukan ialah 'akal' yang sempurna, biasa disebut 'sempurna akalnya'



Kemudian aku terfikir pula, syarat 'sempurna akalnya' memang biasa aku jumpa dalam buku-buku agama di sekolah menengah dalam bab islam dan iman. Apabila berlaku peristiwa yang terjadi kepada Jaya Negara, aku terfikir yang lain pula. Kenapakah 'sempurna akal' itu menjadi salah satu syarat yang penting?

Dulu-dulu semasa budak-budak, ustaz akan kata, 'sempurna akal' itu bermaksud 'tidak gila'. Ada juga yang kata 'sempurna akal' itu bermakna 'telah cukup umur baligh' dan ada yang kata 'telah faham mana yang halal dan mana yang haram'. Itu semuanya benar, aku tak kata itu salah. Tetapi aku rasa akal yang sempurna mungkin lebih daripada itu. Membicarakan hal-hal ketuhanan memerlukan 'sempurna akal' (seperti kata ustaz dikuliah maghrib tadi) dan ianya satu tuntutan.

Adakah semua yang tidak gila, telah baligh dan tahu halal haram itu sempurna akalnya? Hmm.... mungkin tidak. Ada yang bijak pandai tetapi masih makan rasuah sedangkan dia tahu rasuah boleh menyebabkan dia dipenjarakan. Ada yang telah baligh dan faham halal haram tetapi masih membuat fitnah sedangkan dia tahu dia boleh disaman malu berjuta-juta ringgit (sengaja aku ambil contoh hukuman dunia kerana secara umumnya, akal kita tahu setiap tindakan jahat akan dikenakan hukuman)


Kalaulah sempurna akal mereka-mereka itu, tentulah dia berfikir akan akibat yang berlaku dan secara logik akal, dia perlu menghindarinya. Adakah itu bermakna akal mereka itu belum cukup sempurna?


Kembali kepada perbicaraan hal-hal ketuhanan memerlukan akal yang sempurna, kelihatan sungguh tepat sekali kerana pertimbangan akal diperlukan untuk menyambungkan logik kepada perkara-perkara yang ghaib, yang terlalu tinggi martabatnya. Jadi, apabila memikirkan hal yang sedemikian, aku secara automatik menjadi takut kerana aku mungkin belum memiliki kesempurnaan akal kerana aku masih bergelumang dengan perkara-perkara yang aku tahu tidak baik sedangkan aku tahu akal aku mengetahuinya (aku katakan aku tetapi mungkin sesetengah kita juga sama).

Ada beberapa rakan yang cenderung ke arah sufisme sering mengingatkan bahwa 'hal-hal ketuhanan perlu dibacarakan dikalangan ahlinya sahaja' atau sesetengah ahli tarekat mengatakan 'rahsia ketuhanan adalah rahsia untuk yang ahlinya'. Timbul satu persoalan dalam kepala aku, kalaulah mereka itu tahu rahsia ketuhanan, kenapa tak diberitahu kepada semua? Mungkin itu dapat membantu kita semua yang tercari-cari rahsia ketuhanan tetapi mereka seolah-olah menghalangnya.

Namun sekarang aku sudah faham. Mereka yang sempurna akalnya sahaja yang boleh menerima rahsia ketuhanan dengan benar. Kalau akal belum sempurna, maka akan jadilah hal-hal penyimpangan akidah, tafsiran yang terpesong dan akhirnya mendabik dada seolah-olah hanya dialah yang benar.


Mencari Tuhan bukan cerita baru. Sejak wujud sejarah bertulis lagi manusia telah cuba mencari Tuhannya. Itu fakta. Malah ada yang bukan sekadar ingin mengetahui sifat-sifat ketuhanan itu, mereka justru ingin mengetahui Zat Tuhan! Lihatlah apa yang berlaku kepada pengikut Nabi Musa yang lancang meminta pandang zat Tuhan... mereka dimatikan (dan telah dihidupkan dengan keampunanNya). Jadi, misi mencari Tuhan bukan satu misi yang baru. Ia memang menjadi satu misi sejagat. Ia adalah sifat manusia yang berfikir. Jadi, bolehlah aku katakan jika ada manusia yang tidak mahu atau malas mencari Tuhannya dalam kesempatan hidupnya adalah orang-orang yang tak sempurna akalnya...hahaha.


Dalam misi mencari Tuhan ini, seorang ustaz yang lain di satu kuliah maghrib yang lain ada menyelitkan perbicaraan ini. Secara tepatnya, soalan-soalan tentang Zat Tuhan. Dia berikan jawapannya. Dulu, aku mahu coretkan di blog ini tetapi aku tak sanggup. Sekarang, aku cuba beranikan diri.

Kata ustaz itu, pertanyaan tentang Zat Tuhan bukan hanya wujud di zaman moden. Pada hayat Nabi Muhammad lagi sudah ada soalan ini. Sudah tentulah Nabi ditanyai tentang Zat Tuhan kerana Nabi sendiri yang membawa ajaran dari Tuhan. Lalu ustaz pun membacakan sebuah hadis yang merupakan jawapan kepada soalan tersebut....


Errr... panjang sangat entri ini. Nantilah aku sambung...





.


11 comments:

Anonymous said...

kesempurnaan akal yang ada pada diri kita ni pun susah kita nak mengukurnya, inikan pulak pada orang lain. bile melihat orang berjalan lengkap berpakaian dan bercakap sesuatu yang masuk akal, kita pun akan mengatakan akalnya telah sempurna dengan sekali imbas. tapi dalamannya, entah la.

berkenaan blog jaya negara tu, aku ada baca sekali lalu petang tadi, seriau jugak baca tulisannya. ada banyak unsur ghaib luar kotak pemikiran aku. meremang jugak bulu roma. mungkin sebab di luar kebiasaan pemikiran aku.

apa pun, aku ucap takziah pada keluarga arwah.

sepa said...

Brader, ko ada tengok criter Sang Pencerah, tak.?!
Criter nih criter Indonesia, tentang bagaimana tertubuhnya Muhammadiyah di Indonesia, dan tribute kepada penubuhan 100tahun Muhammadiyah...

.
Di awal criter, apabila Muhammad Darwis (yg kemudian menukar nama menjadi Ahmad Dahlan...), menyendiri kerana kebingungan, bagaimana Islam diamalkan dalam keadaan mempercayai halhal tahyul dan kurafat yang mendalam dalam masyarakat...
pakciknya, yang sangat rapat dengannya dan seorang muslim yang terpisah dari mainstream masyarakat menegurnya :

"...kadang, orang itu terpeleset, bukan kerana dia itu bodoh. tapi kerana dikuasai akalnya sahaja...."

kemudian, dia sambung...

"...menghayati al-Quran dan sunah rasul harus dengan hati, bukan dengan akal, tok...!"

asasnya... hati, bang. mestilah bersih...

orang yang korup... hatinya hitam... dan tak mungkin mampu diguna untuk menilai...

...

ahhh... aku jengok gak tadi blog Jaya Negara... nantinantila aku baca... nak gak aku tahu apa dalam fikirnya...

...

dan aku akhiri dalam rangkap yang aku petik dari buku 'The God of Small Things'...

"
And the Air was full of Thoughts and Things to say. But at times like these, only the Small Things are ever said. The Big Things lurk unsaid inside.
"


...

Anonymous said...

sepa : macam menarik pulak filem tu...

tasekM said...

aku baru khatam last n3 dia n komen2nya.
nnti2 la baca n3 dia yg lain.
seram gak baca.
jgn aku pulak yg nk memedang-samurai.

kehkeh.



.

kucingorengemok said...

"hidup toksah komplikated"... meh aku kasi soalan senang- bila aku nak rajin update blog eh?

Nizam.Ariff said...

SM,
aku pun ucapkan takziah. walau pun aku tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam benak fikirannya, aku bersimpati di atas kehilangannya. sekurang-kurangnya, dia telah cuba mencari kebenaran tentang Tuhannya... terpesong atau tidak, itu bukan hak aku untuk menilainya...





Sepa,
kata-kata tu samalah seperti kuman di seberang nampak, gajah di depan tak nampak... kan?






SM,
ko jangan terpengaruh dgn Sepa lak. Aku tak mahu ko memedang samurai disebabkan Sepa... kakakaka...





TM,
aku cuba bagi link tu. aku tak nak bertanggung jawab kalau berlaku apa-apa tau... hehehee





KOG,
Ohhh!!! Alangkah seronoknya kalaulah aku boleh berfikiran seperti kamu, wahai KOG... simple... tapi seperti kata Sepa tadi tu la... simple thing is one thing, big things are lurking inside... kadang2 payah untuk menafikannya...

Anonymous said...

kita cuma boleh komen dan beri pendapat secara general sahaja. tak lebih daripada itu. jauh sekali untuk menyentuh keperibadian dan pegangan allahyarham.

ASH said...

Rahsia???
.
.
.

Hidup Rasulullah takder rahsia pun..
.
.
.
BTW, aku tak tau cerita pun orang mengamuk kat Putrajaya..hahahaha
.
.
Punya laaaaa dekat tepi hidung pun tak tahu...ishhh.

ASH said...

Oh yaa..
Aku baca sekali imbas blog yang ko link tu..

Terpikir pulak...
apasal nak memikiorrrr sampai terpusing urat urat saraf kat otak...

Hmmmmm...

Anonymous said...

cuma leh ucap takziah ler, no komen!

Nizam.Ariff said...

SM,
betul tu.. aku setuju...




Ash,
aku pun tak tahu sebab dah 2 hari aku tak tengok Berita... aku tau pun bila kawan2 heboh bercerita...




Kesuma Angsana,
samalah kita...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com